Sambungan dari Part 10
Selesai mencucuk ubat pemecah follicle tu,
tugas kami sekarang hanya menunggu sahaja. Kami lepak je ah kat rumah hari Ahad tu,
isteri avoid buat kerja kerja rumah. Dua-dua layan movie je. Suami pun kena
puasa at least 3 hari ke atas. Entah apa dalam kepala otak kami memikirkan IUI
pada hari Isnin esok. Aku dah apply cuti siap-siap. Wife aku pun kali ni ambik
sehari je. Orang lain mengandung pun tak ambik cuti pun kan. So basically untuk
IUI ni tak payah cuti lama lama pun takpe. Ada rezeki kita, adalah.
Keesokan harinya, cam biasa, kena bayar 5
ringgit dulu dekat kaunter. So basically kos IUI dekat HKL ni 5 ringgit je lah.
Pi scan pun 5 ringgit. Buat IUI pun 5
ringgit. Ambik ubat pun 5 ringgit. Setiap kali kita datang ni kena bayar
maksimum 5 ringgit je. So tak ada alasan untuk korang katakan kos treatment
baby ni mahal. Jiwa pun tak tertekan kalau IUI kali ni fail. Bila spent RM 1000
dulu untuk IUI pertama, rasa pressure sangat menunggu keputusannya. At least
kos treatment dekat HKL ni menghilangkan pressure dari segi kos.
Aku diberi bekas untuk collect sample air
mani aku. Aku doa yang
terbaik ajelah kali ni. Malas nak memikirkan keputusan sperma aku. Sebelum
pergi ke HKL, kami solat tahajud dan hajat dulu mohon perkara yang baik-baik
sahaja hari ni. Segalanya kami serahkan pada Allah ta'ala. Alhamdulillah, sperm
aku kali ni masih sempurna selepas di uji. Dalam masa sejam, sperm itu akan
dicuci, diasingkan dan hanya sperm yang berkualiti di inject masuk ke rahim
isteri.
Sebelum disuntik masuk, nurse akan Tanya
pada wife apa nama suami dulu. Kut kut terambik orang lain punya kut. Naya
pulak kut-kut jadi muka tak sama lak. Selesai proses IUI, isteri akan baring dan berehat
dahulu dalam setengah jam. Sampai masanya, wife aku pun keluar dan kami
dibekalkan Duphaston untuk menguatkan rahim dan meningkatkan hormone
progesterone. Untuk orang yang sihat , pengambilan ubat-ubat seperti ini boleh
menganggu kestabilan penghasilan hormone secara semulajadi.
Sempat juga aku bertanya macam mana IUI di
HKL, dia kata okay ajelah. Cuma selepas IUI masih ada air yang keluar meleleh,
Nurse cakap itu hanya air kantungnya sehaja, kebanyakkan sperm dah berjaya
keluar dari kantung selepas berada di dalam rahim. Sama je jawapan mereka
dengan first treatment IUI dengan Klinik Doktor Hamid Arshad. Itu yang buatkan kami sedikit risau juga. Tapi nak buat macam mana kan. Mereka pun advice kami masih bersama dalam
minggu ini untuk meningkatkan lagi chances.
Selepas selamat proses IUI ni, hanya doa
dan harapan sahaja yang mampu kita buat. Kalau ikut cycle wife aku dan dari
tarikh IUI dibuat. Dalam masa seminggu sahaja dah boleh buat pregnancy test.
Tapi kalau period lambat, kami memang dah plan hanya nak buat pregnancy test
kalau dah masuk lebih minggu ke 5. (Dulu
35 hari cycle pun tak ada pape). Jauh dalam suduh hati ni, kami berdua rasa IUI
kali ni juga akan gagal. Em ntah lah...Wallahu Alam.. Bye
Comments
Post a Comment