Ada Apa Dengan Surabaya-Bromo

Surabaya-Bromo ni salah satu cerita lama aku..bekerja sekejap berjalan lebih. Orang kata kalau pergi surabaya ni rugi kalau tak pergi ke Bromo. Aku tengok google image, Bromo ni memang lah kawasan pergunungan dengan gunung berapi yang masih aktif..tapi tak tahulah pula tempat ni cam Eropah.Hehe.Well before jump into details, kasi lah info sedikit pasal surabaya ni..Surabaya ni kalau fly dari Kuala Lumpur dalam 2 jam lebih..Dari Airport ke Town Surabaya dalam 30 minit kalau ikut highway, taxi rate dalam 100K rupiah..time tu lah. Sekarang currency Indon dah jatuh, tak pasti maintain ke turun ke naik.Ok itu je.Hehe. Yang selebihnya aku separate kan dalam content yang cam selalu aku buat.

Juanda International Airport. Airport paling tak best pernah aku sampai.Before immigration check pun dah ada orang kejar kejar nak jual sim card or tukar duit.

Bromo

Yeza, selesai seminar yang tak seberapa ni maka berangkatlah kami ke Gunung Bromo. Memang berkobar kobar dalam hati nak pergi sana, seminar tu ala kadar je attend. Perjalanan dari Surabaya ke Bromo ni mengambil masa lebih kurang 4 ~ 6 jam. Aku rasa tempat dia takde lah jauh sangat tetapi disebabkan jalannya sentiasa sesak, maka terpaksalah juga menahan letih didalam kereta. Aku dengan kawan kawan ni berjaya gak lah kowtim sewa van dengan driver (of course) dengan harga sebanyak 1.5 juta rupiah.

Dalam perjalanan ni terserempaklah banyak kali bisnes tepi jalan camni. Satu yang aku kagum dengan kerajaan Surabaya ni, bandar diorang sampai ke ceruk kampung, clean pengemis, yang ada macam ni bukanlah pengemis, Hanya peniaga yang menjual makanan atau barangan pada kereta kereta yang sedang berhenti. Kalau kurang sempurna sekalipun, tak silap aku kerajaan diorang ni akan berusaha juga memberi mereka pekerjaan yang sesuai. Mungkin sesetengah akan cuba merayu tetapi hak kita lah nak kesian atau tutup mata kan. Dah lumrah perniagaan. Kurang kurangnya tak menipu cam yang ada dekat Malaysia ni. Takde lagi aku dengar moto "taknak beli barang takpe, derma pun boleh".

Sampai je ke Bromo, barulah kurang jem. tetapi perjalanan menjadi lebih bahaya kerana jalannya berliku liku dan banyak juga tanah runtuhan. Itu belum kira jalan lubang or pasir tebal. Lagilah naik van je..4WD okay lagi kut. Walau bagaimana pun aku dah start terkesima dekat sini..walaupun hati ada sikit goyang tetapi pandangan persekitaran dia memang memukau. Cool je..Rasa rasa kalau ada duit infiniti ni, dah lama aku beli rumah dekat sini, duduk je dekat sini. Biar hati takde stress.

Entah apa gambar ni aku lupa.Hehe

Haah! Sampai juga ke Gunung Bromo. Jam dekat tangan baru menunjukkan pukul 5 petang waktu Indonesia, tapi dah masuk magrib dah. Lambat sejam dari Malaysia tapi matahari terbit dan terbenam sejam awal dari Malaysia. Hotel aku duduk betul betul pinggir bukit dari dataran gunung Bromo ni. Nama dia Cemara Indah. sayu je hati melihat keindahan alam ciptaan tuhan ni. Subhanallah.

Apa persiapan yang perlu ada sebelum ke Bromo. Apa yang penting adalah baju sejuk yang amat kalih sejuk.. Aku tak tahulah berapa degree celcius kat sini tetapi kalau tak pakai confirm diorang suruh ko sewa gak..kalau tak diorang taknak bawak. Hehe. So sewa lah aku dengan harga sebanyak 30K rupiah. Glove pun wajib beli..10K rupiah. Topi..10K juga. Seluar kena pakai double at least. Mat saleh pun pakai sweater tebal. Faktor kesejukan melampau ni kerana cahaya matahari kurang menembusi dek kerana abu dari gunung berapi yang tebal. Pada pukul seawal 4 pagi, anda akan dikejutkan oleh squad subuh.Tapi squad subuh ni kejut untuk preparation mendaki gunung sebelum matahari terbit. Kena siap siap sebelum Jeep 4WD sampai. Time ni kalau tak ada baju baju pun masih boleh membeli or sewa..ada je modal business kat sini.

Oleh kerana faktor kegelapan yang amat sangat, tak adalah sempat amik gambar. Perjalanan mendaki 4WD kejap je..sebelum sampai ke dataran untuk pendakian bermula. Anda boleh memilih mendaki menggunakan kuda atau terus sahaja berjalan kaki. Malangnya kuda ini hanya membantu anda separuh perjalanan sahaja..spearuh lagi still naik sendiri gak. Harga kuda ni dulu 100K rupiah gak.. Sekarang tak tahulah. Penat gak daki gunung ni walaupun bertangga..so training training la sikit k.

Maka masuklah waktu subuh bagi penduduk kawasan Bromo. Ye le tu..cantik ke. Tak cantik sangatlah cam dalam google image. Tak ada kabus time tu.

