Bab 2 - Erti Sempurna (Persaingan)

Persaingan

"If you dont believe me, you wait till weekend"

Kata kata ini terngiang ngiang di telinga Farah. Walaupun dua hari sudah pun berlalu, Farah masih geram dengan kata kata Wawa. Ingin sangat dia bertemu dengan kekasih makciknya itu. Dia ingin melihat dengan matanya sendiri apa kelebihan yang ada pada kekasih makciknya itu.

Sudah menjadi lumrah manusia, kegembiran Wawa membangkitkan rasa cemburu dihati Farah. Walaupun mereka berkawan baik, mereka sentiasa bersaing untuk terbaik. Bukannya Farah ingin menjatuhkan Wawa, mungkin sikap kebudakan kebudakannya masih ada ditambah pula dengan sedikit cemburu, dia ingin mengusik kembali Wawa.

Malam sabtu minggu tersebut, Wawa sibuk menyediakan juadah bersama ibunya. Juadah hari itu agak istimewa dengan menu utama siakap masak tiga rasa yang dimasak sendiri oleh Wawa. Semuanya adalah untuk buah hatinya. Keluarga Wawa pun sememangnya tidak kisah untuk mengabulkan sebarang hasrat Wawa. Apa sahaja yang dipinta pasti keluarganya akan cuba tunaikan tanpa sebarang halangan.

Farah cuma tolong-tolong biasa sahaja kerana dipinta oleh Wawa. Wawa mahu kebanyakkan hidangan hari ni dari air tangannya. Dia juga takut takut Akher tersalah puji hidangan makanan jika Farah turut sama menghasilkan juadah itu.

Waktu yang ditunggu tungu sudah tiba. Sebuah kereta Honda Civic model FD 2.0L parking dihadapan rumah mereka. Wawa menjemput kekasihnya dengan penuh keterujaan. Farah pun turut berada di depan pagar bersama ibunya. Akher tiba berseorangan sambil menjinjing buah tangan. Dia bersalam salaman dengan ibu Wawa dan kemudian diperkenalkan pada seluruh keluarga Wawa.

Pada masa yang sama, Farah hanya memerhati sahaja kekasih makciknya itu. Dia akui ketampanan Akher di dalam hatinya tetapi dengan hanya wajah belum tentu sempurna. Dia sering kali merasakan lelaki handsome dan berkereta mewah diwaktu muda ini selalunya playboy atau anak orang kaya yang tidak pandai berusaha; hanya bermanja dan bergantung pada orang lain sahaja.

Apa apa pun dia hanya membiarkan apa yang terlintas dihatinya untuk diri sendiri sahaja. Sedikit masa lagi belang lelaki ini pasti terbongkar juga.

Akher duduk diruang tamu sambil diteman bapa Farah. Dia bertemu ramah tentang latar belakang keluarga berserta beberapa perkara semasa. Dari sudut kimia, hubungan Akher bersama bapa Farah boleh dikatakan serasi walaupun hanya beberapa minit berjumpa. Jika ditakdirkan jodoh mereka panjang, mereka akan menjadi adik beradik ipar.

Keserasian itu menjadi rancak setelah Akher mengenali datuk Wawa, Dato Hasan Omar yang merupakan Yang Berhormat era 70 an untuk daerah mereka menetap. Tidak ramai anak muda yang memiliki pengetahuan sedemikian. Akher juga berasa kagum terhadap keluarga Wawa kerana merasakan mereka dari keturunan yang mulia.

Wawa memandang dari jauh di tepi pintu dapur. Seronok dia melihat perbualan rancak abang iparnya dengan buah hatinya. Dia pun sudah tersenyum senyum malu apabila ibunya dan kakaknya mengusiknya. Mereka seolah olah menerima kehadiran Akher dalam hidup Wawa walau sekadar beberapa minit berjumpa.

