Ada apa dengan Phuket (2014)

Sekali lagi company aku buat trip ke Phuket selepas kali terakhir dengan MD lama, la ni pergi dengan MD baru. Dah lah tahun sebelum tu, pergi Bangkok, last last company trip semua pi Thailand je..Mula mula aku memang taknak pergi trip ni tapi sebab bos aku pujuk dan kebetulan ramai mate office yang lain terpaksa attend trip oversea lain, maka aku join ajelah.. Cuma bosan sebab colleague colleague yang sebaya takde plak. Banyak plak orang yang baru dan tak pernah jumpa.

Kalau dah nama Phuket, memang stay kawasan Patong ajelah. Tak banyak pun perubahan dari tahun 2011. Cuma aktiviti yang berbeza tahun ni boleh katakan melengkapkan trip Phuket yang sebelumnya.

So ada apa dengan Phuket:

Pusing Pusing Phuket

On first day travel, depa cam biasa lah bawak pusing pusing menghabiskan duit dalam bandar Phuket ni. Suppose company plan nak visit tourist attraction untuk bergambar mostly tapi tak sempat sebab singgah kedai lain yang tak ada dalam plan. Maybe company kami hire kali ini seperti mahu kan lebih komisen dari setiap kedai yang diorang kunjung..Macammana pun, ada juga kedai yang aku suka seperti kedai kilang baju ini..


Bila aku masuk je kedai ni memang tak ada langsung naluri nak membeli. Duit pun tak tukar. Bawa Ringgit je dalam wallet. Tapi bila tahu je harga baju Hard Rock kat sini dalam 100 ~ 350 bath je terus aku sewel gak. Print out dia memang kualiti juga untuk harga dan design cam gini. Memandangkan group kami agak besar, wakil kedai tu pun bercerita la serba sedikit tentang kilang dan kedai mereka ni. Mereka claim harga diorang paling murah dan mereka juga lah pembekal baju rasmi untuk Hard Rock Cafe (Boleh caya ke). Kalau beli baju dekat hard rock cafe mahu dekat 800bath satu untuk basic design (ye dok)


Office mate aku pun enjoy sakan walaupun tukar duit thai tak banyak mana.Tak adalah kedai ni jual baju Hard Rock je tapi semua orang gila brand ni je. Kalau baju souvenier Phuket memang murah dekat sini. Nak jadi cerita, kedai ni accept macam macam currency. So payah nak bagi alasan tak nak membeli. Hehe. So last sekali beli juga lah untuk wife and family aku.


Ni pemandangan dari luar kedai ni. Signboard tulih 'The centre cheapest, widest variety of t-shirt and souvenir' je. Tah tahu nama kedai dan tempat. Tapi untuk siapa siapa yang mai Phuket dengan family and sewa van or keta, hang tanya la orang sini kedai baju dekat area PornThip phuket (or kedai besar jual gajus). Aku pun tak nak lost memory dekat kedai ni sebab sangat berbaloi untuk shopping souvenir baju. Maybe jauh dari Patong beach tapi Phuket pun tak besar mana pun. Good Luck searching. Hehe


Selepas pi shopping baju tuh, depa bawak lah kami pi kilang gajus, madu la apa. Semua aku duduk luar main handphone. Last time pun sama maa..Dan akhirnya sebelum dinner, kembalilah kami semua ke Promthep Cape seperti tahun 2011 dahulu. Tapi kali ni time senja. Ramai orang time ni nak tengok sun set.




Safari Island

Untuk Trip kali ni, apa yang berbaloi bagi aku adalah kunjungan ke Safari Island untuk berbagai aktiviti lasak. Perjalanan dari Town Phuket (Hotel) mengambil masa lebih kurang 2 jam ke utara Phuket. 


Apa yang menyebabkan kami teruja untuk trip kali ini adalah untuk water rafting. Tak pernah seumur hidup aku layan water rafting ni, berkayak memang penah (pulau ke pulau lagi), tapi water rafting cabaran dia berbeza. Melayani arus deras sungai pebuh dengan liku liku dan batu. Selalu tengok TV syok je orang main ni kan. Now, my turn pulak.



