Cerita Hanans - Aqiqah di Luar Negara.

Assalamualaikum sahabat. Sebagai orang beragama Islam, kita disunatkan untuk melakukan aqiqah sekiranya apabila menerima kehadiran anak. Apakan daya, nak buat awal awal, kudrat kami tak sampai. Kalau boleh nak buat macam kakak si kembar, buat dekat rumah tapi tak jadi jadi juga. Akhirnya bila si kembar nak cecah 2 tahun, kami terus decided nak buat di luar negara. 

Buat di luar negara maksudnya kita upah orang sahaja dengan niat untuk aqiqah. So untuk pelaksana aqiqah kami adalah agensi Syria Care. Urusan hanya melalui whatsap sahaja. Nanti kalau korang pun berhajat macam ni, boleh google sahaja " Aqiqah Syria Care". Ada no telefon disitu. Rasanya agensi lain pun ok juga. Do not worry la pasal scammer as long korang upah pelaksana yang baik seperti ini, insyaallah kerja diorang jalan 100%.

Ada rasa macam tak buat apa apa tak bila buat aqiqah macam ni??

Mula mula rasa juga kosong sebab tak buat apa apa dan tak nampak, hahaha. Tapi bila dia pos gambar seperti yang dibawah. Rasa terharu juga. Gambar ni boleh mebawa seribu makna. Terasa kesusahan negara mereka disebabkan peperangan yang berlanjutan. Dari negara yang maju,tiba tiba nampak tandus sahaja. Rasanya mereka amat memerlukan bantuan kita. Tak kisahlah sama ada di Syria, Palestin, Myammar.. aqiqah di sini sedikit sebanyak mengingati saudara kita yang tengah bergelut untuk hidup sekarang sebagai umat Islam.

Dari gambar di bawah, kami rasa pelaksana kami telah melakukan kerja yang sangat baik. Daging dibungkus dengan kemas dan diagihkan dengan baik. Wow, siap ada banner pada lori. Tersenyum kami. 

Oklah. Cukup cerita pasal aqiqah di luar negara disini. Bukannya untuk tanda riak or apa. Sekadar berkongsi sebab saya amat pasti sahabat yang lain juga mesti terfikir jugakan :). 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
Semoga Allah Taala memberkati anak anak kami, keluarga kami dan ibu bapa kami. Kredit to my wife yang menjayakan aqiqah ini. TQ









Comments