Cerita Hanans - Ekzema Hujung Jari Tangan Dan Kaki

"Anak awak di ada ekzema ni.. Maybe yang light punya."
Cakap Doktor klinik tu kat aku lepas periksa jari jari tangan Dan kaki hanannia.

Hanannia ni 5,6 bulan masuk tadika hari tu kena penyakit tangan kaki dan mulut. Habis bernanah dalam mulut. Lepas tu keluar bintik2 kat kaki dan tangan. Kena kuaratin 2 minggu sebab takut berjangkit.. Bila Dah OK. Selang 3,4 bulan hujung jari Dan tangan pula start bernanah. Macam2 la pula dia kena.


Mula Mula ingat memang dari asbab penyakit tangan kaki mulut tu. Tapi doktor cakap ni ekzema.. Penyakit keradangan dan gatal kulit juga. Tapi terjadi di hujung jari je.. Sepupu ada juga yang anak dia ekzema teruk.. Tu lagi ke sian. Syukur juga la sebab nia atleast kalau kena, still boleh lagi buat Macam2 keja Di rumah. 


Biasalah, penyakit cmni bagi parent asyik kena cuti je. Mahu 90 hari cuti pun x cukup.. Kekadang hantar juga ke sekolah. Tapi balut la.. Duk penin kenapa nia ni asyik kena je.. Tapi tak nampak dia garu garu jari dia. Tak pasti pulak dia ni alah makan apa. Dia makan nasi je selalu. Hehe. Yg lain mana dia makan. 


Bila doktor tengok jari jari dia macam ni, first thing dia beri ialah antibiotic. Luka Luka dia payah Nak sembuh sebab dah berkuman. Adalah ubat krim juga untuk sapu kat luka.. Kalau pi klinik kerajaan. Depa bagi hydrocortisone cream.. Tapi kt klinik swasta, ubat cream antiseptic dan fusidic asid yang kami dapat. Lagi better sikit kut. Dah apply ni, memang hanannia dah sihat balik. Elok jari jari dia macam tak ada luka langsung. Tapi selang sebulan dua.. Still jari jari dia luka balik ;(


Selain ubat di atas ni, kekadang kami rendam pottasium permenganante ni juga. Yang penting antibiotic kena makan. Kalau tak.. Sama je apply apa2 pun. Makin teruk ada kalau tak makan antibiotic. 

Lama fikir apa solution kulit ekzema macam nia ni, penin juga kalau dah asyik kena je kan. So benda yang aku nampak boleh ubah biasanya life style dia. Wow kecik2 dah ada lifestyle sendiri ye. Hehe. Actually budak ni suka mandi rendam Lama2 lepas balik sekolah.. Tak mahu mandi kejap2. Kalau paksa dia keluar protes pula.

Selama ni aku duk biar je dia main air lepas balik sekolah. Tapi lepas tu aku dah tak bAgi dah. Dia dah mandi dekat sekolah, buat apa mandi Lama2 lagi kat rumah. Tak sangka pula, memang lepas tak main air sangat ni. Dia dah jarang kena dan actually lama juga dah tak kena. Hehe. 

Allahualam.. Apa cara pun kami berusaha. Allah juga lah yang menyembuhkan.. Alhamdulillah.. Moga2 dah makin besar ni, lagi lah tak kena ekzema2 ni. Minta jauh juga penyakit lain. Amin


Semoga artikel ni bermanfaat. Silakan share kalau berguna. TQ


Comments