Ada apa dengan Paris

Dah lama tak travel for business sebab management dah tukar, so advantage banyak pergi ke budak budak baru. Kerja susah semua dapat kat aku tetapi bab travel diaorang sapu semua..nak wat cam mana, nasib yang ditakdirkan. Mentang mentang base aku bukan di HQ, senang lah diorang pilih pilih dulu.

Sebab aku dah tension, maka dengan lantangnya bersuara. I want promotion!!Gaduh nya gaduh, akhirnya bos sewel aku faham. Maka dengan tak rasminya aku telah masuk company lain bawah satu syarikat besar yang sama. Tapi cam tak naik pangkat je..cam tukar position je. Em ntah lah, dengan itu, berngakatlah aku ke bumi Brussel sekali lagi untuk menerima latihan dan ber meeting.

Melalut mukadimah kali ni, nampak sangat tension stress. Training dua minggu, apa kejadahnya lama sangat. Sampai aku terpaksa pulak memikirkan apa yang perlu aku buat kat sana. Lagilah wife aku pregnant. Mesti lah aku risau kan tinggal dia lama - lama.Pikir nya pikir tiba tiba aku terfikir nak travel city lain..haha. Lagi melalut. So akhirnya aku jumpa gak cara paling save cost nak travel dari satu ibu kota ke ibu kota yang lain di dalam benua Eropah ni. Baca sampai bawah. Haha

Terbang dengan Emirates


Fly kali ni aku memilih nak naik Emirates..Layanan memang superb beb. Saiz kerusi pun boleh tahan. Movie pun update yang baru baru nya. Aku je tengok separuh paruh. Pasal tidur.Haha.Mana tak tidur, ada bintang atas siling kapal terbang ni..Tapi baru tidur jap je, tiba tiba diorang served makanan.tak makan rugi lak kan.Dah la dua kali flight panjang. Dalam banyak banyak kapal terbang aku naik MAS, AirAsia, KLM, China Southern Airline, Singapore Airline..aku rasa kapal terbang ni je aku jumpa ada kamera untuk passenger lihat macam mana diorang berlepas dan touch down or spanjang perjalanan tu lah..susah gak nak menuju tepat ke landasan tu..cuak gak bila tengok tau.

Train ke Kilang

Kali pertama aku fly oversea atas urusan kerja, inilah first time aku kena gi Kilang naik train. Okay lah juga, nampak cam expertise juga lah kerja tempat orang lama lama. Tapi aku rasa memang ni budaya kerja company aku lagi satu ni, tak belanja orang. Hehe. Patut bos aku kedekut kedekut dekat sini.  For those who want to travel to Belgium, ni aku share sedikit info pasal train system dekat sini.

                           

Ni contoh tiket keretapi disini. Pergi balik lebih kurang je. Nak hidup dekat Belgium ni credit card sangat penting. Kadang kadang setengah kawasan hanya mempunyai mesin sahaja yang. Mesin pulak accept syilling dan kredit kad sahaja. So kalau harga tiket 15euro tak merapu cari syilling. Aku nya kredit kad pulak mesin ni tak nak baca. Nasib stesen dekat hotel aku ada kaunter sampai malam.


So untuk orang yang travel 2-3 minggu ni. adalah option lain iaitu membeli tiket 10 perjalanan, Tulis sendiri okay. Tapi dah fixed dah trip dia. Boleh pergi kat situ je ulang alik.


Dekat Belgium ni, semua train stesen dia tiada yang menjaganya. Beli tiket main masuk je dan pastikan anda berada di lorong yang betul. Pastikan bila dah sampai lorong tu, tengok balik destination dia cam dalam gambar ni. Selalunya dia just mention stesen yang last je. Even kereteapi tu lalu stesyen tu, belum tentu dia berhenti pulak. So timing memang nak kena jaga. Kena baca jadual perjalanan stesen tu betul betul. Orang orang sini helpful je..tapi selalunya diorang bukan taknak tolong tapi memang tak tahu nak tolong camne.


Wafel Brussel



Dulu aku tak sempat pun nak makan wafel kat brussel ni. Sekarang ni dah pandai jalan sendiri, boleh lah aku belasah. Ni kedai yang aku singgah makan. Betul betul dekat town Brussel.




Harga wafel macam ni 4.50 Euro. Boleh lak diorang lupa nak letak white cream ni. Tu hodoh je. Tapi bila makan sedap betul! Aku sampai sekarang ngidam lagi benda ni. Payah pulak nak dapat sedap macam ni dekat Malaysia. Harga yang 1 euro nya memang dapat yang plain ajelah. Tapi still murah lagi compare dekat town yang lain.