Farah juga ada memerli Wawa dua tiga kali setelah melihat Wawa berhenti dua tiga kali dari menyudahkan persiapan makan malam. Setelah makan malam sempurna di atas meja, mereka sekeluarga duduk bersama. Akher mengetuai bacaan doa makan tanpa disuruh. Lagi bertambah pujian dilemparkan dan dicurahkan kepada Akher dan Wawa.

Memang lumrah manusia tertarik pada kecantikan dan kesempurnaan. Lelaki seperti Akher dikurniakan Tuhan dengan berbagai keistimewàan yang lebih dari kebanyakkan orang. Terlalu senang Akher menawan hati keluarga besar Wawa.

Abang iparnya juga yang selalunya tidak banyak bercakap hari ni menjadi peramah. Mungkin senang hati mendapat kawan baru, lebih lebih lagi dia lelaki dewasa tunggal sekarang untuk keluarga Wawa. Walaupun berbeza umur belasan tahun, itu tidak menjadi masalah kerana Akher sememangnya matang jauh dari sahabat seusianya.

Malam itu, suasana sangat ceria. Lebih lebih lagi Wawa. Hanya Farah yang duduk tersepi bersama dengan adik adiknya walaupun bersama sama dimeja makan itu. Dia hanya mendengar dan memerhati gelagat keluarganya yang lain. Meluat juga hatinya apabila sering mendengar pujian berulang kali.

"Sekarang ni Akher duduk dengan family la kan. Family semua sihat?" Tanya ibu Wawa.

Wawa tergamam, dia tahu Akher anak yatim sepertinya juga. Cepat cepat dia menjawab untuk pihak Akher.

"Umi..Akher sebenarnya senasib dengan kita. Akher jadi anak yatim lepas SPM."

"Sekarang ni Akher lah yang jaga ibunya dan adik adiknya." Sambung Wawa lagi.

"Maafkan Auntie ye Akher. Tak sangka senasib dengan Auntie sekeluarga." Jawab ibu Akher.

Akher tersenyum dan memberitahu dia tidak ambil hati. Walaupun perasaan rindu terhadap arwah ayahnya terbangkit tetapi tidak menjadi kesalahan pun untuk mereka bertanya.

Pertanyaan soal keluarga terus terhenti. Mungkin tidak mahu membangkitkan emosi sesiapa untuk kali pertama berjumpa. Farah pula terbayang bayang pelbagai perkara negatif tentang kemewahan yang dimilik Akher sekarang. Honda Civic FD itu mungkin kepunyaan arwah ayahnya. Akher cuma mengambil kesempatan dengan ketiadaan ayahnya.

Tiba tiba terpancul soalan dari ayahnya tepat dengan isi hati Farah.

"So you sekarang bawa kereta arwah ayah pergi study ke." Soal ayahnya.

Tiada niat buruk pun dari ayah Farah. Cuma mungkin kerana kereta sedemikian menarik perhatian orang lebih lebih lagi untuk orang yang berstatus pelajar.

"Tak lah bang, kereta ni saya beli sendiri. Adalah rezeki lebih sedikit" jawab Akher.
Wawa pun mencelah "Akher ni pandai cari duit ni, duit hantaran pun dah ready"

Tersenyum lebar senyuman Wawa sebelum diperli habis habisan dari keluarganya. Wawa boleh terlepas cakap kerana terlalu teruja. Akher pun sudah malu malu. Wawa kemudian terus menafikan perkara lain bagi menutup ketelanjuran mulutnya. Belum sampai masanya untuk menceritakan perkara wang atm itu.

Dalam hati Akher, walaupun malu, dia seronok melihat Wawa yang kalut waktu itu. Dia merasakan Wawa menjadi lebih comel apabila berada di dalam keadaan yang cemas. Rasa kebahagian mula terdetik detik dihati Akher berada disamping keluarga Wawa walaupun hanya beberapa jam.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Wawa masih tersenyum keseorangan di dalam biliknya sambil membelek belek kad atm pemberian Akher. Berkali kali dia mencium kad itu dengan setiap aksi lain lain.Rindu sangat dia pada Akher malam itu walau baru sahaja bertemu. ingin sahaja dia menelefon Akher tetapi bimbang Akher sibuk. Akher pun memang bukan jenis hendak ber sms pula kalau telah sibuk dengan kerja.

