Sehari di Port Dickson

Salam Ramadan.Berpuasa lah kita sekuatnya tahun ini..Insyallah.... Beberapa hari sebelum puasa tahun ini, ada lah kesempatan kami se-family pi lepak apartment di Port Dickson just untuk suka-suka. Lama juga tak buat aktiviti camni, maklumlah masing masing sibuk dengan program sendiri. Plan percutian 2 hari 1 malam ni sangat simple..sewa apartment besar, sumbat ramai-ramai.

Hotel dan apartment yang sesuai untuk kami yang ada time tu adalah PNB Ilham di Blue Laagon. Bila book di Agoda kata maksimum 6 orang je tapi dalam apartment tu sendiri ada tulis maksimum 12 orang termasuk kanak-kanak. Kuantiti family kami memang ngan-ngam banyak tu je. So boleh lah kan..cuma cam kena bawa toto/tilam sendiri la sebab katil semua single cukup untuk 6 orang je.

Walaupun kami bercuti di Port Dickson, langsung kami tak mandi laut. Hehe. Tak excited pun jumpa laut..anak buah aku je yang teruja nak mandi kolam. Boleh tahan lah kolam dia.Cuma ramai orang je..maybe time cuti sekolah dan weekend pulak tu.Program utama kami adalah untuk buat BBQ. Nak sewa port BBQ di hotel dah penuh walaupun harga boleh tahan mahal (MYR 100). Nak masak di hotel pulak tak dibenarkan walaupun mak aku bawa dapur eletrik semua.Maka...terpaksalah...
      
 

Terpaksalah kami masak diluar hotel di tepi pantai. Semua cookwear terpaksa kami beli, dapur panggang, arang, pengepit..dekat MYR 50 jugalah. Nasib juga ada kedai yang jual benda-benda ni (pi cari pasaraya area Politkenik PD). Kalau tak, mak aku punya ayam peram tu tak tahulah camne nak masak.  Tapi sekarang arang seplastik pun dah MYR 9. GST k apa ni?

Tapi kalau pikir-pikir balik, rugi besar kami kalau jadi sewa gazebo hotel ini untuk BBQ.Masak tak sampai sejam  dah habis dah ayam tu. Maklumlah mak aku prepare ayam seekor je dengan ikan 6-7 ekor. Cukuplah dinner kami sekeluarga.. Haha.takpe..asal kami bahagia. Memang syok pe BBQ ni.


Lepas je breakfast di hotel pagi esok, inilah aktiviti kedua kami.Naik bukit Tg Tuan. Memandangkan hotel tu betul betul bersebelahan dengan gate hutan rekreasi ni. Memang sesuai sangat lah nak pergi. Tapi kena caj seorang sehinggit gak.

Bila sampai ke atas puncak ni, adalah sebuah rumah api moden. Rumah api tak boleh masuk pun cuma boleh jalan-jalan disekeliling.Dengan hujan renyai, berjaya juga aku bawa anak dan family aku yang lain ke sini. Memang tak susah pun sebab jalan dia tar. Tapi yang tak biasa boleh terasa gak sakit pinggang.Cuma nak bawa anak kecik kena jaga lebih sikit sebab ada banyak nyamuk.

Dan....sudah sampai masa kami balik.Bye bye Port Dickson.


Last..anak buah aku yang seronok sangat bila jumpa kolam. Nak balik rumah pun nak mandi sikit lagi.

Comments