Beli barang branded harga murah?

Hello..salam. saje aku documented personal thing aku beli kali ni untuk rujukan. Most of the time aku beli barang kat Padini, Brand outlet or Aeon je. Sekali sekala ada la beli kat butik..pakailah sampai barai baju butik tu. Rasa baju jalan ada kut yang dah hampir 10 tahun still guna2 lagi..tapi tu la. Kita manusia, kadang2 nak new thing juga kan😁

By the way, kalau aku ada Rm10k sekalipun untuk dihabiskan..aku takkan beli punyalah pakaian sehelai Rm1000. Kalau Rm100 pun aku berkira.haha. Tapi nak juga pakai baju branded tu..cmne tu.

Akhirnya tiba2 aku termasuk ZALORA..setelah lamanya bertapak di Malaysia akhirnya aku baru klik apps tu atas direction google. Pergh.. Lambat giler.haha. By the way, ni semua pendapat peribadi saya, saya rasa berbaloi saya suka share dan mostly untuk rujukan saya kembali sebenarnya. esok2 kita lupa.huhu


Beli dari ZALORA

Ni dalam usaha aku nak cari topi yang look simple but yet tak ramai orang pakai and got brand. Selama ni aku pakai je topi sport brand ke apa..tapi kalau pi butik rasa sport brand ni makin simple design dia tapi maintain harga ratus juga. Penat pusing2 mall tak jumpa2 topi idaman so aku pindah ke online. Suratan takdir maybe, terus akhirnya tetiba jumpa topi Superdry harga seratus lebih tapi  sebab diskaun dan diskaun lagi, jadilah harga yang aku rasa sangat sangat berbaloi. (Rezeki time tu kut)


Dan lepas tu aku keep jumpa brand lain2 yang kalau aku masuk butik, pegang baju tu..check harga. buat2 terkejut sikit letak balik.haha.So here, i bought a lot of selipar. Same delima macam topi..nak yang branded, sempoi n harga wokeh. Beli banyak pun niat bagi orang wokeh.hehe. Dan baju macam brand Champion and Gap. Baju Superdry banyak sale kt sini.  Harga saya tak share lah ye..basically lepas diskaun bawah rm100 je saya berkenan😄😄



Murah sangat ke beli banyak2 ni. Takdelah aku beli sekaligus pun..cuma sekali beli tu maybe dalam 2 sebab ada minimum amount untuk aku entitle diskaun lebih. Harga hari2 biasa cam butik pun ye gak. Dan harga naik turun hari2 cuma bagusnya senang kita boleh usya hari2. Mall nak pegi hari2 letih wo.hehe... Kalau beli 1 pun dah ada diskaun. Tambah total extra diskaun tu yang aku suke tu sampai tulih blog.haha. cuma kalau nak murah betul tu. Kena hari2 tengok la apps tu..tiap2 minggu promo lain2..kadang harga junam teruk. Rasa nangis jugalah sebab beli awal sikit.haha.

Disclaimer : Artikel ni mmg utk rujukan diri sendiri bukan tajaan. Yang elok saya share melalui pengalaman sendiri. Sila Ambil tanggungjawab sendiri ye waktu membeli belah.

Another thing, aku paling risau baju terlebih besar ke atau kecik. Mahu bergaduh lak nanti dengan seller sebab kita tak pandai baca spec dia bagi.( Padahal measurement sama dengan beli yang sebelum ni tapi cutting lain bebenor). Alhamdulillah, sempoi je dapat tukar (baca policy time beli dulu please) Semua tertulih di packaging zalora tu. Koyak elok2..packaging tu boleh guna untuk return balik. Aku return pakai Postco (salah satu option) Dan lepas aku return tu, depa bagi barang ganti yang lebih ngam dengan size aku. TQ3



Beli dari Dressinn

Dressinn ni apa pulak. Tengok macam website europe je..tapi sampai Malaysia ke tak.Siap suruh download apps.huhu. Tapi kenapa barang dia ada yang murah sangat ni. Tak logik kan. Itu lah apa yang aku nak share sikit expereince aku dengan Dressinn ni kalau korang penah jumpa kat website. Lagipun sebab Google tahu aku nak cari, hari2 popup iklan ke website ni. Terbaik racun2 dia. Huhu  Disclaimer : Artikel ni utk rujukan diri sendiri bukan tajaan. Yang elok saya share melalui pengalaman sendiri. Sila ambil tanggungjawab sendiri ye waktu membeli belah.

Mula mula wonder juga sebab aku tahu cap2 New Era ni agak mahal nak dapat. Tapi kat sini harga cantik je. Huhu. Shipping mahal gak baik beli Malaysia je puas hati. Tapi kalau nak beli banyak macam berbaloi. Huhu. So aku gamble la beli 3 terus (share dengan member2)..aku gamble je sebab da berkenan dengan design Raiders yang tak ada dekat website official supplier Malaysia time tu. Yang penting barang kena sampai



Shipment dari Amsterdam tu.huhu. Walaupun agak lambat delivery tu..still acceptable sebab aku boleh monitor barang aku dan dia ada kasi satu gambar tunjuk macammana packaging kita time tracking tu. Dengar cite barang bawah RM 500 tak kena cukai..so smooth la pos laju hantar ke rumah. Happy woo barang sampai dengan baiknya.Ni kena belajar lagi dengan otai2 trader..ada ke sudi ajar??huhu


The best part of it, dalam tunggu barang nak sampai ni D*L ada bagi email suh bayar amount ni. Sikit je value dia..dan aku memang hampir dah letak kredit kad aku before aku decide nak chat dengan service team Dressinn ni (tradeinn) guna whatsapp je. Sepanjang  process aku nak membeli ni memamg diorang bagitau je apa2 yang aku nak tanya. Sekali tanya dia memang ada anta email macam ni dia reply dia tak guna service D*L pun. Rupa2 nya scammer siyot. Aduh. Nasib baik wo..website separuh nampak macam officialdah.D**M!

Ada sekali aku tanya dia and dia thanks balik sebab remind dia untuk check. Simple like that pun buat customer happy kan? So untuk aku first time buyer kat sini rasa nak terjah je lagi in future. Huhu. Next time la.New Era ni memang sekali dah beli rasa nak collect je..huhu. Banyak pula terbeli dari Reseller lepas2 tu yang padu lebih.haha, Racun betul new era ni.

     

Ni scammer nya email. email ntah apa2 kat belakang tu... airwaybill panjang2. Sekali lagi, aku share ni semata mata rujukan aku akan datang, aku anggap blog macam personal diari aku je sekarang .Nowadays, orang tak baca blog dah.huhu. Saya doakan lah urusan anda tu smooth juga jika nak beli dari oversea website cam Dressinn ni. Dan sebenarnya memang agak lambat untuk dijadikan sebagai blog tapi aku sendiri search google pun payah tul nak jumpa review dalam bahasa. So, maybe could be good to share?? lastly,  Pandai2 lah korang compare harga ye dengan Malaysia and baca elok2 apa2 polisi dari NAK JIMAT KENA BAYAR LEBIH pula nanti.harga pun kena logik,  nak Nike Airmax Ori tak dapat lah yang price murah2 sgt..Peace. Salam.























Comments