Sport for fun (Bola sepak Amerika @ American football)

American football..ada orang terfikir ke nak main benda ni dekat malaysia. Kalau aku cakap pun mungkin orang Malaysia ingat game ni cam rugbi je (betul pun). Tapi aku rasa tak ada siapa lagi main game ni dekat Malaysia secara betul betul 100% mengikut rule sebenar dia dan equipment yang betul..

Tapi aku ketagih nak main game ni dalam maya je..ni semua gara gara manga EyeSheild 21. Dari aku tak faham sampai aku dah faham sangat dah..Hari hari aku berangan jadi quarterback atau receiver. Ni position yang aku minat dalam komik ni. Hari hari aku baling barang dan tangkap sendiri.. Tapi aku lagi minat jadi receiver je..quarterback tak layak kut. Hehe. So apa aku boleh buat adalah main game, PS2 je pun tapi berlambak lambak aku beli game ni..Madden, NCA.

Konsep

Kalau nak samakan ragbi dengan american football ni, aku tak tahu lah pulak undang undang ragbi. Hehe. Konsep memang lebih kurang sama cuma terdapat banyak perbezaan dari segi peraturan; rugbi tak boleh hantar bola depan america football boleh etc. Score akan dikira bila bola touchdown area goal atau tendang masuk dalam palang. Point count dua dua game ni lain sikit.

Game start dengan dua pasukan yang akan memilih untuk menendang atau pun meyambut bola. Depend pada strategi masing masing, boleh je sepak bola tu jauh2 atau rendah..Area mana bola tu dimatikan maka team tu dapat lah peluang untuk menyerang. team tu boleh memilih menyerang melalui larian atau hantaran. Opponent akan membina kubu untuk bertahan dan mengekang kemaraan pihak lawan.

Team menyerang akan diberi tiga kali peluang semata semata untuk mara sebanyak 10 kaki. Peluang ni terhad untuk bola yang mati tapi masih berada pada kedudukan team penyerang. Kali ke 4 kenalah tendang bola tu jauh jauh balik supaya pihak lawan start menyerang dari kubu dia. Tapi boleh je last try. Cuma risiko tinggilah kalau masih berada hampir di kubu sendiri.

Pihak yang bertahan juga mampu menamatkan peluang menyerang dengan lebih awal sekiranya dapat merampas bola semasa hantaran atau larian dilakukan. Strategi untuk game ni mungkin ada beratus beratus mengikut manga eyeshield 21, kalau main game pun dia suruh select strategi or formation dulu..tapi setakat main game aku pakai quarterback wat larian pun boleh touchdown. Hehe. Bila dah touchdown, team akan diberi peluang sekali lagi untuk bonus point menggunakan larian ataupun tendangan. Larian 2 point tendang 1 point..

Dalam satu pasukan ni, team boleh dibahagi pada dua menyerang dan bertahan, kedua dua team ni boleh mempunyai orang yang tidak sama, kalau aku prefer menyerang lah, dah nama receiver. Cam Monta dalam Eyesheild 21.Hehe.

Harapan

Em macam mana lah nak main game ni dekat malaysia. Mungkin kalau boleh kumpul dalam 20 orang boleh kut buat kelab. Hehe. Well blog ni aku tulis pun untuk share harapan aku. Hockey ice pun orang boleh main kat negara ni, tak mungkin susah sangat nak setup untuk main america football di Malaysia.. Mungkin ada orang minat tapi tak jumpa kawan boleh lah kut contact contact kat sini kalau terbaca..Manalah tahu kan. Tertunai impian aku & korang ni..Amin..

Comments