Lepas IUI kedua tu, memang dah tak ada plan pape dah. Next
time refer or just call unit reproduktif HKL and bagitau IUI dah fail je. Maybe
diorang akan appoint balik mana tarikh untuk next treatment. Next treatment
maybe masih guna method IUI, kami pun tak kisah dan tak terburu buru pun nak
buat IVF.
Weekend tu pula, aku memang dah plan nak ke sekolah lama dekat
Muar dengan kawan-kawan batch aku. Batch
aku plan nak main ragbi dengan budak batch tahun tu. Wife aku pun okay je bagi
aku lepak dengan schoolmate aku seharian. Dalam perjalanan aku ke Muar, member
aku yang menumpang pun borak-borak la pasal semua benda. Sesekali masuk juga
bab anak, bila dah almost 3 tahun kahwin tak ada anak memang orang akan tanya and
suggest macam-macam lah kan, even yang tak kahwin pun akan memberi cadangan.
Aku pun dah tak kisah, just cerita je lah yang aku dan wife dah buat semua
benda. Cuma Allah belum nak makbul lagi permintaan kami.
Seharian aku kat Muar enjoy tak ingat orang rumah. Enjoy pun
bersukan je.Okay lah tu. Balik rumah je dah pukul 2 pagi. Wife tak tidur lagi,
rupa-rupanya dia tengah cuak, period keluar sikit-sikit pula. Suppose dah tiga hari periodnya banyak
katanya..but why??? Maybe sebab makan duphaston menyebakan hormonnya lari lagi...or maybe sebab pregnant.!!
AKu pun gelisah nak memikirkan.Takut nak mengharapkan lebih-lebih sebab dah
banyak kali terkena..Takpelah, kami tidur ajelah, tengok macam mana esok pagi.
Apparently....
Periodnya still keluar sikit-sikit lagi, so kami mengambil
keputusan untuk menguji kehamilan. Straight to the point, Alhamdulillah,
selepas berbelas kali wife aku test sepanjang tempoh perkahwinan kami, ini
adalah pertama kali indicator menunjukkan double line (but very faint line) yang
menunjukkan tanda-tanda wife aku hamil walaupun dah period. Untuk kami,
walaupun sangat gembira tapi hati kami penuh gundah gelana. Betul ke result
test ni. Period ni macam mana pula. Maybe hanya doctor sahaja boleh
mengesahkannya.
Di klinik, sekali lagi Alhamdullilah, keputusannya masih
positif pregnant. Tapi bila scan sukar mengesahkan yang wife aku dah mengandung
ke belum. Maybe doctor sekarang dah playsafe, selagi tak nampak degupan jantung
malas diorang nak sahkan pape. Doktor tu pula tanya kami, sebab apa check kalau
dah period. Em, dah bagitahu dah period keluar sikit-sikit sebab tu lah kami
check. Anyway, period wife aku dah stop
lepas tu.
Akhirnya penantian kami tamat di HKL juga, dua minggu
selepas IUI adalah waktu untuk mengesahkan IUI itu berjaya atau tidak di HKL.
Alhamdullilah, diorang pun happy sebab first try IUI kami di HKL sudah berjaya.
Isteri aku dibekalkan bekalan Duphaston sahaja untuk setiap 2 minggu. Dalam tempoh 3
bulan, HKL terus memantau pengembangan zuriat dalam rahim isteri aku. Selepas
itu, rawatan kami di HKL disahkan tamat (berjaya) dan kami menyambung pemeriksaan di klinik kerajaan
berdekatan rumah sahaja.
Dalam tempoh 3 bulan itu, cerita ini hanya diketahui
keluarga terdekat sahaja. Satu post dekat facebook pun tak ada kami buat. Nak annouce dekat kawan-kawan pun takut-takut. Kami
sangat takut akan kehilangan permata yang berharga ini. 3 bulan sudah terlalu
lama untuk kami, apa ntah lagi menunggu 9 bulan genap. Apa yang kami harap,
kandungan membesar dengan selamat dan sempurna. Minta sangat dijauhkan dari
segala musibah.
Apa yang aku nak cakap ialah..Thank you Allah Thank you
Allah Thank You Allah Thank You Allah Thank You Allah Thank You Allah Thank you
Allah Thank you Allah Thank You Allah Thank You Allah Thank You Allah Thank You
Allah Thank you Allah Thank you Allah Thank You Allah Thank You Allah Thank You
Allah Thank You Allah Thank you Allah Thank you Allah Thank You Allah Thank You
Allah Thank You Allah Thank You Allah Thank you Allah Thank you Allah Thank You
Allah Thank You Allah Thank You Allah Thank You Allah. Kami sedar tanpa izin
mu,apa teknologi or duit kami guna juga belum tentukan boleh hasilkan keturunan
ini. Benarlah kata mu, rezeki mu datang
dengan tidak disangka sangka. Untuk
pihak HKL dan kerajaan, berbanyak terima kasih kerana membantu orang senasib seperti kami dalam mencari permata
hati dunia akhirat ini.
Some people said miracle, some said luck..but I rather keep
that as a reminder.. Cerita tentang usaha kami sudah berakhir di sini. Continue
follow untuk some interesting info sampai Hanannia dilahirkan.... Doakan kami sekeluarga
selamat berbahagia didunia dan akhirat cukuplah.
Allahhuakbar ...Maha Kuasa Allah. Sy kali pertama buat Iui, baru buat d hospital pg td. Terima kasih perkongsian tuan sangat membantu beri semangat dan positifkn minda kami. Doakan sy dan suami juga berpeluang dapat zuriat selepas 8thn TTC, hrp brjaya dgn Iui kali pertama ni.
ReplyDeleteEsok nak ke HSA utk buat prosedure iui. Wife da 2x pregnant n miscarige... doakan kami juga memiliki zuriat ya...
ReplyDelete