Harimau malaya Vs Vietnam

Dah lama tak gi stadium tengok bola. Last aku pergi bila malaysia lawan liverpool kut.haha. aku memang fan harimau malaya ni, tapi sukan bola dekat malaysia ni lagi kerap tenggelam dari timbul. So semangat nak pi stadium ni lagi menurun. Tapi aku jarang miss tengok dekat tv kalau ada game. Tengok dengan emosinya setiap kali kalah atau menang.


Samurians..aku dan rakan rakan. Still a good friend after a decade.


Ultras Malaya yang tak henti henti menyokong dan menaikkan semangat players dan penonton. Respect!

Time aku tulis entree ni, semua orang maklum yang kita kalah pada vietnam 1- 2. Ketiadaan Amri Yahya ditengah memang dirasai sebab tak banyak bola yang baik dapat diberi ke striker. Vietnam pula bermain dengan sangat baik dan berjaya mengekalkan formasi mereka pada setiap masa. Kalau aku main fifa pun, belum tentu aku dapat pass bola ke teammate aku yang lain dengan senang sebab positioning vietnam dalam bertahan memang sangat tersusun.

Apa beza tengok dekat stadium dan tv. Aku rasa bila tengok dekat stadium ni lagi sekejap dari tv.Tahu2 dah abis 1st half. Lagipun, debaran bila tengok dekat stadium tu lagi kuat berbanding tengok dekat tv. Lagi lagi bila bukan kita yang bola. Dan yang paling obvious, suasana kekecohan dalam stadium ni memang dirasakan sepanjang perlawanan. Maybe dekat TV lagi clear game bola kita boleh nampak tapi dekat dalam ni lagi clear game lain yang kita tak boleh tengok seperti.....

                               
Walaupun aku tak setuju, tetapi sempat gak aku tengok penyokong kedua dua pasukan bergaduh. Bakar mercun dan suar memang lagi banyak la sampai penuh satu stadium dengan asap. Penyokong lawan sampai terjun tangga nak selamatkan diri. Sampai clear seat penyokong lawan sebelum habis game. Ai..memang la stress bila kalah, tetapi kita semua kan dah besar..boleh je control emosi tu kalau kita nak..maybe kita je yang taknak. Seronok ke pukul kepala orang sampai berdarah.

                                 
Aku minta sangat la flare ni tak kena kepala orang..tapi cantik gak.Hehe

Kita kan ada satu chance lagi, walaupun agak rendah possibility nya. tapi still a chance. Tak tahulah Vietnam buat kat kita macam mana lak lepas diorang tengok game ni..mahu diorang balik kayu lak kat player kita..Pandai pandailah, kita kan dah besar. Selamanya Harimau Malaya, Tok Gajah dan Red Devils. Bye.


Comments