Ada apa dengan Belgium

Selepas bertahun tahun aku kerja di company ni, berjaya juga aku convince boss boss aku supaya hantar training aku di Europe. Sepatutnya dalam contract term aku memang dihantar training pada permulaan aku bekerja; tetapi nak buat camner, selagi boleh save duit selagi tu diaorg K.I.V je benda benda untuk staff ni. Untuk travel ke Europe ni sememangnya memerlukan kos yang agak banyak. Maklumlah currency diorang jauh lagi tinggi. Harga hotel cikai pun kalau dah 100 euro..dah 400 ringgit dah. Belum tiket kapal terbang lagi, dekat situ sahaja dah habis dekat 7-8K..Airasia pula dah stop flight ke sana, kalau tak; ada jugalah harapan aku untuk buat Euro trip versi budget kedekut gila habis. In future, mungkin kut. Tunggu kaya sikit lagi bagi melengkapkan salah satu impian aku sebelum tua or arwah.

Perjalanan menaiki flight company KLM at least memberi pengalaman baru untuk aku. Di served oleh stewardess tua layut dan garang cam haram membolehkan aku promote MAS or Airasia lagi better dari ni. Haha. Yeah , Malaysia Boleh. Funny part, aku question makanan diorang bagi ni halal ke tidak. Dengan wajah confident, diorang jawab makanan dan minuman dalam flight ni semua halal. Ntah diorang faham ke tidak halal ni. Bukan babi je yang haram.. Patut lah aku tengok melayu lain selamba je tonggang wain dalam flight ni..

Setelah 11~12 jam travel merentas benua, akhirnya aku sampai ke Amsterdam, Schipol Airport. Tempat yang dinanti nantikan. Dekat sini aku check in passport aku untuk transit ke Belgium. Hehe. Well I looking for something special here, tak adalah pulak. Nasib baik ada banyak baju dengan logo pokok kebangsaan dijual disini; bolehlah aku pakai time hari raya nanti.Hehe. Dari sini ke Belgium naik flight maybe dalam 1/2 jam je..lama lagi dia pusing pusing kat runway tu; besar sangat airport ni.


Sempatlah snap untuk kenangan, bukan senang dapat ke sini kan.

So ada apa dengan Belgium ni

Keluar je dari pintu arriving hall tu, nampak lah sepanduk nama aku kat seorang mamat ni.. Rasa cam ada status gak lah time tu.Hehe. So terus dia hantar aku ke hotel yang terletak di bandar bernama Mechelen, Hotel Best Western Cap ayam..Belgium ni tak lah besar sangat boleh je travel habiskan dalam masa satu hari; tapi memandangkan tujuan utama adalah kerana kerja tak banyak lah tempat aku boleh merayap. Diorang pun tutup kedai lepas pukul 6 PM. Kedai makan pun last pukul 8 PM.

Actually, bandar Mechelen ni terkenal dengan bangunan bersejarah 300~800 tahun. Mereka seboleh bolehnya mengekalkan warisan binaan bangunan tersebut. Kalau nak hancur sekalipun mereka akan sentiasa membaik pulih bangunan tersebut sehingga menjadi seperti dahulu dengan kekuatan bahan yang baru. Aku pun tak reti cakap banyak pasal aku tak reti baca perkataan belanda.


Ni mercu bandar Mechelen, Atas tu city gate and bawah tu hotel cap ayam tapi kos hang 400 ringgit semalam tanpa internet. Internet sejam 2 Euro. Satu hari 8 euro, time tu lah.


Ni pula gambar aku pusing pusing bandar mechelen ni, em conclusion nya negara ni tak ada orang. So boleh amik gambar takde segan silu. Boleh je amik aku jadi PR kat sini. Tapi dari design bangunan ni, church and city hall (photo 2 and 3) mahu lebih 500 tahun.


Ni gambar terusan je, sungai buatan manusia, beratus ratus tahun dahulu mereka dah start gali terusan untuk kegunaan logistik dan industri. terusan dijaga baik untuk banyak kegunaan lain seperti berkayak ni lah. So berlambaklah jambatan pesen ni dekat sana, boleh turun naik untuk memberi laluan kapal.


Ada pulak taman tasik perdana kat sini, boleh lah jogging petang petang. Bawah tu pintu lord of the ring.Hehe


Capital city of Belgium, Brussel

Dalam tengah busy training and meeting ni, mat saleh ni sempat juga bawa aku jalan jalan ke ibu kota Belgium ni. Nak pergi sendiri tak sempat pasal jadual pack and public transport pun tak banyak. So ada apa lah dekat sini ye..

Rasanya gambar ni aku snap random suka2 je bila dah masuk bandar Brussel ni.

Ni gambar Atomium, simbol dan pusat tarikan Belgium ni.. gambar waktu aku bersama dengan colleague aku from china and the professor. Depan Atomium ni macam musium je.


