Visit Malaysia ~ Club Med - Cherating, Pahang

Hi semua, last year company trip dalam Malaysia je. Tapi was the best company trip so far. Huhu.Pernah dengar tak Club Med ni nantang ape? Basically Club Med ni resort je..dekat dengan kampung aku, Kuantan. Best ke Kuantan, dengan Bauksit nya, Lynas nya..Cherating pun biasa biasa aje kan. Well baca je lah sampai habis, so far aku rasa best je and the reason dekat bawah

Sedikit info pasal Club Med from my perspective, Club Med ni kalau dah masuk tak payah lah nak berangan keluar selagi tak check out. Harga terus terang saya cakap, memang tak berbaloi lah untuk aku pergi dengan family. Seorang saje dia caj seribu lebih, itu pun yang paling murah aku nampak. Standard price cam dekat RM 2000 juga. Nasib company bayar.Hehe. Tapi once ko dah masuk, rasanya tak ada istilah kelaparan kat sini, dan rasanya 3 hari 2 malam belum tentu semua aktiviti ko dah try. And tak semua aktiviti kat sini senang senang ko nak dapat kat luar. (Ye ke?? hehe. Bagi aku) So, happy discover..


Masuk masuk je ada sesi penerangan oleh Guest Officer (G.O) kat sini. Bear in you mind, depa ni bukan staff biasa biasa. Mostly foreigner tau, and diorang tak treat korang as a customer sangat pun..semua macam kawan kawan je.  Penerangan diorang ni penting untuk di dengar sebab takut korang blur je kat sini tak tahu buat apa..bayar dah mahal.


Cakap pasal makan, nak kata banyak memang lah dah buffet, dari segi kepelbagaian boleh tahan lah, nak cuba makanan yang rare pun ada, yang penting diri sendiri tu boleh makan banyak ke tidak. Huhu. First night tu ada steak, kawan aku order sampai 5 set. Prinsip bayar dah mahal, makan yang mahal je. Hehe. Selain main hall untuk breakfast, lunch and dinner. Diorang ada banyak tempat lagi untuk korang order minuman or makan makan kalau masih lapar. Semua air free (adalah gak yang bayar - Wain mahal mahal kut). 


Selalunya lepas dinner, diorang akan start buat show. Yang buat show ni pun, G.O - G.O tu la juga. Elok bersembang dengan korang time makan, aleh-aleh dah ada atas stage jadi firaun.


Then lepas showed tu pun, ada lagi showed lain. Kalau malam ahad ni rasanya disco night. Actually mat mat saleh cam dah prepare pula bila nak datang sini. Baju diorang pakai mcam dah ikut theme malam tu. Habis disco night ni, sampai 1 pagi kut baru orang semua balik tido. Yang tak nak layan pun tak pe, lepak la dalam bilik. Tak pun layan mi sup. Free juga.


Hehe.Jangan salah faham. Diorang tak wat salah pun...kebulur sikit je tengok staff - staff Club Med ni. Saja aku cat muka kawan kawan aku ni..takut bini tengok perangai tak senonoh. Hihi..So the reason aku cakap Guest Officer diorang special sebab talented buat macam macam. Dari serve makanan & minuman, aksi akrobatik dan juga menghiburkan tetamu. DO NOT THINK NEGATIF. takat ambik gambar camni je. Ni pun kawan aku yang kebulur.HEhehehehe. Tak ada pula nak ambik gambar dengan G.O laki dia.

Aktiviti yang korang boleh buat bila dah siang memang banyak. Some aktiviti kena ada guider dia, so kena pergi pada masa yang dah ditetapkan lah. Basic activity cam swiming, kayak or sailing asal tak ada orang boleh je main sampai lebam. Since this is company trip, terikat la pulak dengan company punya aktiviti. So memang tak berapa nak puas lah. 





Bila pagi Ahad tu before nak balik, baru ada time sendiri. Sempat lah buat jungle tracking sendiri. Consider besar la tempat ni..berapa panjang pantai diorang take over aku tak tahu lah. Okay sampai sini saja. Enjoy free view Club Med ni dari saya...









Comments