Part of me ~ SPM!!

20th March 2014, maka genaplah 10 tahun dari tahun aku mendapat result SPM. Kes aku boleh teringat ni disebabkan aku terdengar dua tiga perbualan pasal SPM ni dari budak budak dan makcik pakcik sewaktu makan tengah hari tadi.

Although I knew the result will come out today, tak expect pun budak budak lepak depan aku makan, amik result hari ni. Pasal aku seorang dan diorang pun sembang cam bagus je..so terdengar lah sikit-sikit. Tapi takde kena mengena pasal result pun, diorang tengah cerita pasal cara bawa keta..v-tec la, cut-off la, minyak lah...

TIBA TIBA, "woi ko dapat berapa?" tauke kedai tu tanya budak budak tu.Lantas dengan selamba budak tu jawab "4..2 failed.yg lain lulus". Orang tu tanya balik " Apa 4?". Rupanya 4 tu benda yang credit tapi bukan A lah yang pasti..then blah blah blah lagi, tak rasa cuak pun budak tu. Tauke tu cam cam dia perli lagi.

Lalu seorang makciklah bersama anaknya pula, tauke tu tanya lagi "Berapa?". Selamba jawab makcik tu 5 tapi dia nangis..5 tu plak represent 5A..budak tu frust sebab dia target lagi banyak A. Budak budak yang lain kenal tapi tak tegur pun, bisik bisik je result budak pandai tu.. mungkin budak pandai dan kurang pandai tak bercampur sangat kut? Entahlah..

So begitulah drama tengah hari tadi..my point??

Bagi aku pendidikan memang penting, bukan sampai sekolah je..sampai nak mampus pun boleh je kita terus belajar dan terus belajar. Dunia ni luas, bukan result exam cam ni je yang boleh tentukan masa depan kita.. Pada yang lulus cemerlang termasuk budak 5A tadi congratulation!! Anda baru selangkah dalam mengapai kejayaan dunia akhirat tetapi tak boleh leka..banyak lagi benda susah nak kena tempuh in future.For sure!!

Bagi yang terumbang ambing tadi, please lah jangan stop belajar.Please lah develop balik skill da minda tu, tolong nyesal dan build up balik diri. Apply lah giat mara ke, komuniti ke..kolej ke. Keluar sikit dari zon selesa ni..18 tahun dah kan.

Aku ada ramai kawan kawan macam ni, nak stop belajar sebab rasa diri tak sesuai belajar..nak kerja yeye.In the end, sampai umur 30 tahun still minta duit dekat parent. Kerja jap stop, bos marah sikit terus tak datang..Mentang mentang lah mak ayah support gak kereta moto sebab sayang..nak buli mak ayah sampai diaorang mati ke?? Bagi aku diorang ni hati memang dah keras dan terlalu manja, tak makan nasihat, ikut nafsu diri sendiri je. Mak ayah pun dah sampai umur ni baru nak menyesal. Maka konflik pun bermula..

Sekali lagi, ilmu ni luas, dunia dan akhirat..janganlah leka dengan hiburan je.. Sila sila review balik ability diri sendiri, kemampuan mak ayah, untuk future kita dan masa depan kita. Allah taala dah tetapkan rezeki kita tu betul, tetapi bergantung pada manusia tu sendiri, berusaha dan doa lebih, insyallah Allah bagi rezeki lebih dan mulia untuk kita juga.


Myself

Suka aku tulis panjang panjang. Hehe. Part of me. Well I'm kind of intelligent species. So most of the result exam bagus lah juga. Mungkin bogok bogok sikit untuk subjek bahasa tapi paling cikai pun B lah. In term of reward, mak ayah aku tak pernah reward apa apa pun kalau bagus camne sekalipun. Rasa sedih jugalah sebab tak macam kebanyakkan orang lain. Lagipun aku je ada special brain compared to my sibling.Hehe. In the end aku sedar yang diorang dah bagi pun reward yang lebih cukup sepanjang hidup aku dan adik beradik aku yang lain....tak abaikan kami dan masa depan kami. Sanggup kebulur untuk tampung belajar kami dekat mana mana tempat pun yang sudi terima kami..JUST NEVER SAY LANTAKLAH dekat anak anak kita..guide them please. Walaupun dah besar tetapi mereka masih boleh dibentuk.

Comments