Cerita Tentang Zuriat - Part 16 - Rumusan Mendapatkan Zuriat

As a bekas Jurutera Bahan, dah menjadi tabiat saya meletakkan hasil penemuan saya, analisis dan kesimpulan di akhir laporan. Dalam terma zuriat ini, pun sama. pemikiran saya memang semulajadi begitu. Setiap kegagalan menjadi satu point untuk usaha penambah baikkan. Hakikat sebenar, impian memperoleh zuriat tak sama dengan mana impian yang pernah saya kejar, 2 tahun yang lepas time dapat Hanannia, saya dah conclude hanya:

"Kita hanya berusaha sebaik mungkin, Insyallah dengan usaha, doa dan tawakal pasti Allah akan makbulkan"

Dan untuk pastikan perkara yang di atas ini berjaya, sila pastikan:

1) Anda suami isteri tak menyalahi sesama sendiri, Sangat penting untuk kedua dua menerima pasangan masing masing. Biar cakap yang baik baik sahaja. Elakkan bercakap tentang masalah yang dihadapi pasangan kepada orang lain. Bila orang tanya, jawab sahaja bulan ini Insyaallah " sangkut". Orang akan faham dan serta merta doakan kita sekali. Sesetengah pasti akan memerli, takpelah..anggap Allah sentiasa dengan kita. Lantaklah diorang.

2) Punca perlu dipastikan dengan pemeriksaan pakar. Bangsa kita ramai yang assume dirinya expert tapi bukannya dari pengiktirafan Profersional pun. Mentang mentang dia dapat anak sebab itu ini lah, dia push orang terima idea dia pulak. Rilek brother, masalah orang lain...lain. Kalau kita nak tahu punca, pergi jumpa Pakar. Ada 2, 3 pendapat dari pakar lagi terbaik. Bukan apa, kalau kita pasti punca kita apa, senang kita nak berubat secara moden atau natural. Saya tak pernah menolak untuk merawat menggunakan kaedah semulajadi atau tradisional sebab tak semua orang ada access ke Hospital. Just yang penting, berkorban sedikit masa dan wang ringgit untuk mencari punca. Dapat punca, refer rule no.1.

3) Amal hidup gaya sihat. Pergh, klise habis lah. Statement universe. Tapi serius beb, amal gaya hidup sihat ni untuk term yang sangat besar. Kalau kita bersenam kuat, makan cukup..tapi dekat office kita stress pun tak balance juga life style kita. Macam mana nak hidup happy go lucky, i dont know la..just pergi cari happiness masing masing. Avoid la benda benda negatif ni. Belajar lah untuk mencari kebahagian walaupun  Tak pun ngadu lah tuhan minta dijauhkan masalah semua bagai. Insyallah, kalau semua dan under control. Bermaksud kita dah amalkan gaya hidup sihat. 😺😺

4) Percaya dan Bersungguh sungguh lah dalam doa. Kerja lah mana sudut dan ruang yang mustajab untuk berdoa. Ikut saya, saya memang percaya pada malam lailatulqada. Bangun sahur, sembahyang tahajud dulu sebelum makan. Then, sembahyang hajat. 3 tahun saya continue berdoa dan saya harap doa itu berlipat kali ganda kuatnya bila tiba 10 malam terakhir Ramadan. Dan kalau ada peluang pergi ke tanah suci, mungkin lagi baik kan.😊😊

4 point ni sebenarnya perjalanan ringkas kami dalam TTC selama 3 tahun. Nak yang complete punya bacalah Part 1 sampai Part 16. Kami ulang sekali lagi, banyak lagi pasangan yang perjalanan mereka dalam TTC dan macam2 dah mereka lalui. Kami pun banyak belajar dari mereka juga. Syukur sangat Allah kabulkan doa kami akhirnya. Di sini pun kami nak ucapkan ribuan terima kasih untuk yang menolong kami secara langsung dan tidak langsung.


Cerita Anak Kembar
================

Ada ke yang mengidam anak kembar kat sini? Kalau ada, boleh baca sampai habis. Yang ni pakat rasa rasa je.. Saya tak boleh cakap terbukti berkesan tetapi maybe boleh jadi semangat cukuplah.

Straight to the point, mengikut teori family aku sebab genetik. Sebab aku ada adik kembar. So luck transfer dekat aku. Tak dinafikan teori ni dalam perubatan pun ada cakap. Makna kata, kalau kita nak anak kembar..kena selidik keturunan bakal pasangan kita ni.hehe. Payah tu requirement ni. Ada yang tak kahwin kahwin lagi nanti.

Mengikut teori wife saya, dia banyak makan kentang dan minum susu. πŸ˜…πŸ˜…πŸ€”πŸ€” Hehe. Ni aku tak faham. Makan kentang mcdonanl pun boleh termasuk sekali ke. Hehe. Tapi itu dia yang rasa, maybe korang pun boleh cuba.

Teori aku pula berasaskan kekerapan peristiwa yang berlaku disekeliling aku. Ramai sahabat dan cerita yang aku dengar dapat anak kembar lepas keguguran janin. Maksudnya, anak first yang gugur tu Allah ganti anak double pulak. Untuk kes kami, sebab baru dapat anak sulung. Rahim maybe tengah subur lagi. Ke hormon yang tengah berganda ganda masa ni. Allahu alam.

Anak kembar ke seorang ke, inilah kebahagian kami. Next, nak buat chapter baru dah. Cerita Tentang Hanan. Follow la ye page kami. Masuk dalam circle pun okay.












Comments

  1. Tahniah untuk keluarga tuan..Bila baca kisah tuan membuat saya lebih bersemangat untuk mendapat zuriat..Saya sekarang tgk follow up di hospital klang..Doakan saya mendapat zuriat juga..TTC 3 Tahun 3 Bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan urusan puan dan suami. Insyallah ada rezeki tu. kita usahakan je :)

      Delete

Post a Comment