Ada apa dengan Bangkok

Bulan ini saya berpeluang sekali lagi pergi ke Bangkok untuk berjalan jalan tanpa sebarang kerja. Perjalanan dari LCCT ke lapangan terbang Don Mueang mengambil masa lebih kurang 2 jam suku. Sampai sahaja saya terus ke hotel menaiki van disediakan syarikat. Hotel yang saya duduk berada dikawasan yang padat dengan pusat membeli belah dan juga bersebelahan dengan hotel yang tertinggi di Asia tenggara, Baiyoke tower. Harga hotel lebih kurang RM 250 for standard room.

Straight to the point...So ada apa dengan Bangkok..


Massage

Benda yang aku buat bila dah sampai Bangkok ni aku mesti massage..dekat Malaysia ni tak pernah pula aku pergi. Mungkin sebab kedai massage ni terlalu banyak disini. Harga massage untuk kaki,bahu dan tangan disini hanya 200 bath sahaja. dalam 20 ringgit malaysia lah kalau convert..tapi sediakan lah tips dalam 50 bath..karang dia minta kita tak ada duit kecik melayang lak duit besar kita.

Thai massage juga adalah kegemaran aku, seronok gak badan dilipat lipat sekali sekala. semua tulang aku mesti berbunyi la. Harganya 200bath gak..tapi baik korang prepare tip yang kecik gak, mungkin dalam 100 bath..cakap awal awal tak nak benda bukan bukan.Nanti karang ada sahaja benda mengarut mereka syorkan untuk tip yang besar.

Oil massage ke apa aku tak sarankan, pasal benda benda ni selalu operasi dalam bilik tertutup. Bahaya wo..Diorang mesti try gak la untuk dapat tip yang banyak.

Shopping @ Membeli belah

Area hotel aku tinggal ni memang penuh dengan pusat membeli belah. Lebih kurang Petaling Street dan Time Square sebelah menyebelah.Yang aku ingat salah satunya Platinum,Palladium dan Indra Square. Ada dalam lebih kurang 5 lagi aku tak berapa ingat. Harga lebih kurang macam time square and trend pun cam K-pop. So aku tak adalah nak membeli sangat. Diorang ni pun payah nak menawar. Amoi amoi yang meniaga kat sini kebanyakkannya garang dan malas nak layan orang.

Tips aku boleh kongsikan untuk tawar menawar disini ialah kalau dekat seorang ni tak bagi, pergilah jumpa sale person atau minta diskaun dekat kaunter kita nak bayar.Itupun 50 bath diskaun je aku dapat.

Nak beli souvenir kat area ni memang banyak. Untuk rujukan keychain 6 boleh dapat dalam 100 bath. fridge magnet pun 3 biji, 100 bath.

Shopping mall kat sini tutup awal, last aku rasa dalam pukul 8 PM. Pastu kebanyakkan jalan jalan dipenuhi dengan pasar malam. Pasar pagi lak dalam pukul 5 AM kut..Ni dekat area Baiyoke la yang aku tahu.


Makanan

Makanan halal dekat sini secar puratanya dalam 200bath..Yang halal kebanyakkan datang dari kedai middle east la..tapi dalam Indra Square ada food court dengan harga paling murah dalam 50 bath..ok la tu kalau stay dekat area Baiyoke tower ni..

Makanan thai halal pun boleh dapat banyak kat area town ni..cuma kena mengembara sikit la. Lupa nak rekod.


Pengangkutan



Belakang hotel aku stay ni ada MRT... station PhayaThai tak silap aku.So korang cari lah mana mana map yang ada tempat tempat menarik yang boleh dikunjungi menggunakan MRT. harga lebih kurang sama MRT kat Malaysia ni lah..Syok woo pakai spec glass gelap naik time balik kerja..Amoi banyak.

Tut tut entah macam mana eja..ni perkhidmatan awam yang paling mesra. diorang selalu offer untuk bawa ke arah kemaksiatan. So tak payah lah naik kalau tak ada tujuan..harga murah je patutnya..dalam 50 bath ke 150 bath.

Teksi pun okay je..tapi biasalah, diorang ni pun liat nak pakai meter.


Tempat tempat menarik





Syarikat saya telah mengambil pakej untuk melawat temple dan royal palace kat sini. Mula mula diorang bawa pergi River city untuk menaiki bot. Atas bot macam macam tempat la mereka tunjuk. Basically sini banyak temple la..sampai dekat temple ni, kita dilarang memakai seluar pendek atau baju yang menjolok mata. sleeveless pun tak dibenarkan. Kalau tak kita kena sewa dekat depan temple ni.



Ini sahaja yang dapat saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya di Bangkok. Terbaik dari Hearov!!


Comments