Bab
3 - Perempuan
"Dalam sebulan ni dah tiga orang kau date, satu
pun tak lekat" tanya Zuraida kepada Farah.
"Em..well
i'm not desperate for men. Just nak main-mainkan kakak aku je" jawab Farah
sambil matanya tepat memandang ke mata Zuraida yang menanya.
"Eh,
korang please jangan fikir aku nak boyfriend sangat ye.Aku nak main-main je
tau" Farah cuba menekan kembali kenyataannya kembali sambil ketawa.
Zuraida
dan Roslin menjeling ke tangan Farah yang sibuk membalas sms wahtsapp dan chat
facebook dengan dua tiga lelaki. Mereka ketika itu berada di dalam perpustakaan
sekolah. Pada mulanya untuk menyiapkan tugasan sekolah tetapi mereka melanggar
peraturan sekolah dengan membawa smartphone dan melayari internet dengan
kemudahan wifi percuma yang disediakan.
"Ish,
cakap tak nak tapi handphone tak lepas dari tangan" usik Roslin yang sudah
memerhati perubahan Farah dalam masa sebulan.
"Kau
tak nak ke si Syuib tu, dah lah no.1 rank dalam sekolah ni, bapa dia pun
director hospital. Kaya tu." Tambah Roslin.
Ketika
itu Zuraida juga mencari sesuatu di dalam facebooknya menggunakan
smartphonenya. Rupa rupanya dia mencari facebook Syuib untuk ditunjukkan pada Farah.
Kebanyakkan gambar dimuatnaik Syuib di dalam facebooknya ketika dia berada di
luar negara serata dunia.
"Eh, korang ni promote aku si nerd ni wat
apa" perli Farah.
"Ala
tapi dia baik, hari hari suruh kami kirim salam" jawab Roslin.
"Bukan
nak promote tapi beritahu, dia ni minat kau" kilas Zuraida sambil
tersenyum.
"Tak
naklah. Langsung tak handsome!" jujur Farah yang langsung tak tertarik dengan
perwatakan Syuib.
Berdekah-dekah
Zuraida dan Roslin ketawa. Mereka tak menyangka jawapan Farah ini terlalu
jujur. Mereka ketawa sehinggakan ditegur dan dihalau dari perpustakaan.
Sememangnya
Syuib seorang pelajar yang cemerlang dan sentiasa mendapat gred paling tinggi
di sekolah. Dia juga menerima pelajar paling cemerlang untuk PMR di peringkat
negeri. Dari segi fizikal, Syuib mungkin berbadan kecil dan berwajah biasa. Mungkin
disebabkan Farah mempunyai IQ yang hebat dan juga mempunyai keluarga yang agak
berada maka dia hanya tertarik jika Syuib mempunyai fizikal yang baik juga.
Kerana
dihalau dari perpustakaan mereka pergi ke kantin untuk minum sebelum pulang ke
rumah masing-masing. Tiba tiba Syuib muncul di depan mereka sambil memegang
pinggan yang penuh dengan kuih.
"Hi
awak semua" sapa Syuib kepada mereka bertiga.
"Jemput
makan, saya belanja" tambah Syuib sambil menghulurkan sepinggan kuih
kepada mereka.
Farah
agak terkejut melihatnya Syuib yang baru sahaja dia mengutuknya. Dia tidak
pernah bercakap dengannya kerana Syuib berada di kelas yang berlainan. Lidah
farah menjadi kelu dan hanya berdiam seribu bahasa. Janggal melihat keadaan
ini, Zuraida terus menjemput Syuib duduk disebelah. Mereka terus melayan Syuib
untuk mengawal keadaan janggal ini.
Syuib
cuba mencari peluang untuk berkomunikasi dengan Farah. Niat dihatinya ingin
berterus terang mengajaknya keluar tetapi dia berasa segan dengan Roslin dan Zuraida.
Respon dari Farah juga tidak lancar sperti yang diharapkan. Farah tidak mencuit
sedikit pun kuih yang dibeli oleh Syuib dengan alasan sakit perut dan tidak
selera makan.
Akhirnya
Syuib memberanikan diri mengajak mereka keluar bersama kerana takut hilang
peluang keemasan ini. Bagaimana pun, jawapan diharapkan berkecai. Farah terus
memberikan alasan sibuk dengan pelajaran dan tuisyen. Zuraida dan Roslin diam
sahaja tanda memahami keputusan Farah. Farah juga tidak mahu memberi harapan
kepada orang yang dia rasakan pasti bukan cita rasa hatinya.