Farah pula berpusing pusing di atas katil untuk mencari posisi tidur yang baik. Entah kenapa malam itu terasa panas walaupun aircond telah dipasang seperti biasa. Dia mula mempersoalkan kenapa moodnya atau hormonnya bercelaru hari ni. Mungkinkah sebab kedatangan kekasih makciknya itu.

Pada mulanya Farah memang cuba menepis perasaan itu tetapi makin lama dia mengakui juga. Dia terasa Wawa sekarang berjaya mengejeknya. Wawa akan jadi orang penting serta merta di dalam rumah. Semua orang akan mendengar permintaan Wawa lebih dari dirinya.Semuanya kerana ‘Mr Perfect Man’ itu.

Mungkin kita sebagai manusia tidak ingin terbawa bawa perkara remeh temeh seperti ini, tetapi syaitan sentiasa memulakan bisikan hasutan di luar jangkaan kita. Jika kita tidak menepis hasutan syaitan ini dari awal, pasti lama lama ia akan berkembang menjadi sesuatu diluar kawalan.

Setalah sekian lama berusaha untuk tidur tetapi tidak berjaya. Farah putus asa lalu membuka ipadnya. Kebetulan pula esok hari minggu, tidak apa untuk tidur lambat sedikit. Bolehlah dia berfacebook sedikit. Rasa ingin juga meluahkan perasaan meluat dia didalam facebook atau blog tetapi takut diperasan Wawa.

Ketika Farah sedang mengskrol facebook, tiba tiba terpancul chat box dengan nama Jefry.

"Em sibuk je Jefry ni" bisik hati Farah.dia tahu Jefry adalah pelajar sekolahnya yang berada di dalam tingkatan 6. Walaupun Jefry boleh dikatakan mempunyai wajah good looking dan anak orang kaya, Farah tidak pernah berkenan untuk berkawan dengannya.

"Hi Farah..tak tidur lagi?" Tanya Jefry.
"Belum.." Malas malas Farah menjawab.

"Jom awak saya belanja wayang, then kita makan makan" Jefry terus sahaja bertanya. Dia tahu jika dia tidak teruskan sahaja, Farah akan memberi alasan mengantuk atau apa sahaja untuk mematikan perbualan.

Ini juga bukan kali pertama Jefry mengajak Farah keluar. Dia begitu geram kerana sentiasa ditolak pelawaannya oleh Farah. Baginya dia hendak pastikan gadis secantik Farah mengikutinya seumur hidup. Dia sanggup keluarkan apa sahaja bagi memancing Farah dan tidak pernah putus asa.

Tidak diduga Farah membalas "Nak makan, wayang kat mana? Susahlah nak suruh papa i hantar untuk lepak dengan boy"

Inilah respon positif yang ditunggu tunggu oleh Jefry. Oleh kerana Farah selalu menolaknya terus. Dia tidak boleh menggunakan senjata rahsianya.

"I baru beli Range Rover, ingat nak suruh you first person rasmikan seat sebelah tu" jawab Jefry dengan bangganya.

"Wah special nya i nak rasmi-rasmi kereta orang lak, parent you kan ada," jawab Farah.

"Parent i dah rasmikan pun, maksud i orang luar yang i anggap special sangat"

Mula mula memang agak keberatan juga untuk Farah melayan borak dengan Jefry, tetapi semakin lama Farah pula ingin mengambil kesempatan semata mata ingin bersaing dengan Wawa.

Jefry juga bijak mengambil kesempatan dengan melabur apa sahaja harta benda demi keluar dengan Farah. Dia inginkan Farah menjadi salah seorang perempuan yang akan tunduk padanya. Inilah koleksi peribadi kebangaannya. Dikelilingi perempuan cantik sempurna.

