Ada apa dengan Seoul

Satu hari, Airasia X telah membatalkan tempahan tiket aku ke India atas masalah yang tak dapat dielakkan. Bagaimanapun pun mereka telah memberi saya peluang untuk memilih salah satu destinasi lain seperti Korea, Japan, Taiwan, China, Australia dan New Zealand. Kesempatan ini telah saya gunakan untuk melancong ke Korea. Tidak seperti negara lain, melancong ke Korea tidak memerlukan visa. Percutian ini teramatlah pendek, 3 hari 3 malam. Untuk sampai ke Korea sahaja pun mengambil masa lebih kurang 6 jam. Currency Korea waktu tu dalam 10 000 won bersamaan RM30.

View senja dari dalam kapal terbang memang memukau.

Sampai je dekat korea ni, orang malaysia lain semua bergegas mengambil bagasi sebab kejar last train or bus, saya rilek lah sebab amik hotel dekat airport je. Murah dan serbaguna. Hotel ada mesin basuh lagi.Haha. Esok baru jalan. The next day baru pergi ke Myeongdong untuk ke second hotel, Sejong Inn. Kecik je hotel ke dua ni..
View dari dalam hotel.

Hotel Sejong Inn yang berada di jalan Myeodong. Panas hotel ni bila musim panas. Kipas dia pun jenis bagi haba je. terpaksa membuka tingkap bagi membolehkan angin luar masuk.



So ada apa dengan Korea...

Shopping@Membeli belah

Pasal perjalanan yang sangat pendek, aku pun shopping dekat Myeongdong street. Tempat ni banyak jual baju baju fashion atau yang murah murah sebiji cam kat Time Square tu.(Mahal lagi bila kita tukar duit kita) Tak payah nak pi jauh sangat sebenarnya nak shopping. Dekat sini juga banyak jual benda benda penjagaan muka,badan, kaki..Banyak sampel percuma korang boleh dapat dengan hanya masuk ke kedai mereka.



Kedai Spao, bagi diskaun lebih kepada pelancong dengan syarat ada passport.

Saya nak promote korang pergi ke kedai ni untuk membeli souvenir. Rasa-rasanya dekat Insa-Dong kut..Maap kalau aku salah!! Tapi kedai ni saya jumpa lepas balik dari gyeongbokgung palace. So rasanya betul lah pasal tempat dia sebelah sebelah je. Apa yang special kedai kat gambar bawah ni ialah jurujual nya boleh berbahasa melayu dengan fasih. First time saya memang kagum dan tak beli banyak. Second time singgah, terus saya minta diskaun banyak banyak.Haha..



Dengan amoi ni, saya dapat diskaun hampir 20% to 50% bergantung pada barang. Tapi habis dekat RM 400 gak la time tu.


Makanan

Of course makanan Korea special special sangat. Sayangnya saya ni tak suka mencuba dalam bab makan ni. Apa yang saya boleh share kalau nak makanan halal dekat sini kena pi Itaewon. Kat sini banyak makanan middle east. Pun kat sini terletaknya sebuah masjid. Ramai lah korang jumpa warga Melayu Afrika kat sini. Harga paling murah lebih kurang 10 000 won. Mahal woo..

Kalau nak jimat buatlah cam saya, makan berat sehari sekali sahaja. Yang lain makan roti dan biskut. Tengoklah dekat label tu ingredient apa diorang buat makanan tu. Setakat telur, tepung susu tu consider halal lah. Depend pada imiginasi korang gak lah bila pikir makanan halal ni. Ni tips untuk orang malas nak bawak makanan dari Malaysia cam saya :)



Ada juga lah merasa makanan popular kat sini..bazir je.hehe.


Transportation

Dari Airport kita boleh memilih untuk naik train atau bus ke Seoul. Atas faktor harga saya memilih untuk naik bus. Harga dalam 10 000 won gak kut. Kopak sikit duit pergi Korea ni. Dari Airport terus saya pergi ke Myeondong (Sejong Hotel. Tapi sebelum tu pergi lah beli T-money. Senang korang nak naik pengangkutan awam ni. Karang berkerut kerut kepala orang korea nak jawab soalan english.



T-money ini juga boleh digunakan untuk naik train bawah tanah (subway kut). Subway di Korea tersangat lah canggih, panjang dan cepat. So kalau datang Korea ni korang duduklah mana mana korang suka. Semua tempat ni insyallah dihubungkan dengan subway yang jaraknya paling jauh pun 500m.


Tempat yang terbaik di Seoul



Ni Istana Gyeongbokgung. Masa saya pergi ni ada pertunjukkan kebudayaan diraja Korea kut. So ada lebih kurang 1000 orang dibahagikan kepada berpuluh puluh kumpulan mewakili pangkat atau perkerjaan di Istana. Pakcik pakcik Korea ni semuanya cool je.Memang kerja diorang pun posing bila kita nak amik gambar bersama. Istana ni tersangatlah besar..penat aku nak explore semua.




Namsam tower. Dari Myeongdong sebenarnya ada boleh berjalan kaki mendaki bukit ni..menara ni terletak dekat puncak bukit so tak susah untuk orang nak cari. Separuh pendakian saya terhenti apabila ternampak cabel car. Terus niat nak mendaki terbantut. Dari atas bukit ni, dapatlah saya nikmati permandangan bandar Seoul. Jujurnya negara ni memang cantik. Amoi pun cantik.. sejuk mata memandang. Dekat sini ada macam macam museum lagi. Bolehlaj juga untuk siapa siapa yang sedang honeymoon meletakkan mangga disertakan doa tulisan untuk kebahagian mereka.


Overall

Korea memang tempat yang berbaloi untuk dilawati tak kira bekeluarga, single or couple. Orang orang dekat sini wa nak salute sebab tak kira muda tua mereka memang sporting lebih lebih lagi kalau foreigner yang tanya. Mereka akan berusaha juga menjawab soalan kita walaupun tak tahu nak cakap apa. Kepada warga Korea yang saya telah susahkan sampai sanggup teman saya berjalan sejauh 2KM semata mata nak tunjuk jalan.. daedanhi gamsahabnida!!! Terbaik!!

One of the hero untuk kami. Penunjuk keluar jalan sesat selepas saya ikut jalan lain dari masjid Itaewon. Bye.







Comments