Ikhlas

Macam mana nak describe perkataan ihklas ni..secara jujur nya aku ada something nak share pasal perkara berkaitan dengan ikhlas ni tetapi susah nak cari mukadimahnya. To be frank, entree ni aku tulis untuk question level keikhlasan aku bila aku berbuat sesuatu benda. Aku sedaya upaya cuba mengikhlaskan segala tindakan aku, bila kita sedekah, sembahyang yang wajib atau sunat bila tolong family, belanja kawan kawan atau teman awek cun. Tetapi dalam diam hati aku mesti terdetik negatif thing yang membuatkan aku rasa keikhlasan ni hilang.

Contoh negatif yang aku boleh share, bila aku sembahyang extra, sedekah, puasa sunat, aku mengharapkan tuhan tunaikan permintaan aku, bukannya harap keredhaannya semata mata. Bila aku belanja parent mungkin aku mengharapkan mereka appreciate aku, fikir aku lebih baik compare adik beradik yang lain. Belanja kawan pula lagi lagi yang perempuan, imaginasi aku mungkin lagi lebih mengharap balasan.

Sebenar benarnya aku dah cuba untuk menjadi seiklhasan yang mungkin. Sia sia aku rasa kalau buat baik tetapi dalam masa sama berniat menanti balasa, Bagi aku semua ini mungkin mainan syaitan. Syaitan yang menghasut aku untuk berfikir sedemikian. Tapi sama ke bagi setiap orang. Memang dah lumrah sebagai manusia ke?? Normal ke kalau keadaan ini berlarutan..? Em entahlah.

Ini cerita aku nak share sebagai pengajaran untuk diri aku dan orang lain. Aku ada seorang kawan, orangnya biasa je, budi perkerti dia aku rasa baik aje cuma banyak lah gak sikap negatifnya. Sembahyang lima waktu..em jumaat je kut. Yang aku nampaklah..Aku dengan dia lebih kurang je..masing masing ada masalah atau hajat sendiri. Cuma cara mengatasi masalah itu je yang berlainan. Tuhan mungkin kurniakan aku akal so berpuluh method aku boleh fikir..dan of course doa dan ibadah menjadi pilihan wajib untuk memastikan hajat aku tertunai..Tapi member aku ni rilek je, bila dia mengharapkan sesuatu dia doa je.. ya Allah makbulkan lah permintaan aku..blah blah..aik camtu je. Suruh sembahyang macam macam alasan bagi..Tetapi akhirnya doa dia lagi masin dari aku. Banyak gak lah tuhan makbulkan doa dia sampai aku rasa dia earn lebih dari sepatutnya.Bila dia dapat lak beryeeha yeeha terlompat lompat, Alhamdulillah pun paling last dia sebut, itupun ada orang remind. Suruh sembahyang pun boleh reject lagi cakap belum bersedia.. Em rezeki masing masing kan..Jeles pun ada dapat member macam ni..

Bila aku fikir balik apa lah yang istimewa dengan budak ni, tak akan aku nak sedapkan hati aku dengan samakan dia dengan kaum yang lain yang mana Allah taala masih memberi rezeki melimpah ruah walaupun tak beriman padanya. Ish ni lagi teruk fikiran aku..Akhirnya aku temui juga apa yang dia ada, apa yang aku tak ada. keikhlasan dalam berdoa. Mungkin bila dia berdoa dia 100% berharap tuhan makbulkan doanya. Aku pula mungkin ada je was was dalam doa aku, entah kenapa kadang kadang rasa kurang yakin doa aku akan dimakbulkan Allah taala.. Maybe ini je aku kena perbaiki, kena belajar ikhlas dari dia tapi ambil yang positif je la..Insyallah member aku ni pun sedar kewajiban sembahyang ni suatu hari nanti...Mudah mudahan

Hakikatnya aku rasa aku lebih ikhlas masa kecil dulu.berdoa merayu rayu pada Allah taala siang dan malam mengharapkan Allah taala dekat dengan kita. Allah taala dah banyak tolong aku, maybe aku je yang mensyukuri nikmatnya on-off on-off pasal tu hati aku sentiasa terdetik perkara negatif dalam apa jua kebaikan yang kita buat.Allahualam.

Comments