Ketika ini Farah memang sedar belang buaya si Jefry. Tetapi dia yakin mampu menundukkannya. Jefry pula telah meyakinkan bahawa dia mampu menjadi sekaya ini menerusi perniagaannya sendiri. Dia tidak pernah berharap kekayaan ayahnya membataskan pendiriannya untuk berdikari.

"Pucuk dipinta, ulam mendatang, sekejap je Wawa aku kick boyfriend ko jauh-jauh" fikir Farah ketika ini sambil tersenyum nakal.

"Deal, so you amik i ye sabtu ni" Farah meminta kepastian terakhir.

"Baiklah awak, saya janji yang terbaik minggu ni, moga moga awak boleh terima saya sebagai sahabat" berhati hati susunan ayat diatur Jefry bagi tidak menunjukkan kegelojohannya sebelum mengucapkan selamat malam. Hakikatnya dia melompat lompat macam orang gila di dalam biliknya itu. Sempat pula dia melunaskan keinginan nafsunya sedikit didepan pc dengan membayangkan wajah Farah.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Hari yang dijanjikan telah tiba, Farah sedang bersiap sedia. Wawa juga begitu juga. Dia telah menyahut cabaran Farah untuk membandingkan pilihan siapa yang paling sempurna.

Mula mulanya Wawa agak risau juga untuk mengajak Akher keluar bersama tetapi tak sangka Akher setuju. Mungkin Akher sudah mula senang dengan keluarga Wawa. Akher tidak mengetahui langsung rancangan mereka sekeluarga untuk bersaing, mungkin hanya untuk merapatkan silaturahim sahaja.

Wawa menjadi sedikit resah ketika itu, bukan hanya dia risaukan tidak memberitahu Akher perkara sebenar tetapi dia juga takut jika maruah Akher tercalar dengan pelajar sekolah. Dua tiga hari ni pula, mereka saling usik mengusik siapa lebih hebat. Tentu sekali dia tidak mahu dirinya juga tewas pada Farah.

Akher telah muncul sejam lebih awal dari masa yang dijanjikan. Sempat juga dia berbual dengan bakal abang iparnya dan bersarapan makanan yang berlebihan pagi tadi.

Seperti yang dijanjikan, sebuah Range Rover model Evoque berwarna putih tiba di depan rumah Farah dan Wawa. Kereta itu telah dimodifikasi dengan rim yang lebih besar. Agak gelap tinted yang dikenakan pada setiap cermin.

Melihat kedatangan Jefry, Farah terus tergesa gesa hendak keluar tanpa mengajak Jefry masuk. Dia tidak mahu memperkenalkan Jefry pada keluarganya kerana tidak mahu terkoncoh-koncoh. Dia juga memberi alasan Jefry hanya kawan dan memperli Wawa sudah gatal nak kahwin walaupun masih belajar. Jefry juga tidak pandai menunjukkan gaya tertib seorang melayu. Dia juga tidak tahu apa apa pun tentang persaingan, cuma setuju sahaja untuk keluar berempat.

Mereka menaiki kereta berasingan dengan destinasi pertama sebuah restoran yang agak kelas. Semuanya mengikut rancangan Jefry. Jefry ingin menjadikan hari ini istimewa dan terbaik demi membuatkan Farah jatuh hati padanya. Mula mula dia agak kesah untuk membelanja sekali Akher dan Wawa tetapi terpaksalah demi menjaga air mukanya.

Dalam perjalanan, Jefry memandu laju, terpaksalah Akher mengikutinya selaju itu kerana tidak mahu tersesat. Setibanya di persimpangan restoran tersebut, jalannya menjadi sempit dan hanya membenarkan sebuah kereta masuk ke kawasan parking kerana dibatasi longkang besar.

