Ada apa dengan Ho Chi Minh

Ho Chi Minh CIty adalah bandar yang terbesar di Vietnam. Kali ini saya berpeluang bersama sama keluarga melancong ke Vietnam. Bagi saya, Ho Chi Minh adalah tempat paling murah senang dan seronok bagi sesiapa yang ada ahli keluarga yang agak ramai. Melancong ke Vietnam ni pulak bagi saya kalau nak melancong, tidak perlu bergantung pada mana mana pakej pelancongan pun. Kos saya sekeluarga pergi di sini secara puratanya cuma RM 700 sahaja termasuk penerbangan, hotel, makanan, transport, lawatan ke tempat menarik dan shopping untuk 5 hari 4 malam. Plus minus pun dalam RM 200 ~ 300, itu pun sebab harga tiket flight berubah rubah. Kalau amik pakej, mahu lebih kurang RM 800 ke RM1500 bergantung pada jumlah orang, tu pun cover lawatan, makanan, hotel.So kalau tengok Airasia offer murah murah tiket ke sini, tak payah pikir panjang. Grab je!

So ada apa dengan Vietnam.

Pengangkutan @ Transporation

Bagi orang melayu atau malaysia, Pasar Ben Thanh selalunya akan jadi tempat paling ideal untuk stay di Ho Chi Minh. Dari Airport ke sini selalunya orang akan amik teksi yang harga lebih kurang 10USD. Kerana bilangan ahli keluarga yang ramai, kami memutus untuk menaiki bas mengikut idea ayah saya yang stylo (dia nak jimat kos). Gila betul, barang sikit punya banyak nak bersesak sesak pula dalam bus (Dalam otak aku). Mula-mulanya memang tak yakin, Alhamdullilah dipermudahkan Allah taala. Driver bus tu orang melayu champa, So dia boleh berbongak dalam bahasa melayu. Malah sangat fasih sebab pernah kerja dekat Malaysia katanya. Soal orang ramai ke tak, tak ramai langsung. Maka bolehlah kami take over bus tu separuh. Kos dalam RM 0.60 je kut..tapi murah sangat sampai tak ingatlah. Bus yang aku naik bernombor 152..


Makanan

Yeah, selagi korang berada di Ben Thanh, Tak payah pikirlah nak bawak Maggi ke Karipap segera mahupun beras. Disini,banyak terdapat restoran halal. Ada yang murah, cam warung Haji Basiroh ni.Makan lebih kurang RM 5 ke RM 10 la sorang. Boleh la makan nasi campur, yang lain lebih kurang RM 15 ke RM 20 la bagi restoran ber aircond ni.



Kedai runcit dia banyak jual Maggi yang halal.so Tak payah risau la ye :)Buah buahan pun terbaik dekat sini.


Massage

Perlu ke saya cite, sedikit la ye. dekat restoran halal halal ni ada spa, tempat dia ok kut, 11USD ~ 20USD termasuk tip,maknanya tak payah bayar tips.Boleh lah hilang hilang sikit kaki dan badan yang lenguh.Hehe. Tempat ni dijamin 75% selamat untuk tidak terlanjur dengan request request mengarut amoi si pengurut.


Shopping @ Borong sakan


Memang purata saya kira tadi dalam RM 700 seorang. tapi saya habis seribu lebih pasal kena tanggung perut adik adik yang lain. Diorang habis duit sebab shopping bagai nak gila dekat sini. Tak payah pergi shopping mall, pasar Ben Thanh ni penuh dengan barang yang boleh anda beli tanpa hirau duit untuk perjalanan balik (terutamanya perempuan)

Telengkung sembahyang, baju kurung penuh manik tempah dalam masa sehari, jubah cukup membuatkan adik adik aku lupa matematik. Belum lagi souvenir untuk sedara mara dan sahabat andai. Harga nya mungkin murah separuh dari Malaysia. Contoh telengkung sembahyang tu la, harga Vietnam RM 50 tapi kat Malaysia maybe dalam RM 80 ke RM 100.

Pasar Ben Thanh selalunya beroperasi dari 7 AM sampai 7PM. Lepas tu diganti pula dengan pasar malam. Barang lebih kurang sama je.

Amoi amoi Vietnam yang meniaga dekat sini selalunya jarang akan melepaskan pelanggan mereka. Korang kena pandai tawar menawar dan sentiasa buat muka ketat. Tawar sampai harga tu murah tak logik pun takpe. Haha. Sinis je mata amoi tu bila terpaksa jual murah. Lantaklah.

Tempat yang baik korang pergi je

5 hari 4 malam.. rasa rasanya tempoh paling ideal sekali untuk melancong dekat sini. Sehari penuh dekat Sg Mekong, Separuh hari penuh dekat Cu Chi Tunnel dan Sehari untuk anda explore bandar Ho Chi Minh. Lepas tu dah tak tahu mana nak pergi.

Sg Mekong

Untuk trip ke Sg Mekong ni, ada beberapa pakej. so pakej saya amik ni hanyalah untuk satu hari perjalanan sahaja. Bayaran dalam 15USD sahaja termasuk makanan yang tak halal. Pakej ni amik dekat hotel sahaja dan termasuk bus pergi balik, bot, buah buahan, pertunjukan , minum teh madu, sampan kecik. Apa lagi ntah..