Syuib
melangkah pergi tanpa menunjukkan apa apa perasaan kesal. Dia agak gembira
kerana dapat membuktikan sikap gentleman terhadap mereka bertiga. Dia juga
telah mengira peratusan kegagalan sebanyak 80% dan disebabkan itu ini bukan
kegagalan sepenuhnya. Baru sahaja dia melangkah keluar dari kantin, tiba tiba
dia terdengar suara kecoh di kantin tadi dari Farah dan kawan kawan. Dari jauh
dia cuba mengintip apa yang sedang berlaku.
"I
tak kira,I nak you bagi peluang dekat I sekali lagi" Jefry sedang menarik
narik tangan Farah untuk memaksa Farah mengikutinya keluar.
"You
gila ke Jep! I cakap jangan pegang-pegang la. Lepaskan! Teriak Farah kepada Jefry
dengan suara yang agak tinggi.
Dia
begitu marah kerana Jefry menarik narik tangannya tanpa segan silu. Roslin dan Zuraida
juga turut memukul Jefry dengan buku tetapi tidak memberi kesan padanya. Ramai
juga yang berada dikantin itu hanya berdiam diri memerhati keadaan tersebut.
Sesetengah pelajar lelaki juga bersorak memerli Jefry yang seperti sedang
meroyan.
Jefry
tidak peduli semua itu lagi. Dia hanya ingin Farah
mengikutnya hari ini tanpa destinasi tertentu. Dia tiada rancangan
apa-apa hanya mengikuti perasaannya sahaja. Dia begitu geram kerana Farah terus
mengabaikannya selepas peristiwa tayar pecah sebulan lepas.
Tiba-tiba
Farah melempang muka Jefry sekuat kuat hatinya. Geram sekali dengan sikap
biadap Jefry. Tergaman Jefry seketika. Dia merenung tepat ke mata Farah kali
ini dan kemudiannya memandang ke sekeliling. Baru dia sedari begitu ramai saksi yang melihat drama itu tadi. Akhirnya
Jefry melepaskan tangan Farah. Farah menjadi tercungap-cungap selepas bergelut
untuk melepaskan diri.
Tidak semena-mena Jefry berkata " Kalau kau orang semua nak tahu, perempuan ni tahi
kikis duit"
Kini
giliran Farah tergamam.
"Dah
la kikis duit aku belanja family dia makan besar, minta duit aku beli itu ini.
Jahanamkan Evouque aku. Blah macam itu je! Dasar perempuan kaki cukur. Tahi
duit! " puas hati Jefry dapat menghamburkan segala ketidakpuasan ketika
itu walaupun berbohong. Segala galanya kini hanya tentang maruah. Walaupun
tidak merancang tetapi bibirnya mengentapkan senyuman sinis.
"Penipu!"
Hanya itu yang mampu diluahkan Farah yang memang marah atas provokasi Jefry. Roslin
dan Zuraida juga menjadi kalut kerana tidak sangka Jefry sanggup berbohong
begitu teruk sekali. Lidah mereka menjadi kelu untuk membantu Farah walaupun
tahu Jefry hanya mereka cerita.
"Boo!.Farah
memang bangsat! Kaki cukur!" Suara herdikan ini bertambah secara
tiba-tiba, entah dari siapa pun mereka tidak sedar.
Lantas
suasana menjadi haru biru dengan pekikan memerli Farah. Ejekan bertali arus
memanggil Farah kaki cukur. Ada juga yang mengejek Farah hanya bergantung pada
wajah yang cantik tetapi seorang penipu. Jefry pula seperti telah menjadi johan
gusti. Dia mengangkat tangannya dan mengelilingi mereka bertiga sehingga menaikkan
semangat pelajar lain untuk terus mengherdik Farah. Sedikit sebanyak berjaya
juga dia mengubati maruahnya yang tercalar.
Bergenang
air mata dikelopak mata Farah. Tidak pernah sepanjang hayatnya dimalukan begitu
teruk sekali. Dia begitu marah tetapi hanya berdiri tegak mendengar segala
herdikan itu. Roslin dan Zuraida cuba mengajak Farah beredar tetapi entah
mengapa Farah bagaikan dipukau berdiri tegak. Mungkin mindanya penuh dengan
perasaan marah hinggakan dia tidak mendengar apa-apa pun perkataan yang keluar
dari mulut Roslin dan Zuraida.
