Ada apa dengan Phuket (2011)

Phuket trip..one of my old story. Company trip pada tahun 2011 untuk meraikan Managing Director aku yang nak resign. Bagus la gak jalan jauh, takdelah bosan sangat kan..enjoy.

So ada apa dengan phuket

Phuket ni takde lah jauh dari Malaysia. Sejam lebih je naik flight. Compare tu Bangkok, ekonomi Phuket memang bergantung pada pelancongan semata mata. So most of the content untuk entree kali ni focus untuk tempat tempat attraction aje la..setakat makan, hotel senang sangat nak cari dekat sini..

Place of interest

James Bond Island

Siapa siapa mai Phuket or Krabi ni, mesti takkan tak pergi ke James Bond island ni. Rasanya diorang panggil pulau ni camtu sebab James Bond pernah shooting one of their movie dekat sini. Pulau ni terletak dalam daerah Phang Nga di antara Krabi dan phuket.  Naik bot panjang nak ke sini lebih kurang sejam. Apa yang best ek..ambik gambar ajelah kut.


So dalam perjalanan ke James Bond island ni adalah gua yang kita boleh lalu guna bot..gelap je bila masuk dalam.apa pun tak nampak.


So inilah trademark James Bond island..seketul batu tinggi di persisiran pantai..quite famous tempat ni kan.


Sebahagian dari fenomena semulajadi di sini. Mesti hangpa pun nak try cam aku kan, tolak batu ni.


Gambar for my counterpart colleague.Maklumlah kan company trip.


Time ni dekat Koh Panyee. Package yang cover trip ke sini selalunya untuk lunch. Sini sebenarnya fishing island yang majoriti penduduknya muslim. Apa yang aku kesal ialah tak sempat nak cari football court kat sini..korang tak caya.bleh cari dekat youtube. Depa bini court atas air untuk main bola.Malah kelab football Thailand yang power pun berasal dari sini. So what is your reason not to sport?

Phuket Fantasea


Welcome to Phuket Fantasea bro. This is the show for understand thai culture and their talent to assimilate with animal nature.Ticket price cam dalam 2000 thai bath. 


Ticket price dah cover sekali untuk buffer dinner. Yang bagusnya diorang dah bahagikan non muslim and for muslim dish. So boleh makan kenyang kenyang before show start.


During show time, kita memang takleh langsung angkat handphone. Semuanya diorang minta letak dalam locker. Depa takut kita amik video cerita dia. Takde masa pun. So kena tengok ajelah..tapi haiwan haiwan diorang memang dah train kaw kaw dah. Dari ayam ke gajah semuanya bijak belaka. Huhu. Time aku pergi ni, storyline cam macam mana negara tu boleh jadi kut. Ada perang perang menggunakan gajah.. Tak tahulah jalan cerita berubah berubah setiap tahun ke tak.


Ni jelah yang boleh amik pun..gambar diluar theater hall,

Patong beach, Bangla road & Promthep Cape


Patong beach ni adalah salah satu pantai yang terdapat di Phuket. Mat minah saleh memang suka berjemur dekat sini. Pantai ni dekat dengan hotel aku duduk, area hard rock cafe sampai Bangla road atas lagi.


Taylor shop menjadi satu perniagaan yang agak berjaya di sini kerana harga untuk menempahnya agak murah berbanding Malaysia. Kata bos aku.. Aku teman je. Tak pakai suit pun kat office.


This is Bangla Road. Jalan pintas untuk ke neraka. Hehe. Takdelah. Dekat sini bersepah disko, pub dan untuk menonton apa apa lagi cam tiger show, aqua girl..Ni memang tempat tumpuan bila malam mejelma. Em nanti aku cite camne nak lepak minum dekat sini sambil cuci mata. kalau lebih lebih aku taknak ajar. hehe. Jahat lak.


Ni pulak Promthep Cape, tak ada pun. Cuma permandangannya agak cantik. Sesuai untuk bergambar then balik.

Activities


Ai..bertuah tul cabut undi. Satu group dengan manager dan director untuk program masakan. Kelas memasak ni memang disediakan di hotel hotel untuk mempelajari masakan thai. Tapi sebab ramai sangat maka company aku buatlah pertandingan. Menang no.2 lak tuh.


Memang program trip ni untuk meraikan MD aku yang nak resign time tu. I miss this moment a lot. We just a small company with less than 25 staff that time. But I enjoy working with all of them. Sekarang banyak dah berubah..em so sambung dengan cerita Phuket 2014 nanti untuk more info pasal Phuket ni. Bye!





Comments