Ni hotel Brussel Zenith, Hotel ni memang allow visitor untuk masuk dan keluar sesuka hati untuk bergambar. Hotel ni mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan pernah terpilih untuk menganjurkan meeting meeting para saintis terkenal cam Albert Einsten and Marie Curie. Wah, boleh ke aku jadi hebat cam orang orang ni. If korang datang, singgah la.Harga tak tahulah berapa.


Ni pun salah satu tarikan utama di bandar Brussel ni. Em bangunan nya tak seimbang dengan belah kiri terlebih panjang. Mengikut Dr yang bawa aku jalan jalan ni, kontraktor nya bunuh diri setelah mendapati bangunan ini tak seimbang. Dia malu nak berdepan dengan raja time tu sampai sanggup bunuh diri. Akhirnya, selepas lebih 700 tahun, bangunan ini masih megah dan kesilapan itu menjadikan bangunan ini unik. Aku respect lah terhadap kerajaan Belgium ni, mereka sanggup jaga bangunan ni beratus ratus tahun. Mereka akan lapik building yang dalam renovation sebiji dengan imej sebenar bangunan itu bagi tak nampak kecacatan bandar ni. Tourist pun tak rugi nak bergambar bila sampai dekat sini.

Ni gambar patung budak perempuan dan lelaki kencing. Orang kata tak lengkap berjalan di Brussel ni kalau tak jumpa patung ni..Diaorang tak letak ni sebelah sebelah, so korang kena la mencari.

Belgium adalah salah satu negara di Eropah yang mengamalkan konsep raja berpelembagaan. rajanya sebagai ketua negara dan melakukan tugas melantik perdana menteri macam England dan Malaysia. So ni lah istana tempat raja tersebut berada. Statue satu lagi tu terletak depan istana. Lupa lah function dia.

Makan!!

Apa yang boleh aku makan kat sini..cam mustahil je aku dapat makanan yang 100% halal..walaupun aku selalunya memilih seafood bila berada diperantauan..tapi kali ni lama.boleh muak gak hari hari mengadap udang. So setibanya aku di Mechelen, aku terus menanya staf hotel tersebut; malangnya sebagai yahudi tegar, dia langsung tak tahu halal tu macam mana. So aku keluar je lah..untung untung jumpa kedai runcit..boleh beli roti or biskut.

Well nasib baik kadang kadang menyebelahi kita, first grocery store aku masuk kepunyaan lelaki Islam. Mula mula tak perasan sebab muka mat saleh tapi terkejut aku dengar azan. Hehe. So dapatlah aku join community islam dekat sini jap.


So aku belilah stok makanan aku dari kedai ni. Habislah 10 euro cam ni nya gaya. Rupanya dia ada adik buka kedai burger. Syukur. Ni confirm 100% halal. Mat saleh pun beli dari kedai dia gak. Harga burger consider murah lah dekat sana. Dalam 3 euro.


Tak kan lah aku nak makan burger je hari hari. Hehe. Company bayar. Apa ada hal. So aku melantaklah menu yang ada dekat hotel. Memandangkan harga dekat luar murah sikit je dari hotel, so aku ada strong reason untuk makan suka hati di hotel. Contohnya lobster or ketam pintal ni. Hehe. Starter di beri setiap kali makan di hotel, tapi aku tak dapat makan sebab daging ****.



Aku ada makan juga restoran luar ikut colleague aku. Tak sangka pula nasi goreng udang ni berharga 17 euro. Start hari tu, aku makan lobster je lagi bagus. Baru 25 euro. Hehe


Hah yang ni aku suka, set besar penuh dengan udang, ikan, dan seekor lobster. Hehe. Mat saleh ni belanja.

Walaupun Belgium ni kecil, tetapi produknya seperti waffle, coklat dan wain terkenal di seantero dunia..hehe.
Rugi tak try waffle ni bila dah sampai sini..kat Mechelen ada tapi kedai tutup pukul 5. Benggong.

Sampai sini ajelah yang dapat saya share untuk versi belgium ni. Overall, negara ni memang best. Kalau boleh aku nak apply kerja dekat sini 5 -6 tahun. In term of career, most of the people here love their job walaupun sekadar forklift driver or buruh kilang. Dengan kerja macam ni pun mereka mampu membeli harta benda dan sara anak bini. Aku tak rasakan pressure pun dari bos bos aku dekat sini, semua kerja tenang je. Well maybe ada beza dari segi attitude orang eropah ni dengan orang asia. Banyak benda positif yang boleh kita amik untuk menjadikan negara kita ni maju seperti kebanyakkan negara di Eropah. Tak semua pembangunan dan kemajuan ni perlu mengadaikan attitude dan sejarah negara kita kan..Terbaik!! Bye



























Comments