Tony Roma's + Wife's Birthday

Yeah..terbuka hati aku untuk menceritakan serba sedikit kehidupan aku. Itupun sebab ada special occasion plus a few luck yang buat aku happy. Thanks god. Wife aku pun dah ngidam nak makan Tony Roma's ni dah lama cuma was-was status halal ni. Last last hentam je lah..hoho.

So pergi la kami ke Setia Alam City Mall yang aku rasa maybe tak ramai orang. As expected, harga makanan untuk dua orang tetap akan cecah dalam RM100. Ni pun amik biasa biasa je..wife aku order half chicken BBQ dan aku lak beef ribs plus ayam sket..Sekali waiter tu cakap satu lagi set you nak apa? Wah, gila pe nak order lagi.Mana larat nak makan plus bayor. Rupa rupanya free third entree kalau order dua entree. Untung bini aku. Berkat birthday dia kut.Haha. Ni sempena labour day tapi hanya dekat The curve dan Setia City Mall sahaja. Promosi masih dijalankan sehingga 7 May 2014.


Tunggu dalam 10 minit..Starter snack pun datang dengan air..Em roti dengan cheese sos kut. Makan je lah. Memang tak makan dari pagi.


Entree


Gambar first em beef ribs + chicken tender, second burger lah..nama tak ingat.haha.tapi beef patty+ beef bacon, last half chicken BBQ..Sedap ke?? Untuk orang yang selalu tengok Masterchef Australia cam aku ni..rasa rasanya kurang sikit kut. Ayam dan daging tak soft sangat, we request for well done tapi dapat sedikit overcook..tapi burger dia fantastic. So worth it la juga :)

Service


The thing yang aku suka pasal Tony Roma's ni ialah service dia. Despite kita memang bayar 10% service charge..tapi aku rasa service dia worth it lah untuk apa kita bayar. Em dapat lah juga 3 biji mentos dan warm tissue lepas kami habis makan. Next time boleh lah datang lagi. Celebrate birthday baby lah pulak.Hehe. Ntah dapat lagi buy 2 free 1 ni next time...Bye

Comments