Jefry yang melulu masuk tiba tiba terlanggar bucu pembahagi jalan. Nasib baik hanya tayar yang melanggar bucu itu. Tayar itu terus naik dan jatuh semula. Farah menjerit saat kereta itu terlanggar dan memarahi Jefry kerana tidak membawa kereta dengan baik.

"Rileklah Farah, kereta i ni memang untuk masuk hutan nya. I memang suka challenging punya landscape ni" ujar Jefry sambil ketawa.

"Okay fine, i tahulah kereta you ni besar, mahal tapi i sakit lah tadi bergoyang goyang, takut lah jadi apa apa" meleter Farah didalam kereta tanpa dihiraukan Jefry.

Selepas itu Akher dan Wawa tiba. Rupanya mereka juga perasan kemalangan kecil itu. Dia yang belum berkenalan dengan Jefry terus bersalaman dan menegurnya.

"Kereta okay ke? Tadi nampak langgar divider"

Terasa di tegur dan mungkin malu, Jefry membalas " Takpelah kereta saya, suka hatilah nak langgar apa pun"

Akher hanya mengiya iyakan sahaja dan malas membalas apa apa setelah melihat reaksi Jefry yang agak emosi. Farah mulai rasa rimas sedikit dengan Jefry yang nyata sukar ditegur dan menerima kata kata orang lain. Cuma dia tidak mahu merosakkan suasana itu, lebih lebih lagi ego yang dipertaruhkan.

Sambil menunggu hidangan yang dipesan, mereka kesemua kelu untuk mulakan berbicara. Mereka juga tidak sama usia dan agak susah untuk mencari topik sesuai untuk dibualkan. Akhirnya Akher memecah kebuntuan dengan bertanya pada Jefry.

"You pakai kereta mahal kerja apa ye, hebat lah you ni kan" ujar Akher yang nampaknya masih berkenan dengan kereta Jefry itu.

"I buka bussines la, kalau kerja dengan orang 10 tahun pun tak dapat cari down payment" jawab Jefry yang rasanya dah tak fikir apa apa lagi. Memang sifatnya yang selalu meninggi diri telah kelihatan sekarang.

"Eh, you bukan sekolah lagi ke? Bussiness apa? Susah nak bahagi masa tu" tambah Wawa. Perbualan pula sudah menjadi rancak.

"Well bussiness sekarang ni dah tak perlu susah susah dah. Yang penting awal awal tu kita kena strunggle sikit lah" tambah Jefry.

Farah pula tiba tiba menjadi risau. Di fikirannya janganlah bussiness bukan bukan. Dia pun tidak banyak menyiasat latar belakang Jefry sedalam dalamnya.

"Hebat lah you ni, sesuai lah untuk Farah ye" balas Akher yang sememangnya ingin memulakan komunikasi dengan Farah dari dulu lagi.

Senyum kambing Farah tanpa membalas apa apa.

"Eh I ni dengan siapa siapa pun sesuai" tambah Jefry yang seolah olah terlupa tujuan asalnya untuk menambat hati Farah.

Rasa nak muntah juga Farah mendengar kata kata Jefry, agak berlainan dari tingkah laku semasa di dalam internet.

"Wah business apa tu? Takde nak amik sharing partner ke?" Tanya Akher.

Terdiam sebentar si Jefry. Beberapa saat kemudian dia berkata.

"Berminat ke? Modal 50k ada?" Dengan sedikit nada sinis.

"Banyak tu, ini untuk apa ni? Boleh gak kalau profit lebat camtu..muda-muda dah pakai keta bagak" Seperti biasa Akher memang suka meneka.

Niat Jefry ketika itu yang untuk mengambil hati Farah telah bertukar terus setelah mendengar kesunnguhan Akher bertanya. Baginya Akher mungkin boleh menjadi prospek yang baik memandangkan Akher juga berkereta mewah dengan usia yang masih muda.

"Kalau you interested, you boleh join under I. Petang ni boleh je datang ofis I" jawab Jefry yang sedikit terburu buru.

