Selamat tinggal..Kreko

Sayonara my precious baby..Kreko! Akhirnya selepas sepuluh tahun kita bersama hingga kan dah beratus ratus episod kau ku miliki..akhirnya hari yang menyedihkan terpaksa kita tempuhi..Isyh isyh..
Bagi yang tak tahu apa itu kreko, kreko adalah komik mingguan manga Jepun. Kalau siapa yang tahu pasal Naruto, One Piece, Bleach, kreko adalah majalah yang menerbitkan manga manga ini dari versi mingguan. 

Aku start baca Kreko ni bila aku masuk asrama penuh..padahal aku dah tak baca komik dah pasal tak ada komik yang match dengan cita rasa aku selepas Dragon Ball and Misteri Naga tamat. Nasib baik ada Kreko yang menghimpunkan komik one piece, fullmetal alchemist, majin detektif Neuro dan few komik lagi masa tu yang sangat best. Bolehlah aku layan balik untuk isi masa lapang aku. Tapi bila usia kita meningkat, tanggungjawab dah besar..maka minat kepada komik makin tengelam. Banyak manga manga sekarang aku rasa dah tak sesuai dengan usia aku..tipu budak kecik boleh lah kut. Nak tak nak terpaksa jugalah aku mengambil keputusan melupuskan harta aku diusia remaja ni..


Sebahagian komik yang terpaksa aku lupuskan. Sebahagian lagi ada orang nak..aku kasi free je. Dah iklan kat Mudah.my pun orang dah tak nak..


Penuh gak lah satu kereta.


Destinasi terakhir. Kedai besi buruk. Dapatlah pulangan sebanyak 25 ringgit. Terus adik aku amik buat isi minyak kereta dia.Haha..Kalau anak aku dah besar nanti, dia pun minat komik tak apalah..Abah dia pun berjaya pe..komik bagus untuk meningkatkan daya imanigasi kan. Smile. Bye KREKO...

Comments