Berbaloi ke. Rasa rasanya memang sangat berbaloi bagi yang berminat nak hayati budaya hidup penduduk di Sg Mekong. Perjalanan dari Ben Thanh ke Jeti mengambil lebih kurang 2 jam ke 3 jam. Sebab driver bus ni selalu mengikuti had laju. takut kena saman. Lepastu di bawa naik bot laju untuk pergi melihat cara pemprosesan gula kelapa dan makan. (Muslim tak makan pasal pakej ni pakej non muslim- patut murah sangat) So saya sefamily tak makan lah. Lain kali kena bawak bekal sendiri.

Lepas tu kita orang naik pula sampan kecil, pada asasnya semuanya free tapi biasalah, diorang pun nak cari makan gak. So sesiapa yang duduk depan selalunya menjadi mangsa tips. Lagi sakit hati kalau passenger belakang kita tak kenal. So cam bayar kat diorang gak la..Takpelah, ikhlas. Bagi je berapa berapa. Penat gak asoh tu kayuh sampan.

Diorang bagi anda untuk mencuba rasa teh limau madu, rasanya boleh blah tetapi sangat mahal untuk membeli madunya. Tak bawak duit lebih la. Bagitau lah awal- awal kan. Akhir show, diorang bagi makan buah buah tempatan yang sama sekali macam Malaysia sambil dihiburkan penyanyi klasik Vietnam. Sediakan lah tips awal awal. Prepare lah dalam RM10 ~ RM20 untuk tips kat sini..niat pastikan ikhlas.


Cu Chi Tunnel

Saat yang dinanti nanti oleh kami sekeluarga. Maklumlah Chu Chi tunnel ni terkenal dengan acara menembak. So cam biasa lah, kami amik pakej dekat hotel je. Tak ingatlah pula berapa tapi rasanya dalam 10USD je, tak termasuk tiket untuk masuk dalam kawasan sejarah ni.

Intro sedikit, Chu Chi Tunnel ni sebenarnya terowong bawah tanah yang berselirat bawah negara ni yang digunakan semasa peperangan dengan U.S dulu. Mereka ni korek terowong ni guna tangan je. Terowong ni teramat lah sempit, mereka yang ada size pinggang dalam 40" nescaya tak dapat masuk. Kedalaman terowong ni rasanya sampai 10 kaki gak lah.



Tempat ni macam dalam hutan lagi, banyak peninggalan kawah besar hasil daripada bom yang digugurkan dari kapal terbang pengebom U.S. Dekat sini banyak juga perangkap samar yang orang Vietnam pasang bagi menghalang kemaraan tentera U.S. Dapatlah juga merasa berjalan itik dalam terowong yang sempit (tak tahulah kubur nanti camne) ketar lutut wo..baru jalan lebih kurang 20m. Berpeluh peluh badan bila keluar dari terowong.

Kepenatan ini bertukar menjadi keghairahan bila diberi peluang untuk menembak. Of course kena bayar, Kosnya dalam 10USD gak untuk 10 biji peluru AK47 dan M16. Ala - ala counter-strike gitu. Sakit gak muka menahan senapang tu bila kita menembak. Ada souvenir berbentuk peluru, tapi sayangnya sebab tak boleh bawa balik. Nanti dekat airport karang kena tahan lak.

Last sekali, korang bolehlah menjamah ubi kayu..murah hati diorang ni. Suka bagi makan. Tapi itu ajelah sebelum perjalanan balik. Tak sampai pukul 3 dah ada dekat hotel balik.


Pusing pusing bandar Ho Chi Minh

Apabila kita berada di Ben Thanh, secar automatiknya kita berada dekat dengan pelbagai bagai tempat tarikan utama di sini. So jalan kaki ajelah wei..ada je pakej..tapi have fun la pusing pusing Vietnam dengan berjalan kaki. So tempat tempat utamanya adalah seperti muzium perang, muzium kemerdekaan, pejabat pos (benda best aku pun tak tahu pasal takde tourist guide), church, dan muzium perang balik...(balik balik perang).

Tengah pusing pusing town ni adalah mamat penjual kelapa muda tegur..mula mula buat bodoh aje. layan lah sikit-sikit dia tanya. Dis sibuk suruh amik gambar pegang kelapa dia secara tradisional. last last amik ajelah..pastu ingatkan nak beli lah dalam sebarang dua air kelapa, belum sempat aku sebut dua, lima biji dah dia potong. Itu ok lagi lah..sekali dia nak charge satu biji 100 000 dong, wa main kasar nampak..sebiji nak RM 15 kut..terus naik angin aku. Standard hotel pun RM 3 je sebiji..Last last aku bayar dekat RM 50 gak lah.. So lain kali jumpa orang jual kelapa ni say no ajelah..takpun tanya dulu sebiji berapa :(



Berbalik kepada muzium,em..apa yang best ye.Banyak benda benda perang la..mayat mayat. bom sana sini, kereta kebal.itu ajelah kut.

Bagi aku bercuti ke Vietnam ni adalah percutian yang paling hampir sempurna pernah aku rasakan. Hotelnya murah tetapi selesa, makanan halal senang dan harga pun okay okay. Bab shopping..cam syurga untuk wanita melayu jugalah..nak tengok tempat tempat menarik pun okay walaupun tak moden..so sangat digalakkan untuk korang juga mencuba..SO sampai sini ajelah untuk jalan jalan di Ho Chi Minh ni.Bye









Comments