Cerita Tentang Zuriat - Part 14 - Mulia Nya Rancangan Tuhan

Lama tak sambung kisah tentang anak ni. Sebabnya saya tak akan menulis cerita anak bila wife saya mengandung lagi. Takde sebab or amalan apa pun. Saja tak tulis walau ada banyak info lagi yang menarik untuk di share dari kelahiran anak sulung ni. Tak adalah cerita mengidam ke mabuk ke. Blog ni khas untuk info info alternative yang rare. So follow la ye sekali..rugi baca tak klik follow or like.

Oh ye. Memang wife saya pregnant dan dah selamat melahirkan anak pun. Lepas je wife saya deliver anak pertama, kami memang tak mahu merancang pun. Nurse akan Tanya nak ambil pil perancang ke? Terus terang kami taknak. Sebabnya kami mahu anak yang kedua next year dan takut dengan pengambilan pil perancang ini akan menyebabkan kami susah nak dapatkan anak yang kedua. Dari pemerhatian kami, walaupun pasangan itu dikurniakan anak dengan bunting kelamin, ada kemungkinan anak no dua pula yang sangkut pula. 

Sikit buat peringatan, kalau korang dapat anak bunting pelamin sekalipun. Toksah nak takbur kat orang lain ye. Sibuk duk bangga diri dia tu subur. Pi perli orang lain yang lambat dapat anak. Niat nak gurau kadang kadang jadi disaster. .Silap silap orang yang takbur ni pula sangkut pula bila nak try conceive yang kedua. Sebab dulu subur sangat sampai tak sedar dah ada problem baru.

Okay.sambung ke topic core saya. As kami memang tidak merancang, tapi tak ada lah juga niat kami nak dapat anak kedua terus. Dalam hati kami, nak juga bagi kasih sayang sebanyak yang mungkin ke anak sulung kami ni. Tapi dah takdir kan, cepat pula sangkut anak kedua. Nak kata bersama kerap pun, macam dah jadi sebulan sekali je. Hehehehehehehehe. Tapi itu lah takdir, wife saya conceive baby kedua seawall umur anak sulung kami baru 8 bulan. Syukur….


Hikmah Nya yang tersembunyi.. Kita merancang..Dia menentukan


Dah 2 bulan mengandung, pi check doctor pun tak.Apa ntah lagi buka buku check up. Hehe. Sebab apa pun kami tak tahu, excited tapi rasa boleh hold lagi. Tak perlu tergesa gesa kali ni. Kan dah ada pengalaman ;)

Sampai masanya, wife rasa sakit2 ‘ayam’ dan decide nak pergi jumpa doctor kat klinik swasta. Alang alang nak prove kan ke doctor dia tak sihat dan layak di beri cuti sakit, kena lah scan. Baru lah doctor pun senang hati bagi cuti sakit. Job bertambah.Hehe.. This time very difference, we have Hanannia already. Masa wife scan tu saya kena tunggu dalam kereta sebab Hanannia tidor. Rasa sian pula nak angkat dia, lagipun dia baru tidur. Takpelah, nanti doctor still print out  image scan tu kan.

Setengah jam kemudian, wife pun keluar. Dari jauh saya tengok mukanya monyok. Arggh..apakah??
Maybe tak dapat mc kut? Em ntah..time tu naluri saya neutral je. Tak fikir negative sangat..
Sampai je dekat saya, tiba tiba dia terus menangis..Allah..Why?

Sambung boleh…next episode ye

Comments