Jefry
ketika itu telah mendapat idea untuk mengenakan Farah dengan lebih dahsyat. Dia
telah memegang pinggang yang masih berbaki nasi lemak yang terbiar di atas
meja. Dia juga memberi cebisan plastik atau kuih pada kawan kawan sekeliling
untuk sama sama membaling pada Farah. Keadaan menjadi semakin riuh tetapi masih
tiada siapa memulakan lontaran. Semuanya menunggu arahan dari Jefry, mungkin
masing-masing tidak mahu dipertanggungjawabkan nanti.
"Okay.
Mari baling sama ini perempuan busuk!" Teriak Jefry lalu mengangkat
pinggan itu di paras bahu.
Belum
sempat pinggan itu terlepas dari tangan Jefry, tiba tiba dia telah terbalik ke
mukanya balik. Mengelupur Jefry menahan pedih matanya dek kerana baki sambal
itu termasuk matanya. Semua orang yang berada disitu menyorok baki makanan
untuk dibaling ke Farah. Hajat mereka terbantut setelah mereka melihat kelibat
orang yang memberi bantuan terhadap Farah dan kawan kawan itu. Perlahan lahan
mereka mengundurkan kaki kebelakang dan melarikan diri.
Suasana
menjadi sepi tiba tiba. Hanya beberapa orang yang tidak terjebak dalam mengusik
Farah sahaja yang masih berada disitu.
"Siapa yang kurang ajar ni!" Teriak Jefry
yang masih mengosok gosok matanya. Dalam pandangan yang kabur dia ternampak
orang yang menghalangnya lalu menyerangnya dengan terkamam. Namun sebelum Jefry
sempat menyerang balas, satu tapak kaki telah hinggap diperutnya. Terjelir
lidahnya menahan perit senak perut.
Jefry
tercampak ke belakang membawa meja kerusi jatuh bersama. Dia mengelupur untuk
bangun semula tetapi tiba-tiba dadanya dipijak seseorang.
"Kamu bertenang dulu Jefry! Jangan nak kurang
ajar sangat!" Gertak seseorang yang sangat dikenali dan ditakuti Jefry.
Terkejut
Jefry mendengar suara itu. Dia terpaku dan tiba tiba mengigil.
"Cik..cik..cikgu
David" gagap suara Jefry menegur orang yang paling ditakutinya di dalam
sekolah.
"Kamu
nak kena buang sekolah ke! Berani kami buat kacau dekat sekolah" gertak
cikgu David lagi sambil mengalihkan kakinya. Dia merenung tepat mata Jefry
sambil bercekak pinggang dan rotan tebal ditangan.
"Bukan
saya cikgu, dia orang yang..yang usik saya..dia diaorang.." Jawab Jefry
cuba menyelamatkan dirinya. Walaubagaimanapun ada suara yang menghalangnya dari
terus berkata kata.
"Penipu
ni cikgu! Tak kan lah perempuan nak usik dia sampai level nak membaling barang.
Biar saya teranjang dia lagi cikgu." Teriak seseorang yang
bertanggungjawab menahan serangan ke atas Farah dan menghadiahkan tapak kaki ke
atas badan Jefry.
Farah
yang ketika itu masih dilindungi Roslin dan Zuraida. Dia terlepas kesemua babak
kerana memejam mata sambil saling berdakapan dengan kawan-kawannya. Hanya
selepas dia mendengar suara yang seperti dikenali, barulah dia tersedar keadaan
telah selamat dan melihat keadaan.
"Eh!"
Keliru Farah melihat keadaan itu. Hilang rasa berdebar diganti dengan persoalan
baru.
"Hero
you dah sampai, wah kacaknya" terpesona Zuraida dan Roslin yang melihat
kesemua adengan itu.
"Hero?
Siapa?" Tanya Farah.
"Siapa
lagi..abang Syuib kita la. Kau tak nampak ke dia tepis tangan jep lepas itu
teranjang dia" terang Zuraida sambil menjeling Farah. Zuraida pun tidak
pasti apa yang sempat dilihat oleh Farah. Tidak mungkin Farah tidak melihat
kesemuanya fikir Zuraida.
"Syuib!"
ringkas jawapan Farah sebelum mereka berdiam diri bagi menumpukan soal bicara
cikgu david.