"Join you, product apa you jual?" Tanya Akher yang masih belum dapat meneka.

"Em product tak penting, yang penting ada kawan kawan. Pandai lah aku adjust nanti." jawab Jefry dengan yakin.

"MLM ke!" Serentak mereka bertiga bertanya. Mata Farah paling jelas terbeliak. Mimpi ngerinya mungkin telah menjadi kenyataan.

"Hello..tak main la MLM. Kitaorang punya sistem much better than MLM. Orang bodoh je masuk MLM." Bersunguh Jefry menerangkan. Dia masih yakin perniagaannya dapat dijual kepada mereka bertiga.

Jefry menerangkan panjang lebar tentang bisnesnya. Walaupun sering dinafikan sistem perniagaannya berasaskan MLM tetapi Jefry tidak dapat menafikan perlu mencari orang bawahan. Dia berkali kali memberitahu Akher bahawa dia hanya perlu goyang kaki sahaja sekiranya bermodalkan 50k. Jefry berjanji hanya dia sahaja yang akan membantu Akher.

Hakikatnya, mereka bertiga memang sedar perniagaan ini tetap berunsurkan MLM. Mereka cuba mengelak topik ini berkali kali tetapi ada sahaja benda Jefry cuba kaitkan dengan perniagaanya.

Apabila ditanya perkara berkaitan produk, berkali kali Jefry memberitahu produk tidak penting tanpa menerangkan apa info info tentangnya. Memang dia tidak tahu apa apa pun perkara berkaitan produk kerana produk yang ada selalu digunakan untuk mengaburi mata pihak tertentu sahaja. Apa yang mereka perlu adalah wang modal downline sahaja.

Farah terasa malu sangat. Patutlah dia terasa tidak sedap hati beberapa hari ni. Dia memang dalam dilema sama ada untuk meneruskan dating ini tetapi dalam masa yang sama tidak mahu mengalah. Rasa sungguh menyesal kerana tidak siasat latar belakang Jefry sebetulnya sebelum berjanji. Lagipun dia tidak berminat pun akan Jefry, hanya untuk mempermainkan Wawa dan Akher sahaja.

Akher pula berkali kali berdolak dalik pelawaan Jefry. Akhernya dia memberitahu Jefry bahawa dia tiada modal sebesar tu. Jefry agak kecewa tetapi dia masih mempromosi pakej lain yang bermodalkan separuh dari asal. Kesudahnya , Akher berterus terang tidak berminat langsung.

Merah padam muka Jefry. Farah pun sama. Bagi Farah, perniagaan berasakan MLM ni tidak bertahan lama. Lagi lagi sistem MLM yang hanya berasaskan modal sahaja. Suatu hari nanti pasti perniagaan ini diusik oleh pihak berkuasa. Bertambah marah Jefry bila diberitahu sedemikian. Jefry tetap yakin bahawa perniagaan ini berlesen dan sah.

"Jom kita pergi tempat lain lepas ni Farah, you dengan I je" pinta Jefry yang pada masa ini sudah meluat dengan Akher dan Wawa.

"Eh, suka hati kau je ye. Is no Farah" bantah Wawa yang merisaukan anak buahnya lagi lagi bersama dengan orang seperti Jefry. Wawa sedar Jefry berada dalam keadaan marah-marah selepas gagal memujuk Akher.

"Takpelah kak, Farah ikut Jefry dulu" entah kenapa Farah bercakap demikian walaupun dia sendiri berasa sudah tidak selesa dengan Jefry.

Tidak lama kemudian, mereka beredar dari restoran tersebut. Akher tetap bersalaman dengan Jefry serta berdoa ke atas peniagaannya.

Wawa hanya membiarkan Farah menaiki kereta tersebut bersama Jefry. Waktu ini dia tidak memikirkan soal persaingan lagi. Dia hanya memikirkan keselamatan Farah sahaja. Dia tahu Farah memang seorang yang bijak untuk mengawal diri tetapi apa apa pun boleh terjadi. Nasib Akher menenangkan hatinya. Akher menasihati Farah untuk sentiasa memberitahu lokasi.

