Ragbi

Aku tahu aku tak layak nak share apa apa pasal ragbi ni.Hehe. Baru je aku keluar statement yang aku tak tahu pape pasal ragbi ni dalam entree american football. Tapi sekarang ni rasa addicted lak dengan game ni..Maklumlah badan pun dah katang bak kata orang kuantan ataupun tough..puih.padahal gemuk.

This year ada la chance aku back to school untuk lawatan suka suka. Nasib schoolmate dulu berjaya menjadi cikgu di situ juga..ada la orang dalam tolong arrange kan. Kedatangan ni pun bukannya dialu alukan sangat pun..maklumlah belum pegang title DIRECTOR lagi..masing masing still title engineer je..Saja datang untuk mengeratkan ukhwah sesama batch je sambil lawan seronok2 habitat yang ada kat sana sekarang.

Plan awal memang nak main bola je..tapi tak sangka lah pulak ada chance main ragbi. Banyak kawan kawan angkat kaki bila ajak main ragbi..ada yang kata tak pernah main, ada yang jada badan. Aku memang la tak pernah main, tapi sebenarnya aku memang teringin sangat. Dulu nak join suka suka segan, sebab budak ragbi cam mantap je ukhwah dia. Malas bazir karan mereka.

Ni lah muka muka yang menghadiri reunion + friendly tournament hari tu. Budak batch aku yang turun pakai baju warna biru, budak Jr pakai baju merah..

Kalau tanya rule ragbi ni dengan aku, memang aku zero knowledge..tak aci la buka wiki kan semata mata nak tulis blog. Just senang cite, game start cam american football gak. Satu team kick satu team receive..boleh tackle orang bawa bola je..itupun paras pinggang. Sempat lah aku beraksi dua tiga kali..ni gambar bila aku dah receive bola dari kick start..berpandukan pengalaman aku main game dengan baca manga eyeshield 21.boleh lah aku lari lari sambil acah junior aku..tak sempat elak yang depan dah kena tackle dari tepi. Haha. Walaubagaimanapun bola masih ditangan..kuat tu. Lepas tu budak budak ni terus tak main kat wing aku..tak boleh cari makan kut.

Ni member aku, former wakil sekolah ragbi, nak tackle Junior. Tak dapat bai..Sampai tergolek golek kawan aku ni. Tak silap aku budak Junior aku ni baru receive bola dari kick start..terus dia pecut sampai touch down. Kalau America football ni tak silap aku dia panggil kickoff return touchdown..Haha.Samalah tu. Tapi aku berjaya gak la jangan pertahanan aku..3-4 kali gak diorang ruck gak sebab aku berjaya tackle diorang. Real tau..tak wat cite.Hehe

First time aku kena ruck, aku rasa nak lepas bola pun tak belah..mahu pecah rusuk bila kena hempap ramai ramai. Gambar untuk hiasan..aku takde time ni.Hehe. Semua gambar member amik random je..tapi salute a gambar dia.

Banyak lagi rule untuk aku belajar dalam ragbi game ni..I have no idea apa yang diorang tengah buat ni.scrum ke apa ke? Sebab apa kena macam ni..sebab foul kut. Entah. Tapi aku enjoy main ragbi ni sama cam aku enjoy main game American football or baca manga Eye Sheild 21. Beza yang paling ketara sekali, ragbi ni takde quarterback kut..so semua bola boleh baling ke belakang je.

Untuk main ragbi, aku rasa dah terlambat dah nak join mana mana team. Game ni bukan orang main petang petang pun cam futsal ke badminton ke..yang main mestilah ada team masing masing kan. Takpelah, aku main suka suka ajelah lain kali dengan Junior aku yang lain tahun depan. Insyallah kalau budak sekolah aku buat balik re-union cam ni..Yang penting, American Football still dalam hati, bertambah addicted aku lepas ni nak main American football..Bye!


Comments