Di
benak hati Farah "Ai mengapalah hero ni yang muncul
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Malam ni awak add la saya ye. Sekurang-kurangnya
saya boleh berkenalan dengan awak dengan lebih dekat. Sudi-sudi la kawan dengan
saya ye" pinta Syuib sewaktu mengakhiri pertemuan mereka petang itu.
Petang tadi, mereka
semua dibawa ke bilik guru besar untuk menjadi saksi atas kesalahan buli yang
dilakukan Jefry. Cikgu david dan Syuib menjadi saksi utama kes ini. Mereka
sebenarnya telah memerhati adegan Jefry seawal Jefry menarik -narik tangan Farah.
Perlahan-lahan mereka bergerak mendekati Jefry tanpa sebarang pakatan pada
mulanya.
Walaupun
Syuib bergerak menepis dan meneranjang Jefry atas kehendak sendiri, cikgu david
membela tindakan Syuib itu sebagai mempertahankan diri. Syuib telah dilabel
sebagai hero untuk peristiwa itu. Sebagai ketua pengawas dan anak kepada
seorang pengarah hospital, Syuib dan keluarganya banyak berbakti terhadap
sekolah. Oleh kerana itu apa yang diberitahu Syuib dipercayai oleh guru-gurunya.
Dia
telah membongkar segala pembohongan Jefry yang menyebabkan Jefry digantung 2
minggu persekolahan. Setiap perkara yang
berkaitan sebelum terjadi peristiwa hari ini dikongsi kepada Syuib sebelum dia
menjadi orang tengah untuk menyakinkan cikgu. Farah sebenarnya tidak memerlukan
sangat bantuan Syuib tetapi melakukan juga setelah melihat kesungguhan Syuib.
Hatinya tidak tersentuh langsung dengan bantuan Syuib. Lagilah dia hanya
memejam mata disaat Syuib sedang beraksi. Dia cuma takut-takut dilabel pula
sebagai kacang lupakan kulit yang telah berbudi. Lebih-lebih lagi sekiranya
kawan baik dia, Roslian dan Zuraida yang befikiran begitu.
Malam
itu setelah makan malam, Farah membuka facebooknya setelah teringat permintaan Syuib.
Terus sahaja dia membenarkan permintaan rakan facebook dari Syuib. Dia
kemudiannya membelek belek gambar dimuat naik Syuib. Walaupun tidak merasakan
apa apa, Farah ingin juga sekurang kurangnya mengenali Syuib.
"Boleh
tahan gak budak ni. Tak belagak gi oversea belagak bergambar dengan
perempuan" meluat Farah melihat gambar gambar di dalam facebook Syuib. Dia
mula merasakan Syuib seperti tipikal lelaki lain. Berasa diri handsome apabila
sering dikelilingi perempuan dan hebat apabila lebih dari orang lain.
Ini
bukanlah jenis yang dapat memikat hati Farah. Walaupun Farah ingin memiliki
kekasih yang handsome dan kaya, dia juga mestilah mempunyai budi pekerti yang
baik dan murni seperti orang biasa. Dia juga paling tidak sukakan orang yang
belagak bagus dan kaya yang hakikatnya bergantung kepada ibu bapa.
Contoh
orang yang sempurna Farah adalah seperti arwahyarham Sudirman. Baginya, Sudirman
dikurniakan bakat yang sangat istimewa dan perwatakan yang menarik hati sesiapa
pun. Walaupun dia hanya mengenali arwah sudirman melalui tv tetapi dia dapat
merasakan kemesraan Sudirman dimana mana sahaja. Tambahan pula sikap arwah yang
sering mementingkan orang lain seperti mengadakan konsert percuma semata mata
untuk menghargai peminatnya memang sentiasa menjadi ingatan. Perginya arwah
baginya terlalu awal disaat zaman keemasannya membuatkan semua orang sentiasa
merinduinya.
Bukannya
lelaki idaman Farah perlu sehebat arwahyarham Sudirman tetapi sudah memadai
jika dia mampu memukaunya dari rupa, darjatnya ataupun sifatnya yang positif
secara semulajadi. Farah sangat pandai membaca tingkah laku manusia sama ada
dilakukan secara sengaja ataupun semulajadi. Dia sangat bencikan sikap hipokrit
sesetengah manusia yang menjadi baik hanya untuk kepuasan kemahuan sendiri.