Sewaktu Jefry mengundur kereta. Dia merasakan ada sesuatu yang menghalang tayar keretanya bergerak lancar. Dia turun untuk memeriksa keretanya sambil diperhatikan Akher dan Wawa yang masih berdiri didepan mereka.

"Damm! Apa yang suwey sangat hari ni!" teriak Jefry.

Rupa rupanya tayar keretanya pecah akibat pelanggaran sebelum masuk simpang restoran tadi. Muka Jefry menjadi kelu dan agak cemas. Pada mulanya dia ingin terus memandu tetapi ditegur Farah untuk menukar tayar ganti.

Reaksi Jefry seperti dalam kebinggungan. Dia tidak tahu letaknya tayar ganti dalam kereta tersebut. Hanya selepas Akher bertindak sendirian dan menjumpai tayar itu, baru dia hendak menunjuk nunjuk.

Peluh mula membasahi dahi kepalanya. Jefry berpesan kepada Akher tidak payah menolongnya dan minta mereka beredar tetapi mereka enggan selagi Farah masih di situ.

Terkial kial Jefry cuba membuka tayar itu sampai arah membuka nat pun salah dan memaksa Akher menegurnya.

Tiba tiba sebuah kereta kancil meluru masuk dan berhenti depan mereka.

"Eh, ayah" teriak Jefry. Dia tiba tiba cuba untuk menyembunyikan peralatan membuka tayarnya ke bawah kereta.

Seorang pakcik lengkap berpakaian kot keluar dari kereta itu dan terus berkata "Bodoh punya anak, aku dah kata hari ini aku ada meeting, yang kau bawa kereta aku ni buat apa." Marah sekali nada pakcik itu.

"Tak ada yah. Jep tak dengar pun semalam ayah cakap" balas Jefry yang sudah agak takut takut.

Rupa rupanya lelaki itu adalah ayah Jefry. Jefry curi curi mengunakan kereta baru ayahnya untuk menunjuk kepada Farah.

Farah telah malu besar kali ini. Dia tidak sangka lelaki ini bukan hanya bodoh sombong tetapi penipu besar. Dia pula telah beberapa kali menghebahkan kemewahan diperoleh Jefry diusahakan dari titik peluhnya. Langsung dia tak sangka ditipu bulat bulat oleh Jefry.

Wawa hanya tersenyum. Puas hati dia melihat budak poyo sebegini rupa dimarahi ayahnya. Lebih lebih lagi dia telah mendapat kemenangan bermakna kali ini. Dalam diam, Farah terperasan senyuman sinis Wawa. Makin bertambah malu dibuatnya.

"Ya Allah. Apa ko buat dekat keta ayah!" Terkejut ayah Jefry melihat tayarnya pancit.

"Aku beli kancil ni suruh kau pakai, kau kerja nak belagak je pandai" bertambah tinggi nada ayahnya.

"Diaorang suh jep bawa ayah, jep nak pinjam sekejap je" Jefry mencipta alasan untuk menyelamatkan dirinya.

Berderau darah Farah mendengarnya. Tajam penglihatan menuju ke muka Jefry.

Tidak berfikir panjang ayah Jefry terus memarahi mereka bertiga "Suka-suka korang je naik kereta aku, dah kalau pecah siapa nak ganti, satu tayar beribu. Korang ada duit ke nak ganti. Aku ni nak pergi kerja dah su.."

"Stop!!"

Semua mata memandang tepat kepada Farah yang tiba tiba menjerit.

"Pakcik jangan nak marah kami. Dia yang tipu saya kata ini kereta dia, dia melulu masuk simpang tadi sampai langgar bucu" jelas Farah yang sudah tidak tahan dengan perangai mereka anak beranak.

