All the Small things
Cerita ini adalah sebahagian teori-teori alternative yang
kami praktikan sementara menunggu berita gembira bagi kami. More like
suka-suka, mungkin tak ada kena mengena scientifically or physically tapi kami
layan je..Haha.
Mencari nama anak
Selalunya orang cari nama anak bila dah tahu dapat baby or paling
tidak pun bila dah dapat tahu jantina anak tu. Pasal kami dah boring menunggu
lama, kami bermain-main lah nama anak bila nak tidur tu. Memandangkan nama kami
laki bini ada satu patah huruf yang common iaitu huruf ‘ha’, maka anak kami
namanya haruslah akan bemula dengan ‘ha’ juga. Ntah sebab apa kami selalu fikir anak
kami kalau dapat nanti mesti lelaki, maka nama lelaki je kami cari.
Akhirnya kami sepakat untuk memilih nama Hadif untuk anak
sulung kami. Bini aku pun selalu belai belai perut dia sambil panggil nama
Hadif..Hadif... ni dengan harapan ada sesuatu istimewa dalam rahim. Manalah
tahu Allah Taala makbul doa-doa pattern camni juga kadang-kadang kan. Dah dekat
setahun cuba tak berjaya. Takdelah kecewa sangat..just the small things punya
attempt kan. Tak rugi apa pun. Somehow bila dah lama baru kami sedar mana nama
anak perempuan kami, so kami cari lah balik nama anak perempuan yang start dari
‘Ha’. Wonder what my daughter’s name now?
Doa ketika menunaikan
Umrah
Walaupun aku tak pernah sekalipun jejak kaki aku ke tanah
suci ni. Aku sangat berharap doa aku dapat disampaikan di sana. Kebetulan
parent aku dah saudara-mara yang lain
ada chance pergi sana awal tahun 2014,maka kami guna kesempatan ini mengirimkan
doa supaya kami memperoleh zuriat. Untuk mak dan abah aku, for sure mereka tak
henti-henti doakan kebahagian anak-anak mereka di dunia dan akhirat. Aku
percaya mak dan abah juga tak henti-henti doakan supaya aku dan wife diberikan
permata zuriat ni dengan segera di sana.
Selain itu, kami juga ada memesan
sepupu aku yang baru sekolah rendah time tu mengdoakan benda yang sama disana.
Siap tulis dalam buku nota dia lagi. Orang
kata doa budak-budak ni lagi mujarab sebab hati dia lagi ikhlas dari kita
yang dewasa ni. Aku janji nak bagi dia 100 ringgit kalau dapat anak seorang,
dua 300 ringgit dan tiga 1000 ringgit. Hehe. Pakat main sebut je...insyallah
aku akan tunaikan juga. (dah tunaikan pun.Hehe)
Jaga anak buah
Dari pemerhatian aku, bila seseorang tu dah diperingkat
putus asa untuk mendapatkan anak, kebanyakkan mereka akan mengambil keputusan
untuk mengambil anak angkat. Kadang kadang baru setahun dua tahun tak ada
zuriat dah ambil start amik anak angkat. Untuk yang ada peluang peroleh anak
dari saudara mara or sahabat handai yang kurang mampu kira aku consider rezeki
la. Tapi yang mengharapkan anak angkat dari persatuan or rumah anak yatim pun
selalu que panjang juga.So tak semua orang pun ada chance yang sama. Tapi lepas dah jaga anak tu dalam setahun dua, keluar lah pulak anak hasil darah daging sendiri. Why?? Rezeki Allah datang tak disangka-sangka...
Alhamdullilah, walaupun aku terfikir juga nak buat benda
yang sama tapi itupun sekiranya aku dah cuba semuanya.Nasib baik aku dan isteri ada
peluang juga jaga anak orang lain, berbulan-bulan gak lah. Semuanya sebab aku
terpaksa pergi outstation untuk waktu yang agak lama, maka wife aku pun
mengajak ibunya menemani beliau. Ibunya pula tak mahu jika berada keseorangan disini
takkala isteri ku berkerja. Maka mereka mengambil keputusan mengimport anak
kedua kakak ipar aku dari selatan tanah air. Kesudahannya, kami jaga lah dalam
sebulan tetapi kemudiannya extend atas factor yang tak dapat dielakkan. Actually,
kakak ipar aku ada problem dengan orang yang jaga anak dia ni, pasal anak dia ni kecik
lagi dan orang tu sering cuai jaga anak tu sampai selalu sakit-sakit. Maka pilihan menghantar ke sini
adalah pilihan yang baik juga.
Apa yang kami dapat?? Basically dapat lah train diri sendiri
menjaga anak kecik,aku sempat lah jaga seminggu dua minggu sebelum pi
outstation. Lepas tu pula, jaga lagi sebulan dua bulan. Pengalaman yang dapat
ni memang cukup berharga, memang kami treat cam anak sendiri. Ikutkan je apa kemahuan mereka. Tak lah seronok sangat jaga budak ni tapi somehow emotional kita lebih
stabil dan lebih kearah keibu bapa an selepas itu.Aku ni memang kurang pengetahuan
tentang perubatan or biologi manusia tapi aku rasa hormone manusia boleh
berubah mengikut gaya kehidupannya mereka sekarang. Jika sesuai orang tu jaga budak, maka hormone parenting
dalam badan ni macam terhasil lantas memudahkan perolehan zuriat. Percaya dok..
Inilah yang aku nak cuba sampaikan, kalau ada peluang sila silalah mendidik tubuh badan sendiri untuk bersiap sedia menjadi ibu bapa. Mungkin tuhan je lebih tahu kita bersedia ke tidak. Kalau dah bersedia, tunjukkan lah...
Inilah yang aku nak cuba sampaikan, kalau ada peluang sila silalah mendidik tubuh badan sendiri untuk bersiap sedia menjadi ibu bapa. Mungkin tuhan je lebih tahu kita bersedia ke tidak. Kalau dah bersedia, tunjukkan lah...
Motif
All the small things, true care tru thing, i take one left,
your right best trip (aku nyanyi ni)..Ni lah benda benda kecil yang kami usahakan, mungkin sesetengah rasa
benda ni common je, tapi aku rasa setiap perkara itu pasti ada hikmahnya kan.
Allah taala nak bantu kita pun kena ada usaha yang kuat. Usaha kecil kecilan
ini kadang-kadang Allah pandang tinggi gak bergantung pada niat kita..Usaha lah
apa terdayo..Bye.Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment