Lama tak sambung kisah tentang anak ni.
Sebabnya saya tak akan menulis cerita anak bila wife saya mengandung lagi. Takde sebab or amalan apa pun. Saja tak tulis walau ada banyak
info lagi yang menarik untuk di share dari kelahiran anak sulung ni. Tak
adalah cerita mengidam ke mabuk ke. Blog ni khas untuk info info alternative
yang rare. So follow la ye sekali..rugi baca tak klik follow or like.
Oh ye. Memang wife saya pregnant dan dah
selamat melahirkan anak pun. Lepas je wife saya deliver anak pertama, kami
memang tak mahu merancang pun. Nurse akan Tanya nak ambil pil perancang ke?
Terus terang kami taknak. Sebabnya kami mahu anak yang kedua next year dan
takut dengan pengambilan pil perancang ini akan menyebabkan kami susah nak
dapatkan anak yang kedua. Dari pemerhatian kami, walaupun pasangan itu
dikurniakan anak dengan bunting kelamin, ada kemungkinan anak no dua pula yang
sangkut pula.
Sikit buat peringatan, kalau korang dapat
anak bunting pelamin sekalipun. Toksah nak takbur kat orang lain ye. Sibuk duk
bangga diri dia tu subur. Pi perli orang lain yang lambat dapat anak. Niat nak
gurau kadang kadang jadi disaster. .Silap silap orang yang takbur ni pula
sangkut pula bila nak try conceive yang kedua. Sebab dulu subur sangat sampai
tak sedar dah ada problem baru.
Okay.sambung ke topic
core saya. As kami memang tidak merancang, tapi tak ada lah juga niat kami nak
dapat anak kedua terus. Dalam hati kami, nak juga bagi kasih sayang sebanyak
yang mungkin ke anak sulung kami ni. Tapi dah takdir kan, cepat pula sangkut
anak kedua. Nak kata bersama kerap pun, macam dah jadi sebulan sekali je.
Hehehehehehehehe. Tapi itu lah takdir, wife saya conceive baby kedua seawall
umur anak sulung kami baru 8 bulan. Syukur….
Hikmah Nya yang tersembunyi.. Kita
merancang..Dia menentukan
Dah 2 bulan mengandung, pi check doctor pun
tak.Apa ntah lagi buka buku check up. Hehe. Sebab apa pun kami tak tahu,
excited tapi rasa boleh hold lagi. Tak perlu tergesa gesa kali ni. Kan dah ada
pengalaman ;)
Sampai masanya, wife rasa sakit2 ‘ayam’ dan
decide nak pergi jumpa doctor kat klinik swasta. Alang alang nak prove kan ke
doctor dia tak sihat dan layak di beri cuti sakit, kena lah scan. Baru lah
doctor pun senang hati bagi cuti sakit. Job bertambah.Hehe.. This time very
difference, we have Hanannia already. Masa wife scan tu saya kena tunggu dalam
kereta sebab Hanannia tidor. Rasa sian pula nak angkat dia, lagipun dia baru
tidur. Takpelah, nanti doctor still print out
image scan tu kan.
Setengah jam kemudian, wife pun keluar.
Dari jauh saya tengok mukanya monyok. Arggh..apakah??
Maybe tak dapat mc kut? Em ntah..time tu
naluri saya neutral je. Tak fikir negative sangat..
Sampai je dekat saya, tiba tiba dia terus
menangis..Allah..Why?
Sambung boleh…next episode ye
Comments
Post a Comment