At first memang aku excited sebab air laju hasil dari pelepasan air dari empangan buatan. Lepas tu cam haram dah..cam naik bot itik kat tasik shah alam. Haha. Dah la group aku seorang pun tak dapat paddle. Setakat bot goyang goyang sikit memang payah adrenalin aku nak boost. Lagipun oranng orang dia yang control bot ni, so tak terasa langsung lah aku. Siap aku baring-baring lagi. Last-last pekerja-pekerja ni ni main simbah-simbah air pulak. Em layan ajelah..


Habis je water rafting, kami naik bus pergi ke air terjun ni. Awal-awal ingat cantik sangat rupanya cinonit je.Haha. Itupun bos bos aku boleh balun mandi.Haha. Baik mandi dekat kolam hotel, Perfect photo taken by me.


Pun ada lawatan naik gajah. Dah nama naik gajah, tak adalah special pun bila dah tua ni. Untuk makluman, pekerja disini memang mengharapkan duit tip. Aku tengok kat poket diorang beribu ribu bath dah. Itupun masih tak puas hati bila terima 20 bath. Ada je benda ngumpat. Gambar sangat dilarang amik. Sebab apa, maybe taknak gajah tu terkejut bila kena flash. Merusuh pulak gajah tu nanti. Or MAYBE sebab nak jual gambar kita lepas turun je gajah ni. Satu photo dekat 35 ringgit gak lah.


Monkey show pun ada. Actually tempat gajah dan monyet ni cam jauh gak dari tempat water rafting tuh. Tapi selalunya pakej Island Safari ni cover show and experience macam ni lah.


Last but not least, ATV race..Haha. Pun ada dekat area ATV dan gajah ni. Pada mulnya depa suh naik berdua. Tapi company aku refuse.. Gila duit nak jimat je kerja diorang ni. So dapat lah juga chance berlumba walaupun tak dibenarkan. Dua kali terbang aku.Haha. Pun takleh amik gambar. Pergi Kemensah main ATV lagi syok brother!

Phuket Simon Cabaret


In 2011, kami pi tengok Phuket Fantasea. Kali ni tengok Simon Caberat show pulak. Untuk pengetahuan, Simon Caberat ni ialah musical theater daripada orang orang dua alam. Actress actress nya aku rasa 90% pondan kut (or 100%) tapi semua memang dah transform 100% pompuan la yang pastinya. Taknak mendikriminasi kat sini, setup pentas dia memang cantik tapi boring gak sebab kebanyakkan nyanyian adalah miming semata mata.


Bila dah habis show, para pelakon ni akan beratur diluar. So visitor boleh amik gambar dengan mereka..but please prepare at least 100bath for tips. Kalau amik curi curi bila nampak bodyguard tu dia minta padam balik. Huhu..


Minum Minum di Patong Beach  dan Bangla Road

Bagi aku, hang out malam malam di Phuket ni lah acara paling best. Walaupun tak baik untuk mata, tetapi dah sampai sini kan. Layan ajelah kan.


Untuk trip kali ni, aku just pergi minum je dekat bar bar yang ada di sini. Kat sini tak ada restoran mamak so kalau haus memang ada bar je..Takdelah nak minum alcohol, ada je lemon ais or coke. Harga memang mahal 3~5x ganda la. Top is my colleague's photo after he have supper at Hotters restaurant, boleh pulak amik gambar. I'm so jealous.Hehe. 


Some people choose to lepak at bar like this. Even though, this girl dancing in front of us, you can just simply ignore them and just keep talking with your companion. If you want certain girl to serve you, just buy her a drink (up to 200bath for one glass - you can see menu). They will accompany you or play with you for 10 ~ 15 minutes. But If you want further service, please remember your family, Free sex is not good for you and your family :)

So inilah kisahnya untuk trip Phuket kali kedua bersama syarikat tercinta. Hehe. Bila management dah berubah, style trip pun ada banyak perubahan gak. Pengalaman yang buruk jadinya kan sempadan dan yang baik jadikan teladan. Bye!




Comments