Sedang
Farah mengelamun di atas katil sambil bermain facebook, tiba tiba dia
terpandang sesuatu yang menarik perhatiannya. Darah dalam kapilari utamanya
memecut laju ke seluruh otot setelah mengenali dengan pasti apa yang
dilihatnya. Nadinya berdenyut kencang hingga bunyinya mengatasi lagu yang
dipasang di laptop. Farah tidak sangka peluang untuk mengenakan makciknya
terhidang luas.
"Kalau
dah dasar penipu, memang penipu. Hahaha. Nasib ko la Wawa" Farah berbisik
bisik sambil Ketawa besar memikirkan nasib yang akan menimpa Wawa.
"Sayang
sangat kat boyfriend kau ye. Dia sedap je peluk
dengan orang lain."
Ternyata
apa yang dilihat Farah adalah wajah Akher bersama seorang perempuan. Gambar
profil perempuan itu disamping Akher yang telah menyebabkan Farah terperasan
kewujudan mereka. Malah terdapat gambar di mana perempuan itu memeluk erat Akher
dari belakang dan gambar Akher memegang pinggang perempuan itu. Semua gambar
ini menunjukkan betapa mesranya Akher bersama perempuan ini.
Walaupun
kesemua gambar itu dimuat naik setahun yang lepas termasuk gambar profil, masih
ada yang baru menghantar komen seperti menanyakan kesihatan kekasihnya itu
dan tidak kurangnya juga memerli perempuan itu kerana telah lama tidak
mengupdate status dan aktiviti dia dan Akher. Perempuan itu hanya menjawab dia
rendah diri dan hanya menjaga privasi. Jelek dia melihat perempuan itu dan juga
Akher.
Farah
ingin meneliti lagi keseluruhan facebook perempuan itu tetapi banyak juga yang
dirahsiakan kerana masih belum menjadi rakan facebook. Dia menghantar
permintaan menjadi sahabat tetapi tiada respon. Dia hanya mengenali perempuan
ini dengan nama Juliana Hans Tiba tiba dia terfikir dari manakah gambar ini
diperoleh. Apabila disiasat barulah dia sedar hikmah kejadian petang tadi,
baginya seperti tuhan ingin menunjukkan sesuatu kepadanya. Dia tergelak sakan
keseorangan tanpa bunyi yang kuat, takut takut diperasan ahli keluarga yang
lain.
"Tak
sangka ko Syuib. Perempuan camni pun kau nak buat kakak angkat. Dah tak muhrim
bersalam salam pun kau nak upload" kumat kamit mulut Farah diselangi
ketawa kecil yang jelik melihat perbuatan mereka semua.
Syuib
berhubung dengan Juliana sebagai kawan dalam facebook dan tanpa disedari sistem
facebook mencadangkan secara automatik kawan kawan Syuib kepada Farah.
Walaubagaimana pun tiada facebook Akher dapat ditemui. Farah menganggap orang
lelaki yang tiada facebook sebenarnya lagi licik dari musang.
"Adik!
Kusyuk nampak!" Sapa Wawa secara tiba tiba selepas membuka pintu bilik Farah.
Farah
secara spontan terus menutup ipadnya dan menjemput makciknya masuk. Terkejut
juga dia melihat Wawa muncul secara tiba tiba. Terus dia menjadi kalut melayan
bicara Wawa. Tak lama kemudian Wawa pun beredar tanpa sebarang berita buruk
dari Farah.
"Uish.
Macam tahu tahu je kakak aku seorang ni. Takpe. Biar
dulu. Aku tahu lah macam mana nak perangkap buaya belang ni nanti." Ujar Farah
yang ingin merancang sesuatu demi megenakan Akher yang dianggapnya sekarang
manusia paling keji sekali.
Farah
tidak ingin memberitahu terus kepada Wawa kerana takut dia bersedih
bersendirian. Sekurang kurangnya Akher harus menanggung akibatnya yang paling
teruk. Jika dia berjaya mengenakan Akher dengan teruk, dia yakin dia juga mampu
memujuk Wawa dari kesedihan yang lama.
Malam
itu Farah tidak tidur kerana ligat memikirkan rancangan untuk menewaskan Akher.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sebulan
kemudian
"Tak
sangka dah sebulan kita berkawan kan. Rasa macam dan setahun dah" beritahu
Farah kepada Syuib.
"Aah cepat je rasa masa berlalu kan. Memang
dengan awak masa memang cemburukan kita. Tapi cam pelik je ayat.." Jawab Syuib
sambil muka berkerut memikirkan ayat Farah yang macam tidak kena tetapi dia
malas hendak panjangkan kerana ingin menjaga hati Farah.
