Lebah buat sarang dalam rumah, tandanya apa...?

Lebah buat sarang kat rumah tandanya ko kena call 999. nanti dia sambungkan kepada Jabatan Pertahanan Malaysia..takpun Bomba. Takyah nak kaji mitos sangat masuk rezeki ke nak bermadu ke payung emas ke.Haha. bahaya beb.

Kisahnya bermula pada time subuh, aku buka sliding door rumah aku nak sidai baju dekat balkoni. Tetiba wife aku perasan, benda apa yang hitam dekat ampaian rumah tu. Siap bergerak2 lagi. Bila tengok dari dekat baru perasan, koloni lebah dah buat sarang dekat satu hanger atas ampaian tu. Perghhhh!


Hebat tak lebah ni. Tingkat rumah belas2 dan atas hanger pun dia boleh pilih nak buat istana depa. Adoi, anak2 pula dah bangun nak pergi sekolah semua. Takut budak2 ni lah buat lebah tu jadi aggresif, tak serang rumah aku kan jiran2 yang lain pula kena. Lagipun hanger tu berbuai. Maybe sebab tak balance dan angin pun boleh tahan juga hari tu. Jatuh hanger tu, musnahlah istana yang diorang buat tak sampai 6 jam tu. Huhu Takpe, yang penting setel hal anak anak dulu. Diorang dah pergi sekolah baru aku call 999.


Call 999 time tu memang dia sambungkan dekat JPM. tapi dipendekkan cerita, Bomba pula yang datang. Tapi Bomba boleh setelkan hal ni pada waktu malam je. Sebab siang lebah dikatakan lebih aggresif lagi. Tunggulah kami sampai malam, pengawasan anak anak time tu memang lebih sebab si kembar ni tak takut pun pasal lebah ni. Lagi pula diorang dah biasa langgar sliding door ni kuat kuat time main. Takut lebah terkejut je tu.

Bomba awal2 lagi dah remind belikan spray racun serangga. Tapi bila diaorang tengok gayut atas hanger je. Diaorang minta plastik sampah besar je. Kami matikan semua lampu masa Bomba nak dekatkan ke sarang. tak sampai seminit, bomba dah serkup semua lebah dengan sarang dengar hanger ke dalam plastik. Haha. Tak berani aku nak buat. Bomba pun kata boleh tahan juga besar sarang ni..kalau dengar nasihat member2 or jiran2 maybe aku dah spray racun serangga petang tadi. Tapi tak tahulah reaksi lebah ni macam mana pula, naik minyak nanti habisnya dia sengat jiran2 aku pula nanti. Respect brother Bomba sebab tolong kami setelkan hal ni secepat yang mungkin. Lebah pun rasanya 99% berjaya ditangkap. Maybe time malam ni time tidor lebah rasanya. Tak perasan kena serkup.



Ok. Alhamdulillah dah setel. Ingat kalau ada lebah datang ke rumah, segera la call pihak berwajib untuk bantuan. Selamat semuanya.




Comments

  1. Dalam masa 1 hari ..punya lah banyak lebah tue berkerumun

    ReplyDelete
  2. Sekiranya keadaan mengizinkan dan masih ada masa, tak perlu di panggil bomba atau dibakar atau di spray sarang lebah yg bersarang dirumah kita. Boleh panggil my bee savior team utk bantu pindahkan sarang ke ladang lebah. Rumah kami sudah 2 kali guna khidmat mereka, dan tiada caj dikenakan. Boleh cari facebook MY Bee Savior - penyelamat lebah Malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment