Lailatul Qadar

Bulan Ramadan yang mulia ni aku nak share sikit lah pengalaman pengalaman aku tentang malam Lailatul Qadar ni. Aku share ni pun tiada niat apa apa pun @ takbur @ tunjuk terrer. Cuma sebahagian dari kehidupan yang pernah aku lalui. Ikhlas aku share untuk aku kembali hayati dan mungkin dapat sama sama kita belajar kembali.

Berbelas-belas tahun yang lalu (so aku masih sekolah lah) aku takdelah bernasib baik cam member member yang lain. Walaupun dah masuk sekolah menengah badan aku kecik je..(tak matured pun), physically aku memang loser. Cuma ada lah sedikit IQ itu pun tak seberapa yang boleh dibangga family, kawan kawan dah pergi jauh having fun. Aku stay alone layan macam macam konflik dalaman. Mental aku tak pernah kuat pun dan aku tak de siapa siapa untuk jadi tempat meluahkan perasaan. Semua yang aku buat cam salah dan sakit mata je orang tengok..Rasa bosan gila dengan life aku time tu. Nak je aku terminate kan..

Allah maha besar..time aku dah tak boleh terima semua dugaan ni, tuhan tanam ayat Al-Qadr dalam hati aku. Dia biarkan aku terima sebulat bulatnya kebaikan malam lailatul qadar ini. Aku banyak dengar ceramah dari TV, Ustaz ustaz dan kawan kawan bercerita berkenaan malam lailatul qadar ni. Mungkin kawan kawan aku cuma sibuk mencari pokok sujud, sejadah sujud, air sungai beku tetapi aku struggle increase kan aku punya ibadah untuk memastikan doa aku dimakbulkan kali ni.

Aku takde dengar betul betul tips untuk buat apa apa ibadah yang khusus untuk mengejar malam yang sangat mulia ni. Internet mana ada time tu..Cuma berbekalkan kertas risalah dari surau rumah aku je.. Aku cukupkan terawik aku sebulan dan sembahyang tahajud 8 rakaat pada sepuluh malam terakhir. AKu lakukan tanpa pengetahuan siapa siapa. Semuannya aku ikhlas untuk mengejar janji Allah taala. Aku berdoa beriya iya dalam setiap sujud terakhir. Dah lupa aku menangis atau tak, cuma aku tahu doa aku..Ikhlas. Aku tak minta bukan bukan, hanya perubahan dalam diri. I just want to grow up so my feeling doesn't hurt anymore. Tak senang kena buli. Just grow up cam anybody else.

Alhamdulillah doa aku dimakbulkan, sekejap je tuhan tunjuk kuasa dia. Malam tu takdelah benda benda abnormal aku tengok cuma sejuk sepoi sepoi je. Aku duduk kat luar rumah layan malam yang indah itu. Malangnya aku langsung tak ingat malam Ramadan ke berapa masa itu..(ada hikmah tersembunyi ni) Dalam masa beberapa bulan fizikal aku pun berubah, tinggi cam naik 30cm.. Tuhan pun letak aku ke tempat jauh yang lebih bagus untuk aku membesar jauh lagi matang dari sebelumnya.
Dia bagi extra lagi dari apa yang aku minta..

Sampai masa aku terlupa juga, bertahun-tahun tuhan bagi aku berada dalam zaman keemasan sampai aku lupa macam mana aku boleh panjat ke sini. Aku masih teruskan sembahyang hajat dan tahajud pada 10 malam terakhir tetapi makin lama makin ringkas dan kadang kadang amik jalan mudah je. Bila makin banyak hajat tak dipenuhi, perasaan kurang yakin, kecewa pula meresapi dengan agama Allah ni. Astaghfirullah. Kau ampunilah dosa-dosa ku yang sentiasa khayal dengan nikmat mu ini, sedangkan kau telah memberi segala galanya..

Sekali lagi tuhan beri aku kesedaran tahun ni..Aku seharusnya amik teladan kisah aku dulu untuk aku yang sekarang. Walaupun aku 100% percaya dan tahu betapa hebatnya malam mulia ini, aku tak tahu untuk berapa lama aje aku bertahan sebelum aku kembali leka. Hati dah melekat dekat dunia..

Lailatul qadar sepatutnya dikejar bukan semata mata untuk kehidupan di dunia ni tetapi seharusnya dimanfaatkan untuk akhirat. Ada berpuluh tips untuk korang kejar malam lailatul qadar ni dalam internet.. carilah sumber lain yang lagi penuh isi kandungannya. Aku menulis berdasarkan pengalaman sahaja. Aku percaya tuhan pasti bantu hamba hambanya yang mengharapkan pertolongannya. Moga moga kita semua dapat manfaat dunia akhirat pada malam turunnya Al-Quran ini yang mana lebih baik dari seribu bulan

Comments