Antara Pesimistik dan Optimistik

Sebagai manusia biasa, rasanya memang lumrah cabaran tu datang tak kira usia, pangkat, agama, bangsa..tapi cabaran dan dugaan ni datang dalam berbagai level sperti dijanjikan Allah taala dalam surah Al-Baqarah Ayat 286 '

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Ayat ini sememangnya penawar duka kepada hambanya yang beriman disaat putus harapan atau ditimpa musibah. Walaupun aku baru kenal ayat dan maksudnya setahun lebih dulu..tapi aku percaya janji Allah taala itu benar.

Setiap kali diduga..tak kiralah masa kecik kecik, alam persekolahan, alam pekerjaan, alam rumah tangga k aku tetap OPTOMISTIK yang aku boleh atasinya. Bagi aku jika cara ini gagal pasti akan ada plan B, plan C, plan D sebelum berjaya. Objektif aku jarang tersasar dari permulaan..Semuanya aku boleh imaging sebab aku juga seorang yang PESISMISTIK..always think the hardest situation could happen.

Sebagai contoh. Impian aku nak jadi Engineer..walaupun course aku amik dekat U menjadi bahan gurauan sedara mara (pasal diorang tak penah dengar - material science! Bajet kos lelong) So aku akan pastikan cita cita ni tercapai walaupun terpaksa across Malaysia for attend Interview yang tak menjanjikan harapan..Yup. It failed many times. I have no one untuk tolong aku obtain first professional job yg guna degree aku.. but live must go on. Aku tetap rasakan dalam 100 kali apply mesti akan ada satu dua sangkut..Usaha tangga kejayaan kan.

Sekarang ni aku sedang menempuh dugaan yang sangat berat dalam tempoh yang agak panjang. Awalnya mungkin aku OPTOMISTIK untuk atasinya, tapi makin lama setelah gagal sana sini hingga aku cuma tinggal a few option je..aku rasa tersangat lah berputus asa..Sikap PESISMISTIK aku makin terjerumus ke arah negatif. Malas dan kecewa nak usaha sekali lagi sebab aku rasa akan gagal juga akhirnya. Diri aku sebenarnya fragile & fatigue..kalau kena point dia, aku hancur.

Berbalik pada ayat Al-Quran tadi..aku yakin pasti ada kesenangan selepas kesusahan. Allah taala hanya menguji hamba hambanya yang layak menerimanya. Mungkin sebab dosa aku sendiri Allah uji aku sedemikian. Hamba mu ini Ya Allah memohon segala yang terbaik didunia dan akhirat. Mungkin dengan cara ini Allah naikkan martabat hamba hamba yang beriman. Moga moga segala impian aku dunia akhirat Allah taala tunaikan...

Antara Pesimistik dan Optimistik susah untuk aku tentukan mana yang lebih baik.Dua dua ada dalam aku punya character.I just pray my wish come true so I can cheer up one more time..

Comments