Bawa Anak ke Pusat Sains Negara

Antara tempat yang aku paling suka bawa budak2 ialah Pusat Sains Negara. Untuk siapa siapa yang Nak bawa anak, Pusat Sains Negara ni  letaknya kat Bukit Kiara. Harga ticket kami selalu bayar untuk kami sahaja, yang anak2 free lagi. Bagi aku pusat sains negara ialah tempat yang cukup lengkap bagi Nak penuhi masa lapang dengan anak2. Murah dan serba lengkap untuk bermain dan belajar. 

Meh follow apa aktiviti yang dapat buat kat sini


Time bayar tiket masuk, kita dah nampak dah aquarium tunnel untuk masuk ke main building pusat sains ni. Ni saje dah buat budak2 ternganga tau. Sebab aku dah selalu pegi, bila ada ramai2 ni aku ajak diorang patah balik pegi explore dekat luar dulu. Besar tau pusat sains negara ni tau. 


Kat bawah ni kami start dengan zoo mini. Biasalah ada rama2, kura2, ikan sikit. Ada juga aquarium tank2 kecil. Tapi dari jauh anak2 dah tengok tangga yang ada playground kat bawah lagi. Diorang dah tak heran binatang2 ni. Tak sabar sabar Nak pegi bawah. 


Dekat bawah ni sebenarnya adalah playground siap ada water playground lagi. Orang lain dah standby baju mandi tapi aku malas lah nak layan anak2 aku mandi. Lain kali lah ye. Diorang main2 la juga kat bawah ni. Yang dewasa Dan budak2 lain pegi main mesin merentas masa ni. Lebih kurang roller coaster la, Tapi idok la ganah. Free je. 


Dah puas berpanas kat luar baru lah kami semua naik ke atas. Yang main dekat luar pun dah sparuh hari tau. Nak cerita alat2 sains kat sini memang tak habis. Korang ada masa explore sendiri ye. Untuk aku yang paham ilmu sains dan fikah ni, rasanya simple je. Tapi anak2 yang baru Nak learn ni.. Nampak raut wajah kagum diorang. And one more thing, kat dalam pun ada playground juga. Jimat duit hiburan depa dan dapat belajar dalam masa yang sama. 


Untuk orang dewasa pun actually menarik juga kan. Abah aku pun layan alat2 kt sini.. Bila lagi Nak repeat blajar ilmu fizik, kimia, haiwan semua. Hehehe


For the first time kami semua masuk survive the bunker ni. Ni bayar asing tau dari ticket masuk. 
Kita orang bayar yang dewasa je. Huhu. Bila dah pegi yang tua tua ni lagi hari biru gak. Hahahaha. Ni ilmu nak mengena ketakutan.. Sains la juga kan. 

Well, Pusat Sains ni memang la jiwa aku dan memang aku suggest tempat ni untuk korang yang Nak cari port aktiviti hari minggu. Jom next time pegi sama2 untuk sahabat aku dan family aku. Bye




x

Comments