"Apa kau langgar bucu" ayah Jefry terus meluru ke arah tayarnya sambil menolak Jefry.

"Ini pecah ni, bukan pancit..siapa nak ganti sekarang" hampir terkeluar air matanya melihat nasib yang menimpa keretanya.

"Suruh lah dia ganti, bisnes MLM dia kan mantap. Lagipun dia yang bawa dan langgar" jawab Farah tanpa ada rasa takut takut.

Seakan teringat sesuatu, ayah Jefry terus berteriak. "Hah, mana 50 ribu aku. Kata bulan bulan nak letak 20 ribu sampai setahun, dah enam bulan kau pinjam satu sen tak bayar"

Satu satu pembohongan terbongkar. Wawa sudah tidak dapat menahan ketawa lantas meninggalkan ruang tersebut ke kereta Akher. Akher pun yang masih terpinga pinga berlalu perlahan lahan mengikuti Wawa.

"Pakcik saya nak balik, nasib duit kami tak kena tipu macam pakcik" laser mulut Farah kali ini sebelum berlalu pergi.

Air mata Jefry bercucuran sambil meminta maaf pada ayahnya. Ayahnya menjadi serba tidak keruan sambil berkali kali menendang tayarnya. Sesekali menolak anaknya bila Jefry cuba mendekatinya.

"Jangan harap aku nak hantar korang balik! Repair dulu kereta aku ni."jerit ayah Jefry yang masih menyalahkan mereka bertiga.

"Sorry. Memang kami tak naik kereta kami sendiri pun" sambil membuka pintu kereta Akher dan duduk dibelakang.

Mereka meninggalkan anak beranak itu bersendirian kerana sudah meluat melayan karenahnya. Kedua duanya memang layak menerima nasib sedemikian disebabkan mereka memang jenis yang sombong dan tidak menghormati orang lain.

Akher dan Wawa tergelak gelak mEmbahan Jefry setelah mengetahui sifat sebenarnya. Farah pun turut sama membahan tetapi hanya untuk menutup perasaan malunya terhadap Wawa. Mungkin di dalam hati Wawa tidak terasa sangat kemenangan ini tetapi Farah lain.

Kata kata Wawa tiba tiba bermain di dalam minda Farah " Adik dah kalah". Bisikan itu kedengaran berulang kali sehingga Farah hilang fokus beberapa ketika. Akher dan Wawa berkali kali mengulangi soalan terhadap Farah akibat dari kehilangan fokus tersebut.

Akher sempat juga menasihati Farah untuk fokus pada pelajaran dulu dan tidak perlu tergesa gesa memikirkan soal jodoh melainkan telah jumpa yang telah sempurna di matanya. Itu pun perlu meletakkan batasnya supaya kita boleh fokus untuk berjaya sebelum memikirkan soal perasaan. Namun kata kata Akher ini diambil negatif oleh Farah seolah olah mereka hanya ingin memerlinya sahaja.

Selepas itu, Farah menemani Akher dan Wawa berjalan jalan bersama. Walaupun perasaan tidak puas hati masih ada dia tidak mahu menyusahkan mereka untuk menghantarnya pulang. Dalam masa yang sama dia sering memerhatikan tingkah laku Akher.

Dia faham kenapa lelaki seperti Akher ini digilai ramai wanita termasuk Wawa disebabkan paras rupa dan sedikit kemewahan cuma dia agak pasti lelaki seperti ini pasti tidak akan setia pada yang satu. Dari satu sudut lain, Farah nampak Akher juga sangat matang dan tidak mengambil kesempatan. Serius tetapi senang untuk dirapati.

Di suatu tempat yang lain, pelanggan ayah Jefry tidak berminat dengan skim pelaburannya kerana tidak yakin disebabkan dia memandu kancil pada petang tersebut. Akhirnya dia menjualkan kereta kancil itu untuk mengantikan tayar keretanya menyebabkan Jefry menaiki bas setiap hari untuk ke sekolah.

Comments