Sepanjang
perkenalan mereka, Farah memang sentiasa bersikap berpura pura dan sakastik
dengan Syuib. Entah Syuib sedar atau tidak, dia telah menjadi pak turut. Segala
permintaan Farah dipatuhinya. Farah hanya merapati Syuib demi mengikut
rancangannya. Dari Syuib, dia mengetahui perempuan yang bernama Juliana itu
memang mempunyai hubungan dengan Akher. Syuib
juga sanggup membawa Farah berjumpa dengan kakak angkatnya itu bila-bila masa
sahaja.
"Em,
awak jadi tak esok teman saya belajar dekat taman tasik. Kakak angkat awak tu
takde masalah nak datang kan?" Soal Farah yang masih ragu-ragu.
"Dia
okay je. Cuma dia tak sangka ada orang nak interview dia. Tapi senang je saya pujuk dia" jawab Syuib.
"Ala,
awak tahulah subject english ni ada communication skill. Nasib you kenal some
one yang power english" jawab Farah yang sentiasa pandai mengambil ruang
kena pada setiap situasi.
"Takpe,
takpe saya faham. Semuanya beres" jawab Syuib sambil tersenyum.
Syuib
langsung tidak menyedari niat Farah. Baginya asalkan dia dapat memenuhi
permintaan Farah sudah cukup membuatkan dia juga bahagia.
Keesokkan
harinya tepat pada waktu dijanjikan, Farah dan Syuib telah sampai dan berteduh
di sebuah gazebo yang ada di taman tasik. Mereka sempat menjamah makanan yang
disediakan oleh Farah. Farah sangat cerewet dan berhati-hati dalam soal
makanan. Kadang-kadang dia juga ber prasangka buruk terhadap Syuib, takut-takut
dia meletakkan benda yang bukan-bukan sekiranya Syuib yang menyediakan makanan
itu.
"Eh
kenapa you tak cakap awal-awal kakak you nak join?" Tanya Syuib yang
berasa sedikit gementar untuk bertemu dengan keluarga Farah yang lain.
"I
minta dia teman. Kita ini baru lagi berkawan lebih elok kalau ramai orang kan.
Boyfriend dia pun join sekali tau." Tegas Farah kepada Syuib.
Syuib
memang tidak diberitahu tentang kehadiran Wawa dan Akher. Hanya pada pagi itu
sahaja baru Farah memberitahunya. Dengan itu, Farah berharap kakak angkat Syuib
tidak berjaya mengesan niat sebenar pertemuan itu. Dia juga tidak memberitahu
apa apa perkara tentang Juliana. Takut-takut Wawa terlepas cakap perkara ini
kepada Akher.
Semua
waktu pertemuan telah dirancang oleh Farah. Dia menyuruh Wawa dan Akher datang
setengah jam lambat dari mereka dengan alasan sarapan pagi berasingan. Dia juga
menyuruh Juliana untuk datang lebih lewat dari mereka semua. Dengan itu, Akher
pasti akan terperangkap setibanya kedatangan Juliana. Dia tidak akan mempunyai
alasan untuk pergi secara tiba-tiba setelah sudah bermanja dengan makciknya
itu.
Akhirnya
Akher dan Wawa muncul juga. Mereka bersalam-salaman dan bergurau seketika
sebelum memilih untuk melepak di gazebo bersebelahan. Ketika ini air muka Syuib
sedikit berubah.
"Ini
bukan ke pakwe kak Jue? You ingat tak i tunjuk dekat you" tanya Syuib
kepada Farah.
"Yes
Mr Syuib. I'm very aware of it." Jawab Farah selamba.
"Tapi
why awak minta mereka untuk berjumpa? Nanti i takut jadi apa-apa." Syuib menjadi
risau kerana dia beriya-iya memujuk kakak angkatnya itu. Dia menjadi serba
salah untuk mengikut kata Farah ataupun membatalkan pertemuan ini.
"You
just rilek Syuib. I just want to save your sister and my sister too."
Jawab Farah kepada Syuib. Dalam hatinya, Farah tidak pedulikan langsung
hubungan Syuib dan perempuan itu.
