Tukar lampu LED rumah

Bila lampu pendaflour atau lampu kalimantan atau lampu panjang kat rumah kita rosak mesti kita terus tukar starter ataupun lampu dia. Dah tukar dua dua ni dan tak hidup hidup juga lampu, kita akan buka casing dia pula. Masa ini kita nak tengok ada arus masuk tak ke lampu test pen. Tak sempat nak check, dah terperasan ada kesan short circuit kt area choke. Nak taknak memang kena beli baru the casing dia.


Beli sampai ke kedai hardware, dah perasan banyak lampu LED dah dijual dengan harga murah2. Tak yah cerita banyak, kali ni nak tukar LED pula. Apa beza lampu LED dan lampu pendaflour yang traditional ni dari segi rupa dah tak ada choke dan starter. so next time kalau lampu padam, boleh cuba tukar lampu sahaja. Lampu LED mempunyai komponen yang lebih simple. Boleh rujuk gambar no.3


Bila dah ganti casing, tempat screw pun dah beralih sikit. dua dua lampu ni selalunya mempunyai panjang yang standard. Tapi biasalah design tempat screw lain. Tapi takpe, dengan menggunakan screw dan hammer aku ketuk je buat lubang baru. Malas nak drill dinding lagi. 


Sefahaman aku dalam buat keja2 wiring ni, lampu LED memang tak ada life atau natural. Tapi aku sambung je la merah ke life. Sambung pun tak payah pakai screw driver, kepit je kt connector dia. What a simple. Lepas tu tutup casing dia dan pasang lampu. Alhamdulillah hidup.

Main dengan elektrik ni kena hati. Takut juga sebab kadang setahun tak penah buat apa pasang karen2 ni. Baca banyak artikel, katanya lampu LED ni memang banyak jimatkan elektrik dan juga tahan lama. Dulu dulu beli yang kecik pun kt rm30 sekarang ni macam lebih kurang sama je. 

Ok. again Share untuk diri sendiri je ni. Jangan cuba buat sendiri kalau takde knowledge pasal elektrik ye. TQ



 


Comments