(Sport) Squash

Em sewaktu nak tulis blog untuk 3rd chapter sport for fun ni, belah bahagi nak continue pasal futsal or squash dulu. Lastly, aku pilih squash. Mungkin sebab dah gian sangat..Hehe. Bila kita sebut pasal squash, obviously satu malaysia akan bercakap mengenai kehebatan Dato Nicol David, tapi aku tak rasa orang orang Malaysia ni tahu cara nak main squash apa ntah lagi pernah main squash. So walaupun from the eye of the world, Malaysia mungkin No.1 dalam squash tapi mungkin kepopulariti squash ni jatuh tempat belas belas dalam hati rakyat Malaysia..Em sebab apa ye? Mungkin squash pun tak popular mana sampai tak ada dalam olimpik or komanwel.Em~ entahlah.

Pendapat aku..Squash semestinya antara sukan favourite aku dan sangat menghiburkan. Dari segi energy consume, aku rasa squash guna lebih sedikit banyak dari badminton.Taktikal lak, walaupun aku tak training officially tapi memang banyak.. Berpeluh peluh kalau main ni, lagi lagi main dalam court tak ada aircond. Seriously aku memang enjoy squash and kalau fikir fikir macam ni rasa gian tu datang balik...Ish.

Aku mula main squash dari matrikulasi.. Mula mula dari suka suka..tapi bila dah terer makin aktif lah bermain..sampai kena halau dengan guard baru balik. So aku continue main squash bila masuk U. Problem nya kawan kawan lama dah tak ada. Nasib la jumpa gak seorang..so hari hari sparring berdua..dah keluar U.aku dah tak jumpa dah member member yang minat main squash ni. So terputus sampai sini saje la minat aku..That's why aku cakap game ni tak famous. Susah nak cari orang yang betul minat or pernah main game ni lagi lagi time dah kerja ni..

The game

Squash punya rule simple je..just don't let the ball bounce two times je atas lantai. So start from serve, just hit the ball above the service line dan sampai ke kotak opponent. Opponent boleh decide nak return bola tu macam macam teknik pun as long bola sampai ke dinding depan dalam linkungan line in-out nya. Maksudnya, kita boleh pukul bola tu ke arah mana mana dinding termasuk belakang dan tepi tapi bola perlu bounce balik ke dinding depan sebelum jatuh ke lantai semula. Paham tak..


Yeah siap gak skecth cincai cincai ni..Hehe.Saje.Taknak copy google. Em so above and below line biru tu out ball la..Bola dah tak kira lagi bila dah terkena dinding out ni.Nak serve lak mesti atas line merah tu.. Selalunya game kira sampai 11 point je..cam sikit je kn. Tapi game ni kadang kadang nak naik satu point pun payah sebab ada rule blocking lak..blocking ni terjadi bila receiver tak dapat nak amik bola tu sebab terganggu dengan player lain..so kenalah restart balik melainkan referee kata sengaja or memang salah kita.

To be frank, aku main bantai je main squash ni tapi actually banyak teknik teknik pukulan dalam squash ni yang boleh diaplikasikan bagi menewaskan pihak lawan. Banyak teknik aku explore cuma tak tahu apa nama je.Hehe. Try dulu brother baru tahu nak respect Dato Nico David power cam mana..


The Hope

Well sah sah aku tak akan tulis cerita tentang sejarah aku sahaja (buang masa je). Mestilah aku ada target. Target aku sebenarnya nak main squash ni balik dengan siapa siapa lah orang yang baik. Hehe. Aku rasa body aku dah tak fit cam dulu lagi so kalau boleh nak cari yang slow opponent gak lah..slow slow beb..hehe.Raket pun melekat atas dinding rumah je.5 tahun tak main.. Dulu pernah gak aku iklan dekat facebook, adalah seorang dua email tapi tak sampai pun hajat ni.So aku iklan kan balik dalam blog ni.

Bagi aku, banyak je apartment/condo sekarang ada kemudahan squash ni dan aku tak nampak sangat pun orang main. So kalau dapat main tempat free ni lagi bagus kan... Okay, I'll wait. Bye..

Comments

  1. Tertarik dan menarik, memang minat. Tapi takpernah di expose dengan benda alah ni. Hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah main ke..bagi saya squash mmg sukan yg terbaik saya pernah main. at least nak compare dengan tennis.. tak lah penat kutip bola out.Hehe. Sama agressif dengan badminton.tapi kreativiti kena lain. Cubalah

      Delete
  2. Sy pun minat. main hentam je. tp kat JB ni mmg takde geng squash pun..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Dah jumpa ke kawan main squash...

    ReplyDelete

Post a Comment