Cerita Hanans - Daftar Anak Darjah 1

Dah masuk bulan Mac ni wife aku dah remind untuk daftarkan anak untuk masuk sekolah rendah. By the time blog ni publish, siapa yang anak dia lahir tahun 2015 dah boleh start daftar darjah 1 online kat sini.

https://public.moe.gov.my/?kpm=

OK. Tujuan utama aku tulih blog ni pun pasal taknak lupa step apply sekolah ni. Next year, kena apply untuk adik2 juga kan. Kalau ikut mudah je. Isi online. Dah lengkap, kepilkan semua supporting dokumen yang lain dan hantar dokumen tersebut di sekolah.

Cuma pening bila Nak select sekolah.. Bila Nak cari sekolah tu Tanya juga lah kawan mana pegi daerah Shah Alam. Rupanya dah jadi Petaling Perdana (first time dengar ni). So u tuk korang2 yang Nak apply ni, rasanya kena banyak bertanya juga kan. Actually kena tahu sekolah yang kita nak hantar tu juga. Kena la selidik2 dulu.. Tanya juga jiran hantar kat mana.

Another part yang penting ialah maklumat kesihatan anak. Ni semua pasal tarikh vaksin dan jenis vaksin yang kita dah buat. Lebih kurang camnilah ikut buku kesihatan anak aku ni. So copy bulat2 semuanya. 


Bila dah hantar ke sekolah. Kerani sekolah tu bagi lah resit kecil diorang dah terima maklumat dengan dokumen yang lengkap. Untuk makluman, permohonan sekolah ni boleh tahun Bulan Ogos 2021 sahaja.  Consider kita orang ni jenis yang setelkan awal juga. Hehe


Bergambar dulu.. Kut2 tak dapat sekolah idaman mak abah dia. Hehe. Kita boleh rayuan. Tahun depan la. 




Comments