Gambar kawe posing atah gunung sambil usya gunung bromo. Lawo deh. Cam kat Switzerland.Tanah je hitam.

So kalau korang datang naik kuda, balik pun naik kuda balik. Tapi malulah naik kuda ni..Aku tengok uncle uncle cina, japan semuanya daki gunung ni selamba je. Tak adalah susah sangat pun cam naik bukit Broga je.

Hah! Dari puncak ke dataran..Aku tak tahulah padang jarak padang terkukur ni panggil apa tapi rasa cam pantai pun ada. Tanah lembik lembik. Rumput pun tak tumbuh. Tak cukup cahaya matahari agaknya. Dari sini boleh lah anda panjat gunung berapi tu..Risiko tanggung sendiri. Tapi aku memang suka lah tempat ni. Serius aku kagum dengan keindahan alam maya dekat sini. Subhanallah!.

Subhanallah! Cantik gambar ni kan. Hehe

Em ada gak gambar aku balik.Hehe.Tu la Jeep yang depa guna bawa kami. Tu sorang 100K ke sebuah 100K..aku pun dah lupa. So sekian lah story pasal Bromo ni..Satu perjalanan yang mungkin aku repeat balik suatu hari nanti.

Surabaya

Ada la kesempatan juga aku berjalan di bandar Surabaya ni. Untuk yang tak tahu, penduduk asal surabaya telah menyaksikan pertempuran dahsyat di antara ikan jaws (sura) dan buaya (baya). Mereka berlawan 14 hari 15 malam sehingga kedua dua lemah dan ditangkap penduduk. Lalu mereka mengurung haiwan tersebut seperti gambar dibawah. Cerita donggeng aku reka sendiri. Tapi itulah maksud surabaya.



Ni pula gambar gambar town surabaya. Pengangkutan utama penduduk ialah moto la kut. Helmet dan baju hujan bersepah jual tepi jalan. Aku pusing pusing sini naik taxi oren..totally pakai meter.

Yeza..dapat gak aku tangkap gambar ala ala National Geographic. Dari jauh aku dah nampak budak budak ni mandi kolam dekat statue tu. Siap buat summersault lagi..lepas aku snap satu dua gambar diorang lak keluar berlari lari kejar aku. Rupanya minta snap lagi gambar before diorang terjun balik dalam kolam tu.Hehe. Peace Yo!

Em shopping time. Wait. Aku takde lah membeli sangat pun dekat sini. Shopping mall dia sama je lah dengan Malaysia. Harga pun lebih kurang.Dua ni ajelah aku pergi..Grand City dan Plaza Surabaya


Sebelah Plaza Surabaya ni ada sebuah kapal selam yang dah tak mampu menyelam lagi. Ia telah dijadikan sebagai muzium dan penuh gambar gambar orang yang operate kapal ni kut. Tak sangka Indon ada team kapal selam. Ntah. Tak sempat baca history sebenar dia.

NI gambar gambar dekat dengan Tugu Pahlawan. Rajin sungguh aku ziarah tempat tempat begini..Dari menghabiskan duit bershopping baik aku enjoy amik gambar kan. Kapal selam dan tugu pahlawan ni kalau nak masuk dikenakan bayaran. Tapi tak mahal la..dalam 2-3 ringgit je.

Inilah tempat terakhir yang berjaya aku merayap. Orang kata kalau datang Surabaya ni rugi kalau tak datang kilang rokok Samporna ni. Walaupun tak hisap rokok, at least kita tahulah juga cam mana rokok ni dibuat. Gambar gambar masih boleh diambil di ground floor tetapi bila dah naik atas kamera adalah dilarang sama sekali. Tapi dekat level atas ni dapatlah kita saksikan beratus ratus pekerja menghasilkan rokok menggunakan tangan secara manual. Diorang mampu menghasilkan rokok dalam kuantiti dekat 50~60 batang seminit. Laju doh tangan diorang. Kalau aku kerja 1/2 jam je mesti dah resign.

Tamatlah sudah sesi perjalanan aku di bandar Surabaya. Enjoy la juga. Tak ada crowded sangat pun kat town ni. Nak gi massage pegi jalan Doly. Boleh pilih pilih amoi. Hehe

Makanan

Apa yang famous dengan makanan disini semuanya boleh didapati di Malaysia. Tapi origin dia memang dari Indon la kut. Nasi padang basicaly cam nasi campur la gak..tapi aku rasa cita rasa orang dekat sini gemar makanan yang lebih tumisan bawang dan berminyak. Itu pendapat aku.

Yang ni paling sedap, benda ni je aku makan kalau ada masa. Bakso dia ada daging yang agak besar dan sambal yang agak pedas. Walaupun berpeluh peluh badan aku makan benda ni tapi puas hati..tapi bila pikir pikir balik, harga bakso dekat surabaya lagi mahal dekat malaysia..Em~~maybe daging dia besar kut. Korang kalau try pegi bakso ni je la wei..aku sampai sekarang ngidam bakso ni lagi.

Andai kata korang tak biasa makan makanan asing ni, em bolehlah melantak McD or KFC, sama je kut rasa. Cuma jangan anggap set dia sama dengan apa yang ada dekat Malaysia lah. Snack plate dia ada nasi tapi tak ada mash potato dengan coleslaw. McD pun sama. Nasi,air dan burger. Ok. Itu sahaja. Assalamualaikum. Bye!!

Comments