Cerita tentang Zuriat- Part 10 - IUI kedua. Bermulanya rawatan di HKL



Part 10 

(Perhatian. Untuk siapa siapa yang berjaya mengoogle blog ni, sila silalah klik label ‘cerita tentang zuriat’ untuk membaca kesemua cerita kami sebelum membaca topic yang ke depan. Insyallah cerita cerita lain boleh menolong anda semua dalam usaha mendapatkan zuriat. Tanpa cerita sebelum ini kami mungkin tidak mampu ke tahap ini)

Percubaan Pertama – clomid

Bersambung dari part 7 – Selepas pertemuan terkahir dengan doctor di HKL, kami kemudianya datang semula ke HKL selepas dua bulan pada hari kedua wife aku period untuk IUI kali kedua. Tak salah aku, depa start amik darah bini aku. Tujuan mungkin untuk measure paras FSH. .Disebabkan aku tiada masalah lagi, maka aku cuma jadi "peneman" isteri aku je. Hanya beliau sahaja yang berurusan dengan nurse dan doctor.Aku cuma jadi seorang tukar bayar bil sebanyak 5 ringgit di kaunter kat hujung bangunan.  Kalau laki tu ada problem pun, aku rasa tak ada treatment selain diorang suruh makan vitamin je.

Kemudian, wife aku diberi clomid untuk merangsangkan pengembangan telurnya. Dah sama macam rawatan di Hamid Arshad. Dos ubat dan  jadual pemakanan pun agak sama. Selepas itu, kami kena berulang alik untuk mengukur saiz follicle (telur) kat ovary. Time ni, nurse dekat sana dah advice untuk prepare kan ice box yang rupanya cam gini. Kena bawak ice sekali sebab mereka akan bagi ubat untuk injection yang kena sentiasa berada pada suhu bawah 5 deg gitu. Kadang kadang tak bagi pape pun, tapi kena bawak juga. In case korang terlupa, memandangkan HKL ni memang bersebelahan Chow kit, kenalah husband tercinta korang pi sana cari ice box ni. Dapat yang ikan nya ice box pun okay. Tapi tak sesuai bawa ke hulu kilir kan.


Seperti ketika mendapatkan rawatan di Klinik Hamid Arshad, pengembangan telur wife aku memang memberangsangkan dengan clomid. Aku tak ingat day berapa pi scan, Cuma yang pasti hari tu hari khamis, telur wife aku dah cukup matang. Aku pun dah stand by untuk IUI, Cuma teringatkan balik ubat injection yang doctor bagi tu perlu digunakan ke tidak. Macam biasa hanya wife sahaja pi check, tiba-tiba wife aku keluar dari bilik scan bagitahu IUI cancel sebab masa tak sesuai, Hanya boleh bersama sahaja.Ubat injection kena digunakan dan akan melepaskan telur dalam selepas sehari. So macam jatuh hari sabtu pulak untuk IUI. Mana hospital government bukak sabtu. Tu lah sebab cancel.

Wife aku mengeluhlah juga sebab cycle dia macam dah fix 28 hari sekarang. So kalau period datang khamis, next period hari khamis juga. Terfikir fikir camne nak alih cycle period ni.

Percubaan Kedua –Inject Foliculin

As expected, period wife aku datang hari khamis balik, emm...rasa malas nak pi HKL, tapi pergilah juga keesokkan harinya. However, kali ni cara perubatannya dah lain. Nurse tu suh ambik foliculin secara injection diperut pada setiap hari. Kali ni memang untuk menaikkan hormone progestogen bini aku.


*Inilah rupa ubatnya. Yang kotak hijau tu untuk inject untuk melepaskan telur dari ovari. Semuanya kami simpan dalam peti sejuk tempat rak telur.*




*Video aku belajar cara nak gunakan foliculin ni*


*Set seminggu syringe dibekalkan pihak HKL, Abih set ni, pergi amik lagi*


*Rupa ubat foliculin dalam kotak.*

Procedure menggunakan foliculin
  1. Mula-mula kena jentik botol sodium (warna perang) sampai leher botol tu patah. Then amik syringe dengan jarum yang kecik untuk sedut cecair sodium tu.
  2. Kemudian inject sodium tu ke dalam botol foliculin, goncang-goncang sikit botol yang dah mix tu.
  3. Pusing botol foliculin agar penutup menghadap ke bawah. Sedut balik campuran tersebut ke dalam syringe.
  4. Tukar jarum yang lebih besar. Keluar sedikit cecair agar cecair memenuhi seluruh ruang jarum dan mengelakkan udara terperangkap.
  5. Baca bismillah dan cucuk perut wife dengan berbelas kasihan. Cucuk selang seli belah kanan dan kiri dari pusat isteri setiap hari. Jarak dari pusat dari 2" ke 4".
  6. Repeat procedure 1 ke 5 setiap hari.
Bila scan pula, kesannya tidak lah sebaik clomid, telur wife aku sangat kecil dan macam lebih teruk dari tak amik pape.Wife aku lagilah risau dah macam nak suruh doctor tu revise balik method yang diorang guna sekarang. Lagipun bulan itu, dugaan memang teruk sebab wife aku kena inject badan dia seorang diri sebab aku pergi outstation. Dapatlah tolong dia 4-5 kali sebelum aku outstation. Bila respon injection dengan dos 75IU tak berkesan,  doktor pun tambah dos ke 150 IU. Kesannya sedikit kuat tetapi masih tidak sekuat clomid. Hanya satu telur sahaja yang bersaiz besar itupun macam tak meyakinkan.

Macam biasa lagi, bila scan hari khamis after two week period adalah hari terbaik untuk menentukan adakah process IUI ni jadi ke tidak. Takut juga kalau telur cukup matang pun, IUI tak dapat dilakukan sebab weekend hospital tutup.Nasib baik telur memang lambat membesar (tak cukup diameter) Good new doctor suruh inject dekat klinik swasta tengah malam hari sabtu, bad news telur tu ok ke tidak. Sebab tak besar-besar. Sedih wife aku.

Malam sabtu tu, kami pergi lah ke klinik dekat area rumah kami. Kena gak lah explain dekat doktor tu tujuan kami. Proces pun lebih kurang je dari procedure atas tuh. Tapi kali ni kena cucuk kat punggung wife aku. Kena lah caj 10 ringgit...Apa yang tinggal sekarang hanyalah IUI..Kami tahu kami dah cuba yang terbaik kali ini. Semua step kami follow dengan cermat..Tawakal je sekarang.

End of chapter 10

Comments

  1. Assalamualaikum...saya kagum ngan encik hafeez..memahami keadaan isteri dan bagi sokongan yg penuh tuk tempuh segala jenis treatment yg dilalui isteri....bukan smua suami yg sedemikian...smoga dpermudahkan urusan2 encik hafeez dan isteri..insyaAllah..amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ untuk komen anda..segala puji hanya bagi Allah. Isteri saya juga wanita yang memahami keadaan suami.. semoga dipermudahkan urusan anda dunia akhirat.amin

      Delete
  2. Thank You and I have a neat proposal: How Much Full House Renovation Cost home renovation estimates

    ReplyDelete

Post a Comment