Jalan Johor Bahru (MCM Cartoon Planet, Angry Bird Activity Park)

Selalu kalau jalan JB mesti orang Tanya pegi Legoland ke. Huhu. Anak2 kecik lagi, rugi nanti tak dapat layan roller coster dengan diorang. So bila dapat berjalan ke Bandar Johor Bharu ni mana kami pegi ye.

Disclaimer:
Ini adalah sebahagian pengalaman kami untuk dikongsikan sahaja. Bukan untuk promosi dan nasihat ye. Harap maklum

1. MCM CARTOON PLANET TOYS FACTORY

Hah ni la tempat pertama kami pegi. Huhu. Bapak besar playground. So kami dapat tahu ada theme Park garfield, larva dll yang aku pun kurang pasti. Hihi.

Time aku pegi, ada banyak tempat tak open lagi. Kat area bawah theme park ni macam ada theme park juga. Tak buka lagi and rasa macam salah tempat Awal2 kami masuk. Tak pasti dah buka ke tak by the time post ni dah publish. Maybe next experience OK kut ;) 


Tempat ni diorang bahagi playground dia ikut theme Park. So cam garfield, ada semua cartoon garfield. Orang dewasa pun dibenarkan main. Tapi agak2 la Nak main semua kan. Boleh lah main teman2 anak. Lepas la anak2 main separuh hari. Hihi. So sikit lah kenangan dibawah. 





3. ZOO JOHOR 

Dah datang JB bawa anak2. Saya rasa wajib pegi zoo ni. Hehe. Satu sebab paling utama.. Harga dia murah, semurah2 nya. Kalah kedai Eco Rm 2.10.hehe

Zoo ni kecik je tapi boleh la setel 2 jam. And not so bad, ada badak air, unta, gajah, rimau singa tu dah best rasanya.  So far anak2 aku memang tak takut binatang punya, abah dia marah pun tak takut. Hope dapat beza kan antara perangai gajah dan singa sebab Semua binatang dia nAk bagi makan. Dekat sini yang allow cuma unta dan gajah je. Beli je makanan tu kat penjaga zoo ni. Jangan bagi makanan sendiri pula ye. 





Rasanya kembor aku kalu boleh panjat gajah ni dia dah panjat dah. Huhu

3. ANGRY BIRD ACTIVITY PARK

Tempat terakhir aku pi untuk versi lawatan kali ini di Johor Bahru. Haha. Hi theme Park je.. Anak2 kecik ni Nak jalan mall saje selalu buat perangai kan. So memang dah plan Nak bagi diorang terhibur pun. Tulih blog pun untuk diorang juga bila besar kan. 

Theme Park ni pun orang dewasa boleh main. Penat juga lah aku layan anak aku kat dalam ni. 



Tak sangka kena beli stokin yg angry Bird punya baru boleh masuk. OK lah juga, buat souvenir kan. Next time pegi boleh lah pakai balik. 




Tiket ni dapat kopun aiskrim and diskaun makanan tak silap aku. Dah petang2 sikit, semua dah ngatuk kami lepak makan aiskrim and beli la makanan sikit. 

OK. Sampai sini la dulu Jalan2 Johor Bahru ni. Lepas ni target legoland. Tunggu lah besar lagi ye. 




Comments