Naik Bukit Tabur Dalam Sejam

Bila cousin aku ajak naik Bukit Tabur ni, aku tak boleh imagine macam mana nak panjat bukit-bukit yang rupa bentuk berbatu di sekitar Batu Caves, Hulu Kelang, Gombak. Aku selalu imagine, kalau nak panjat bukit ni kena ada semua peralatan memanjat cam tali dan paku tu semua. Tapi rupa rupanya Bukit Tabur ni tak la se-horror tu, cousin aku kata boleh je panjat bukit ni dalam sejam je kalau tahu jalan short cut dia. Kalau track standard dia, kena la extra 2-3 jam katanya. Yup, memang certain part senang panjat pakai tali, tapi semua tu dah disediakan oleh pendaki-pendaki sebelum ni. So yang penting nya, jaga keselamatan diri sendiri pada tahap tertinggi je. Important!


Dari jauh kalau korang lalu area MRR2, Ulu Klang or Gombak dah boleh nampak bukit-bukit ni. Nampak curam-curam berbatu tu..Kalau aku memang excited habis lah dengar ada chance panjat.


Gate to the Mordor. Haha. Kat sini ada jalan pintas nya.Terlalu mudah sampai kalau aku pergi seorang diri pun tak ada masalah rasanya..Masalahnya komuniti kat sini tak allow orang luar keluar masuk sesuka hati. So tak nak ceritalah. Kalau ikut track sebenar dia kena lalu ikut paip besar. Kalau baca blog lain, semua ikut jalan paip tu la. Aku pun tak tahu jalan tu lagi.


Apparently, track yang aku lalu tu memang sangat mudah, mudah sangat dari bukit Broga. Cuma yang last part kena panjat cerun batu baru ada bahaya sikitlah. So far aku memang tak ada masalah dalam bab manjat-memanjat ni..tapi adrenalin burst sebab kecuramannya 90degree gak.. if tangan aku slip dari batu or tali (telah dsediakan) dan jatuh...chance survival aku pun rendah gak. Cuak gak lah kan. Anyway, perasaan memang awesome sangat bila di atas puncak. Ikut gambar ni, belakang aku adalah Empangan Klang Gate dan di depan bandaraya Kuala Lumpur.


Memandangkan kecuramannya terlalu bahaya untuk adik-adik aku, mereka hanya memanjat ke puncak yang tidak berbatu. Nasib baik diorang tak panjat ikut aku, kalau tak memang kena panggil helikopter rescue. Hehe,.but serius, kalau tak confident, tak payah panjat or panjat sekadar yang mampu sahaja. Kalau bukit yang biasa pun dah nak pitam,please jangan panjat bukit ini. Pi try wall climbing dekat Sek 13 Shah Alam dulu. Boleh panjat sampai habis untuk level cap ayam, mak boleh lah panjat bukit tabur ni.


Tak lama aku kat atas tu sorang diri, so berhijrah la aku ke port adik adik aku dan sedara mara aku. Time for selfie. Bye!#Bila nak panjat betul betul da~.



Comments