Rawatan
Islam
“Hafeez, kau
tak try rawatan islam? Rupa rupanya Wife aku tak mengandung selama ni sebab
kena sihir”
Ni lah ayat
member office aku bila dia nak announced wife dia pregnant. Member aku ni
sebenarnya based dekat laboratory pada mula start kerja tetapi masa ni dia dah
kena transfer HQ dekat 6 bulan lebih. Dah tak kerja dekat lab lagi. Cuma
sayangnya wife nya gugur dalam 2 bulan. Bagi aku
cerita dia ni menguatkan lagi cerita tentang badi lab aku ni. Memang susah nak dapat anak bila kerja berhadapan
dengan panas.
Tapi aku dengar je lah cakap dia. Try jugalah rawatan
islam ni. Bukan sebab aku takut aku or wife aku kena sihir tapi sebab aku nak
minta doa atau nasihat dari uztaz uztaz ni. Lagipun Pusat Rawatan Islam ni ada
banyak dekat Shah Alam. Yang aku pergi adalah Pusat Rawatan Darussyifa’
Seksysen 11 dan Pusat Rawatan Dharul Thibun Nabawi Seksyen 8.
Pusat Rawatan
Darussyifa’
Yang seperti korang tahu, pusat rawatan Darussyifa ni
diasaskan oleh Tuan Guru Dato’ Haron Din. La ni beliau dah jadi Mursyidul Am
PAS mengantikan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Time kami pergi buat treatment ni, Dato’ Haron Din
takdelah, anak buah beliau pun cukuplah. Mula mula sampai kami kena isi satu
form. Dalam form ni, dia minta kami beritahu masalah kami dulu. Of course la
masalah kami zuriat kan. Manalah tahu kalau ada pun jin dalam badan pulak kan.
Sampai
giliran kami, kami pun explain lah pasal masalah kami dekat seorang uztaz ni.
Dia pun baca doa (tak silap aku macam nak detect saka ke jin). Selepas selesai
je doa (check up kut??) aku dan wife aku tak rasa pape pun. So
uztaz tu rasa kami ni clean dari segala sihir ataupun saka. Kami pun bersyukur
lah sebab tak ada benda benda ni tapi dalam hati rasa apa lagi la problem nak
dapat anak ni. Cuma dia
minta kami membanyakkan buat solat tahajud, taubat dan hajat. Insyallah tuhan
lagi dengar doa kita. Suatu perkara yang nampak senang untuk diamalkan tetapi
liat untuk dilaksanakan. Tentang bayaran, Darusyiffa tidak mengenakan bayaran.
hanya derma ikhlas diterima untuk pembangunannya.
Pusat Rawatan Dharul Thibun Nabawi
Sebulan selepas lawatan ke Darusyiffa’ dan
atas nasihat rakan aku (rujuk first paragraph – dia pergi dekat sini rupanya),
maka kami pergi ke Dharul Thibun sebagai
ikhtiar kedua kami dalam mencari penyelesaian malasah kami ni. Pusat Rawatan
Dharul Thibun Nabawi dibimbing oleh Uztaz Ahmad Dusuki. Dari survey from
website, apparently Dharul Thibun lebih ke arah rawatan disebabkan ganguan jin dan sihir.
Proses disini
lebih kurang dengan Darusyiffa, bila kami dah berjumpa dengan uztaz tu pun sama
step nya Cuma tambahan macam picit ibu jari kut (dah lupa sikit). Then dia
Tanya ada rasa sakit tak, sebab dia picit cam agak kuat aku dan wife aku sebut
sakit. Tapi dari situ Uztaz ni conclude ada sedikit gangguan syaitan or saka
dalam badan kami. Allahu Alam, terpulang pada kami juga untuk percaya atau
tidak.
Apa yang
lain, Uztaz ni suruh kami sentiasa baca ayat ayat Ruqyah atau mainkan bacaan ni
dirumah menggunakan radio supaya jin syaitan ini jauh dari kami. Ada
rasanya dia jual CD tapi aku beli minyak zaiton je. Mana aku ada CD player dekat rumah.
Hehe. So download dekat youtube je. Tentang bayaran pun sama dengan
Darusyiffa’. Free dan hanya derma ikhlas diterima.
Kesimpulan
Aku memang
sangat percaya akan perkara ghaib ini tapi takdelah sampai taksub yang kami
betul kena gangguan jin ni sampai tak mengandung. Pada mulanya wife aku memang
resah bila diceritakan tentang saka saka ni, maybe sebab ada family issue dan takut
melekat dekat kami. Setiap malam kami mendengar ayat ayat ruqyah ni, ada
masa aku baca juga. Alhamdulillah tidur aku jadi senang bila mendengar ayat ruqyah
ni. Secara tak langsung memperbetulkan sedikit sebanyak penyakit hormon aku.
Untuk zuriat, mungkin rezeki kami bukan disini. To be continue…
Comments
Post a Comment