Cerita Hanans - Apa anak boleh buat dekat rumah (khas Covid - 19)

PM kita dah announce kawalan Pergerakan sebab wabak covid 19 ni makin menjadi2.. Abah dan bonda kena la bekerja dari rumah. Tak pernah fikir pun seumur hidup ni ada fasa kena duduk rumah 2 minggu. Hope 2 minggu saje lah. Lebih.. Tak tahan woo. Kerja pun ke laut. Yang anak Anak ni nampak gayanya payah Nak tahan juga. Huhu. Ni kalau  dah boring kan mahu dia habis modify rumah ni jadi tukun. Terpikirlah juga apa aktiviti yang Nak bagi dekat diorang ni. Huhu.

1. Pembukaan gudang mainan di rumah

Selama ni kami simpan 70% mainan diorang dalam stor. Balance 30% tu bagi main time weekend or cuti je. Sebab diorang bukannya main betul2 pun. Suka buat terabur atas lantai je.. Pastu tak main langsung. So seminggu sekali open la.. Maybe kena open gudang up to 50%. Kali ni rumah bersepah pun lantaklah.. 


2. Bagi main phone and tab. 

Haha. Idea tak membina langsung. Tapi aku rasa kalau diorang duk dengan aku. Tempoh diorang main phonr tu paling terkawal sekali. Aku bagi phone satu je. Sorang main 30 minit. Lepas tu rotate. Tu pun dengan syarat kemas mainan tu balik.

3. Belajar di rumah

 Yang ni Mencabar.. Tapi perlu dilaksanakan. Banyak boleh kita spend masa dengan diorang ni. Selalu Hanannia memang dah boleh buat kerja sekolah.. Boleh lah beli buku latihan tapi cakap teacher dia yang minta. Sure siap walaupun berjam jam tunggu dia buat. Yang kembar dua orang tu payah Nak cakap. Haha. Tak sempat ajar, diorang dah ajar buat benda lain dah. Of course kalau diorang semua ni Nak phone, kena setelkan belajar dulu.


4. Ajar buat aiskrim

Hah.. Yang ni basic kehidupan. Memandangkan cuaca panas.. Dan xleh keluar (of course). Belajar buat aiskrim senang and tak ada risk. Ajar masak megi kang, hari2 plak dia masak megi. Ni pengaruh masterchef junior. Kagum betul tengok anak mat saleh umur 7 tahun dah masuk Big competition macam tu. Aku masak nasi goreng pun tak penah maintain pun quality. Huhu

5. Ajar solat

Nampak bila dah pegi sekolah ni. Tengok semua bacaan dalam solat diaorang hafal dah. Pratikal kat rumah je susah sikit. Mana tak nya, bila aku sujud je. 2,3 orang gayut. Tapi boleh la minta diorang buat sikit2 dekat rumah je. Bukan solat kat sekolah je anak2 ye. 



Apa lagi Nak suh buat. Aku pun buntu. Haha. Takpelah..ada masa join la diorang main. Rasa semua benda mainan dah beli.. Tapi rasanya semua pun dah pecah2. Jumpa apa2 Nanti boleh tambah2 mainan ni. Boring kut main yang lama. 

Ada idea Nak buat apa.. Boleh lah share2 ye. 


Comments