9to5run

Dalam banyak event maraton yang aku join, selalunya yang government nya memang selalu nya best. Antara sebab event ni best adalah murah, location dan lucky draw yang betul betul grand. Kalau company lain sponsor, hadiah paling besar pun selalunya phone or travel trip je. Tapi kalau goverment nya, kereta pun boleh dapat. Grand prize untuk lucky 9to5run ialah sebuah superbike dan kereta Golf Wolkswagen, tak cukup dua tuh depa tambah Iriz lak.


 Aku, adik adik aku dan kawan office aku punya beriya lah menunggu time lucky draw ni. Suspen sungguh setiap kali dia draw nombor, tak keluar keluar juga winner. Tapi last last dapat juga lah rezekit tu kat orang lain. I'm running out of my luck. Mesti orang menang kereta tu tersenyum lebarkan hari ni. :).Tahniah dari saya walaupun kita tak kenal.


Sempat gak lah adik aku ni sorang curi-curi selfie dengan Mr KJ ni time dia nak balik. Well beratus lagi serbu dia, terpaksa lah dari apa sudut je kan. Haha. To Mr KJ, kami harap event camni diperbanyakkan  lagi dengan harga yang mampu dan hadiah yang grand lagi. Kalau tahun ni Golf next year HR-V maybe. Hehe


With my office mate, semua pun kecewa bila dah ada winner untuk grand prize. Hehe.Tapi still ada hope untuk menang salah satu dari 200 basikal. Basikal pun  basikal lah. Kena tunggu diorang post hari isnin minggu depan.  Apa yang penting bagi aku ialah finishing time aku dengan pace record aku. So far kalau tengok track record aku rasa cam dah banyak improvement, tapi position run aku still tak boleh beat more than half participant yang lain. Susah gak nak jadi runner hebat ni, 10km pun aku struggle nak habiskan.Huh....Tapi takpe,Insyallah kan ko usaha lagi reduce defisit position aku ni..

Comments