Pengalaman Jual Kereta sendiri

Bila sebut pasal jual Kereta, rasanya ramai orang Nak jual sendiri. Tapi kadang kadang fikir takut kena tipu dengan prospek pembeli. Mungkin kita pun tak ada pengalaman sangat Nak berurus niaga ni.. Lagi2 Nak jual nya benda ribu2, belas2 ribu Dan mahu pun puluh2 ribu.. Untuk yang puluh ribu ni aku tak ada pengalaman lagi.. Stakat kereta ko saga blm, persona ke, myvi ke, adalah sikit pengalaman yang boleh share. Kalau korang Nak rule JPJ, google JPJ je la wei. Huhu

Seni halus untuk jual Kereta secara mudah pada harga yang berpadanan adalah ko sendiri kena pastikan kereta ko cantik.  Kalau ko memang pandai jaga kereta, tak ada masalah.

Basically, family aku memang beli kereta macam tu, dah 10 tahun pakai pun.. Kereta tu rupanya dari kilang lagi. Standard habis. Tapi enjin, aircond, suspension tiptop.

Berbekalkan kereta yang tip top ni, dah dua kereta aku jual pada first caller. Depa datang, depa beli cash esok ya :). Alhamdulillah.

OK. Kita sambung cara mana Nak jual Kereta ni sendiri.

1. Survey market price kereta

Survey market price ni tak susah. Masuk mudah.com..letak brand keta ko, masuk tahun, masuk transmission.. Amik 5,6 price dari mana2 iklan.. Pastu bahagi. Average ni la harga ko boleh apply.

Ko tak perlu pun jual bAwah market price sebenarnya.. Kalau kereta ko tiptop, dekat harga market price ni pun boleh terjual punya. Eventually, diorang bargain juga nanti. Dan Kalau ada accident, ngaku je la, jangan kita jadi bangsa bangsat. Jual sebab dah rosak.. Taraf ko sama dengan orang yang menipu timbangan. If ko dah accident, aku nasihat jual below market.. Sure ada buyer yang redho juga.

2. Dapatkan pembeli yang terbaik.

Pembeli ni ada banyak orang. Ada yg offer duit terus tu kebanyakkan mmg jual Kereta. Tapi aku selalu prefer jual orang yang memang Nak pakai keta kita tu. Orang orang camni, dia selalu Nak tengok kereta dulu. Jangan malas, layan je di orang datang tengok.

Obviously dalam kes aku, keta semua tiptop. Depa Nak dengar bunyi enjin pun sayup2 je. So diorang Nak and then baru lah aku cakap term n condition.

Aku nak booking.. At least 30% dan esok ya cash. But why..?

Urusan jual beli kereta melibatkan pertukaran nama. Kalau nama dah di tukar, on the paper buyer dah jadi pemilik penuh aset tu. If tak tukar nama lagi sampai full settlement.. Nasib ko la asyik kena saman je.

Buyer yang baik adalah buyer yang memang dah tahu apa syarat dia. Keta yang value tinggi lagi.. Of course la boleh buat loan kereta. Ingat, Yang harga aku jual ni biasa2 je.

3. Puspakom

Nak transfer ownership, kerajaan Mewajibkan kita melakulan pemeriksaan dengan puspakom dulu. Ni owner boleh buatkan. Rasa kos murah2 je

Cara paling senang, booking online dekat website puspakom. Pastu click inspection > inspection for transfer ownership. Book your date and time. Takyah kalut Nak tunggu Lama2. Sebelum pegi puspakom ni.. Kena pasti kan tinted ditanggalkan lah. Pegi je kedai tinted.. Upah dia buka kan balik. Huhu.

Dah setel puspakom n semua lulus. Ini lah sijil yang owner kena bawa ke JPJ.



4. Last sekali, deal dekat JPJ

Secara teknikal, Nak deal dekat JPJ ni ada bermacam2 cara bergantung pada situasi. Mengikut pengalaman aku, aku tahu buyer bayar 100% sebelum pegi cap jari tukar nama. PEnting beb bab duit ni diselesaikan dahulu. Buyer patut dah agree Nak bayar sebab keta semua dah check.

Bila ada Dua2 dekat JPJ ni, senang urusan. Sorang lepas kan hak milik dan buyer terus sahkan hak milik dia terus. Urusan penukaran hak milik ada kosnya, up to korang la decide ye.

Setelkan.

Lepas ni buyer Nak kena beli Insuran n road tax kereta dia. Untuk seller, boleh bawa notis pembatalan ke syarikat Insuran. Nanti Nak transfer NCD plak kat keta baru kan😁

5. Ingat Tuhan (Disclaimer)

Sebagai rakyat marheen, kita tak terlepas dari di tipu atau dianiaya. Huhu. Sebarang transaksi yang korang lakukan nanti tak ada kena mengena dengan aku dan diluar tanggungan mana mana blogger pun. 

Apa yang Nak cite hanyalah perkongsian pengalaman dan pasti ya lebih banyak blog yang lebih detail dalam hal ini. By the way, berhati2 dengan setiap tindakan, jangan tamak. Kenal pasti target kita apa.. Ingat tuhan supaya kita dilindungi orang yang Nak amik kesempatan kat kita ni. TQ




Bapa aku cakap cam kalah judi plak bila datang ada kereta.. Balik jalan kaki sebab keta dah jual. Haha


Hi kenangan. Thanks for your services. 





Comments