Megabus ke Paris

Selalunya aku tengok blog orang lain untuk cari info tentang traveling ni lengkap je. Tapi kalau ke Eropah payah sikit. Malaysia nya lagi lah..semua kaya kaya je pergi sini..tak larat nak follow tips dia. Baca blog Indon ni barulah aku terjumpa pasal Megabus ni.. So apa itu Megabus. Konsep Megabus ni sama lah gak cam Eurostar. Bawa orang travel dari satu city ke city merentasi benua Eropah. Tapi dia naik bus la. Compare harga dari Brussel ke Paris mahu 10X murah dari train express ni. So aku bantai beli satu, 25 pound je pergi balik..kalau tak jadi pun takpe, saja nak merasa tempat lain lak.

Bagi menjimatkan ongkos aku, aku memilih untuk travel malam malam buta. Pukul 2 AM dari Brussel dan E.T.A dalam 6.20 AM di paris. Malam tu aku sampai awal ke Brussel, lebih kurang pukul 10 PM. Terus aku menuju ke tempat yang buka 24 jam iaitu MCDONALD..sejuk woo. Tak larat duk luar. Dah lah hujan renyai renyai sepanjang hari.


Amik gambar pun kena marah. Siap bagi warning pakai jari lagi. Nah masuk terus ke blog aku. Orang promoting ko punya business gak. Korang cari lah sendiri restoran ni kalau takde tempat nak berlindung. Ada satu je pun dekat situ.

Dah dekat kul 1 AM baru lah aku chow dari situ, menuju ke tempat bus mengambil dan menurun kan penumpang. Sebatang jalan yang dinamakan Riu De Cardinal Merier.Betul betul sebelah Brussel central.Langsung takde tempat duduk or pondok. Hanya sebatang jalan yang kosong ok. Takpelah, maybe sebab low cost cam airasia kut.


Tunggu nya tunggu, selepas lewat 20 minit, bas pun muncul, Dengan gembiranya aku pun snap gambar. Blogger. Kena ada info dan bukti kan. Tapi inilah punca aku menunggu lagi sejam setengah..boleh lak bus tu dah penuh. Dia dah tak nak accept orang dan minta kita orang naik bus kemudian. Aku dah cuak..rayuan aku untuk duduk di tangga di tolak. Oi aku bayar lah dol!! Dalam cuaca 10 deg, nightmare gila untuk tunggu kat situ, Ntah muncul ke tak bus ni, last last tinggal 5 orang je survivors yang gigih menunggu..yang lain ntah ke mana..Berkat doa mak mertua aku ajar, muncul lah gak bus ni. Sorry I'm late je dari mulut driver tu. Nasib dia datang gak..Kalau tak lagi sejam aku dah balik mechelen semula. (Train baru operasi). Dan bas pun tak penuh..so dapat lah space lebih sikit..


Ada apa dengan Paris

Akhirnya sampai juga aku dekat Paris. Yeah. Ada hikmah juga bas aku lambat, pasal dah masuk musim sejuk so pukul 8 pun masih gelap. Bayangkan kalau aku sampai pukul 6. Ada restoran mamak cantik lah juga. Ni semua kedai pun tutup lagi time tu.



Sebenarnya aku dah usya dah map paris ni before sampai sini. Dari stesyen bus tu dalam 3-4km boleh lah aku sampai Eifel tower ni. Dah nama tower, tak payahlah aku nak map bagai, just cari je tower tu dan jalan straight ke sana. Haha.Damm. Meleset terus jangkaan aku, satu tower pun aku tak nampak. Option 2, ikut orang lah apa lagi. Damm. Semua orang berpecah pecah. Argh.last last aku jalan seorang. Jalan jalan dekat sekilo, dari jauh aku dah nampak kelibat batu ni. Syukur. Nasib aku tak sesat. Sampai je dekat sini, barulah nampak Eifel tower. Double Alhamdulillah.

Malas nak google, rasanya gate ni nama dia Triumph de Arc. Haha. Ingat free je. Kena bayar gak dol. Pintu dia dari terowong pejalan kaki. Pasal ni bukannya destinasi aku, so aku abaikan je lah. Amik gambar sudah. Bukannya aku faham pun kalau masuk.


Sebelum aku meneruskan perjalanan aku ke Eifel ni sempat lah aku breakfast dekat McDonald. Huhu. Susah betul nak communicate dengan orang dekat sini. Lagi lagi diorang fikir aku spain, :P . Terus dia cakap spain and french dengan aku. Aku cakap English banyak kali, berkerut kepala diorang. Nasib McDonald ada wifi gak..senang aku update map aku.


Finaly, Yes. I was here. I been there.Hehe. Peace yo!



Ingat nak naik lah juga. Baru pukul 10 dah beratur kaw kaw dah. Menyesal lak aku lepak McDonald lama lama. Dari De Arc tu dekat setengah jam juga berjalan kaki.


Apa apa pun journey aku dekat Paris ni sampai disini sahaja. Maybe pasal aku dah tak larat sebab tunggu bus lama, badan rasa nak demam je. Lagipun Paris ni besar sangat. Tak larat aku nak explore. By the wat, aku dah tahu cara nak travel Europe paling murah. Iaitu menaiki megabus..walaupun service cam cilakak tapi tetap paling murah. Aku balik ke Brussel petang tu juga. Bye!





Comments