Jogging & Marathon (Sport for fun)

Untuk edisi Sport for fun ni, bab jogging dan marathon ni la perkara terakhir aku nak share. Sebenar benarnya aku ni bukan lah ahli sukan yang sejati..aku cuma suka menghiburkan diri aku melalui sukan. Dalam sukan aku jumpa banyak enjoyment dan spirit untuk bersaing tapi aku takde pun sense untuk build up aku punya stamina or skill pun..just untuk seronok seronok je. Atas alasan ni, jogging bukanlah sukan pilihan aku, sehari je semangat sok lepas tu 4 bulan aku tidur dekat rumah. kalau futsal orang ajak, kul 3 pagi pun masih sanggup turun.

Eventually after a year aku dah tak aktif dalam bersukan, badan aku yang dulunya yang sentiasa aktif menjadi sayur sayuran. Main futsal pun 6 bulan sekali, baru main 5 minit dah tercunggap cunggap rasanya. Lepas men balik rumah badan sakit sakit seminggu..Tapi aku berusaha ajak kawan kawan main futsal gak tapi makin lama makin takde geng. Semuanya time tu sibuk nak kahwin, jaga anak, busy kerja..so banyak aku buang masa dekat rumah la..lepak lepak

Kesedaran

Tahun 2013 menyaksikan tahun jatuhnya aku,cam cam perkara tak best aku rasakan sehingga aku jadi stress bangat. Stress berpunca dari kehidupan, kerjaya, kewangan, rumah termasuk orang orang yang menyusahkan hidup aku..lagilah buatkan badan aku menjadi lemah dan hormone jadi tak balance. Bila dah jadi camni, bertambahlah pula satu masalah lagi, iaitu masalah kesihatan. STRESS BEB!! rasa cam nak tekan butang penghapusan diri je..ISh ish.

Dalam kita sedih sedih, Allah Taala memang akan bantu kita. Dengan syarat kita sedar apa silapnya kita. Minta ampun dan lepas tu build up balik semangat hidup kita. So apa kaitannya dengan maraton..Continue story tu, in early 2014, cousin aku ada bawak balik baju marathon lebih kepunyaan kawan kawannya. Dia ajak aku n adik aku join pasal member dia tak jadi masuk. Aku rasa cam okay je la pasal benda free dan suka suka teman dia. So aku join la maraton 10km tu..cakap kat hati aku kalau tak larat aku belah je. In the end, berjaya gak tamatkan maraton tu walaupun 80% hanyalah berjalan. Hehe.


Happening nya aku dapat medal kerana berjaya meng-complete-kan larian itu. Sebab dah lama tak menang pape kut, gembira lebih sikit lah. Hakikatnya semua participant akan dapat sebab dah termaktub dalam peraturan sesuai dengan bayaran yang dikenakan. Sekali masuk 50, 60 ringgit melayang. memang bongok lah tak dapat pape.

Tapi kalau masuk ni sekali mana lah nak sedar nya, dah lah mahal..penat lak tu, badan pun sakit sakit, nampak sangat dah tua. Wahal ramai je uncle auntie aso pakcik makcik boleh lari non stop bukan 10km je..lebih dari tu. Rasa lagi down adalah.

Then I talked with my colleague yang memang hantu lari (banyak kali ajak tapi aku malas+bazir), so dia sarankan aku download satu app free je..nama dia 'cardio trainer'. Bila nak lari on gps and software ni calculate kita punya distance, time, speed, track, calori burn dan macam macam lagi. So baru aku ada target katanya. Then baru aku tahu bahawa badan aku sangat lemah sehinggakan belum sampai 1km lagi lari aku tercunggap cam dah nazak dah. Sedih sey..So timbulah kesedaran kemuncak.Hehe

Azam Baru

Dulu dulu aku memang ada lari sikit sikit tapi bila penat je aku jalan dan tak lama lepas tu stop. So aku tak pernah ada target sebelum aku donwload app ni..Now aku ada target. Just challenge myself..enemy aku adalah semangat diri aku sendiri. Dari 2km aku target success up ke 3km plak..lepas tu target 5km non stop. Aku boleh lari 3km non stop lepas beberapa hari lari tapi untuk ke 5km amik masa bulan bulan gak.. Sekarang aku boleh lari 8-9km non stop dalam masa less 60 minutes. Untuk sendiri achievement ok ok lah. Tapi still biasa biasa je..



Aku ada join gak larian anjuran pihak pihak tertentu tapi aku suka memilih. Memang banyak organiser buat maraton ni tapi just dapat baju dan medal..cam tak berapa berbaloi untuk di investkan. Kalau fikir pasal hadiah menang, memang mimpilah.. Aku cuma nak join larian dari organiser yang besar je lah.cam anjuran milo or government .Untungnya macam macam kita dapat termasuk breakfast dan bayaran murah sikit.. tapi biasanya ramai orang sikit lah.Up coming event adalah aku join 2 maraton lagi..satu IJM 10km and viper challenge 20km..Another reason aku join pun sebab aku nak make sure aku tak lack of training. Biar spirit larian ni kekal selamanya di hati.

Summary

Jogging n Maraton ni syok ke?? Tanya aku memang aku jawab tak lah..berat je kaki bila petang petang aku nak start jog..rasa nak balik rumah je. Hehe. Berbeza dengan futsal or sukan sukan lain (lagi lagi sukan aku duk cite sebelum ni) aku lagi suka main..boleh je main 2-3 jam tak behenti, pasal aku  boleh berhibur dengan kawan kawan. Jogging kalau stop stop gelak gelak memang baik tak payah lah..tu cam amik angin je.

Macam mana pun aku tetap aku berazam untuk jogging berterusan sambil tunggu tunggu ada orang respon tak dalam blog (sport for fun) aku sebelum ni. Dengan jogging, badan aku kembali sihat dan kuat, dah tak lesu, nak kerja pun otak cergas, hormon dah okay, bini bertambah sayang..hidup pun dah tak stress lagi. Sekurang kurangnya aku ada masa alih perhatian dari apa apa problem. Badan aku pun dah kembali macam 5 tahun dulu dimana aku masih aktif bersukan. Dan aku harapkan badan aku lebih sihat dan cergas, lebih dari waktu 5 or 15 tahun dulu..And that's why I will continue jogging until my body strong enough to join 42km maraton or more that that join Ironman. A new challenge... TQ.

Comments