Sport (Softball)

Salam sejahtera..Hari ni aku nak share experience dan knowledge yang tak seberapa berkenaan dengan softball. Kenapa Softball ye..bagi aku softball adalah sukan yang mengubah diri aku dari langsung kaki bangku ke seorang atlet sekolah.Walaupun aku main game ni sampai waktu sekolah saja, game ni lah yang membuat aku mengenali bakat yang ada dalam diri aku ni. From this story, maybe ada sedikit pengajaran dan tips yang boleh aku kongsikan berserta harapan aku.

Softball mungkin agak membosankan bagi sesetengah orang, kalau nak dibandingkan dengan bola sepak, softball agak kurang pengerakan dan juga tak banyak skill yang boleh dipertontonkan.Kalau dekat oversea plak, softball mungkin hanya dimainkan sehingga peringkat sekolah sahaja. Mereka lebih mengutamakan baseball yang pada hakikatnya lebih kurang sama sahaja dengan softball ni, adalah perbezaan sedikit yang membuatkan baseball ni lagi mantap/puas untuk dimainkan.


The Beginning

Aku bermula bermain softball time di sekolah menengah dulu, waktu tu ada pemilihan untuk mewakili sekolah. Pemilihan pula dipilih oleh jurulatih mat saleh, ntah mana lah sekolah aku cari diorang ni. So that time, aku rasa inilah peluang aku untuk mendapatkan sedikit pengalaman dalam sukan ni. Takut takut gak kalau nak kerja nanti susah sebab takut orang anggap kita lembik. Untuk sukan lain, aku tak rasa aku layak jadi wakil sebab terlalu ramai yang hebat. Aku ni sekadar memenuhkan korum bolehlah..dah kaki bangku, nak buat macam mana. Just aku taknak selamanya untuk jadi seorang yang kaki bangku, so aku bangkit berubah.hehe.

So time pemilihan tu aku serious sikitlah. Ada pula geng aqua nak join pemilihan untuk suka suka, rasa down lak aku bila setara dengan pondan pondan ni. Hehe. Takpelah masing masing punya rezeki la kan. Pemilihan untuk mewakili sekolah dipilih berdasarkan siapa yang boleh main dan absorb semua latihan diberikan coach, standard sekolah ma..camni aje lah.

First test, latihan baling dan tangkap. Taklah susah sangat, so ramai yang okay je...tapi aku nope.damm. Kaki aku memang keras, bila L-shape throw pun jadi masalah untuk aku, lagi lah plak dengan jump throw. Coach pula dah herdik2..geng aqua terus tak datang plak lepas satu dua sesi... my god. I'm gonna fail again. Ingat cam main roundess je.. Sian kan aku, coach pun dua tiga kali bagi hint nak halau aku.

Give up...? Takpelah, try la sampai habis..sampailah sesi memukul bola pula..dekat sini ramai yang fail. dalam 10 nak hit 5 pun jadi problem..bila dah giliran aku, coach pun muka dan toye..tapi amazingly, aku hit semua bola dia baling, walaupun bola aku payah nak home run..tapi hit tu lagi penting coach cakap..Dan serta merta aku menjadi contoh terbaik untuk sesi memukul.. Em takdir or nasib.

Eventually, my coach accept me to be in the team. Yeah, wakil sekolah akhirnya.Hehe. Untuk catch and throw, secara automatically nya aku jadi pandai bila confident. Lagipun ni semua basic yang perlu ada untuk player softball or baseball kan. It just me not confident at all at the first.


The game

Serba sedikit pasal game ni, game pukul dan lari..dalam satu pasukan sepatutnya terdiri dari 9 orang. Untuk field position macam figure bawah ni..copy from google image je.


So the good team selalunya ada good pitcher and catcher..diorang ni yang control strategi team. Beza dekat sini, bola yang digunakan agak besar berbanding baseball, dan pitcher hanya boleh lontar bola apabila bola berada dibawah lengan.So beza dengan roundess yang kita main tu agak banyaklah, dalam game ni ada empire (maybe boleh panggil referee) yang akan menentukan bola itu out or strike..roundess boleh demand bola cam mana kita nak kan..nak slow ke nak lambung.hehe. Only in Malaysia.

Equipment nak main softball, agak mahal sebenarnya kat malaysia ni. So kalau nak main ni, kenalah ada glove, bat besi or kayu. Untuk Catcher selalunya barang safety nya agak banyak. telur protection pun kena pakai.

In game, pitcher akan cuba baling bola selaju lajunya supaya beater payah nak hit bola tu. Time sekolah, aku rasa selalunya bola pitcher baling ni panggil 'ball' or foul'. Free free je member2 aku dapat naik base bila tiga kali ball..Untuk aku yang suka memukul ni, dapatlah rasa naik dua tiga base sekali pukul. Bola yang dipukul pula, sekiranya ditangkap dan masih belum jatuh, pemukul akan mati. Yang berada di base akan survive selagi tak bergerak. Em banyak lagi rule, tapi aku cerita base pengalaman je. Yang lain baca wikipedia ye..

Morale of story

Aku main game ni sampai peringkat sekolah sahaja.Pergi jauhla juga dari target aku, sampai wakil daerah. Dekat U, aku main benda lain dah. Hehe. Point dia, dari softball aku kenal kelebihan diri aku, patut aku tak terer main bola sebab tuhan anugerahkan mata yang lebih cekap untuk pengerakan tangan yang tepat, so dia tak bagi flexibility yang lebih pada kaki. Tuhan lebih tahu ke mana arah tuju aku dalam dunia ni. Aku bersyukur in wuteva pemberian tuhan,and then aku develop ability aku pada sukan yang menggunakan skill ni seperti squash, badminton, futsal, bola tampar, basketball, hoki..Semuanya aku buat sebab aku betul betul enjoy sport.

One more thing, janganlah rasa useless sangat kan. At least bagi diri confident sikit, choice kita nak berubah ke tak..

Dari segi kepuasan, softball ni puas bila dapat pukul and save member member dalam base..lagi puas kalau dua orang home sekali. Lagi satu kalau berjaya catch bola lambung and kill two three opponent sekali. lagi lagi kalau catch bola dengan dive sekali. Hehe. What a memory..

Harapan, sukan softbal ni akan berkembang menjadi sukan kegemaran ramai di Malaysia ni. Kalau diberi kesempatan, aku tersangat sangat ingin menjadi coach softball untuk budak budak sekolah. Maybe pengalaman aku tak luas tapi aku rasa aku boleh handle. Takdir or nasib... aku rasa dua dua sekali, aku terima takdir aku, aku terima kelemahan aku, tapi aku nak berubah. Dan nasib aku baik sebab ada softball time tu.. :)

I miss this softball game a lot..Bye.










Comments