Semuanya
mengikut skrip Farah. Untuk mendiamkan Syuib memang tidak memerlukan sebarang
usaha. Selepas pertemuan ini selesai, dia akan berterus terang dan meminta maaf
dengan Syuib kerana mempergunakannya demi menyiasat teman lelaki kakaknya itu. Syuib
masih boleh berkawan denganya tetapi untuk keluar bersama berdua mungkin ini
kali yang terakhir.
Farah
memandang wajah Wawa yang kelihatan sangat ceria bersama kekasihnya Akher.
mereka tidak lah mengulang gaji sangat tetapi hanya berbual sambil bergurau
senda.Rasa benci meluap-luap di dalam hati Farah ketika terpandang wajah Akher.
Hari ini pasti akan jadi hari yang terakhir dia melihat Akher. Dia merancang
untuk melempang muka Akher sekurang-kurang sekali bagi memuaskan hatinya.
Akhirnya
orang yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Juliana memandu kereta Savvy berwarna
hijau meletakkan kereta berdekatan dengan gazebo Syuib. Wawa dan Akher tidak
nampak akan kehadiran Juliana kerana dihalang oleh gazebo Farah dan Syuib.
Begitu juga dengan Juliana. Dia hanya menyangka mereka bertiga sahaja. Syuib
hanya berdiri sambil berdiam. Dia tidak tahu apa sebenarnya rancangan Farah
namun dia pasti akan berlakunya pergaduhan akibat sikap curang Akher.
"Assalamualaikum
kak. Saya lah Farah yang nak interview kak ni. Thank you for coming"
sambut Farah dengan mesranya.
"Waalaikumusalam"
jawab Juliana pendek.
Juliana
sebenarnya tidak mesra dengan orang. Dia sebenarnya tidak mahu ditemuduga
tetapi selepas dipujuk oleh Syuib untuk makan Tony Roma selepas interview itu
barulah dia bersetuju.
"So
what you want to know about me?" Tanya Juliana secara terus.
"Aa..aa..em"tergagap
juga Farah ketika itu melayan sikap acuh tak acuh Juliana.
"Wait
i take my checklist first and.." Sambung Farah lagi tetapi sebelum sempat
dia menghabiskan ayatnya dia terdengar ayat yang dinantikan dari Juliana.
"What
the f**k!!" Terhembur perkataan ini dari mulut Juliana sambil memandang
tepat ke arah Akher dan Wawa.
Farah
tersenyum dalam diam melihat situasi ini tetapi berpura pura tidak mendengarnya.
Tiba tiba Juliana menoleh kebelakangan dan menuju ke arah keretanya. Syuib cuba
menenangkan Juliana tetapi ditolak serta merta sambil memanggil Syuib tak
berguna. Melihat keadaan ini, Farah terus memanggil nama kak Jue dengan kuat
bagi menarik perhatian semua orang. Pastinya situasi ini telah disedari oleh
kakaknya dan Akher yang sedang leka bercanda asmara.
Juliana
tersentak dan berdiam diri sebelum sempat membuka pintu keretanya. Dia menoleh
kembali ke arah Farah. Dan akhirnya terpaksa juga bertentang mata dengan Akher
dan Wawa yang sedang berdiri tegak.
"Eh
Juliana!" Panggil Wawa sambil dia berlari lari ke arah Juliana.
Farah
terus menjadi pelik kerana yang berlari sekarang adalah kakaknya. Sementara Akher
berjalan terus merapati mereka berdua.
"Eh
tak sangka jumpa you dekat sini? Awak sihat tak?" Tegur Wawa mesra kepada Juliana
seolah olah mereka berkawan baik.
"Eh
Wawa. Tak perasan you dekat sini." Cakap Juliana yang seperti segan dan
malu bercakap dengan Wawa.
Akher
pun berdiri berdekatan mereka dan bertanyakan kesihatan Juliana dan
keluarganya. Masih dalam segan silu, Juliana menjawab persoalan mereka berdua
dengan tersipu sipu.
"You
better explain to me right now Syuib.You said that man is her special boyfriend
right, don’t you." Tanya Farah keras ke atas Syuib.
Melihat
ketegangan yang tidak menjadi seperti apa yang dingini Farah, Syuib mulai lega
dan berkata " Diorang dah bermadu kut?"
Berderau
darah Farah mendengar kata kata Syuib yang kedengaran mengejeknya itu. Mahu
sahaja dia ingin melempang Syuib atas keceluparan mulutnya itu. Tiba tiba Juliana
dan Wawa mendekatinya dan memperkenalkan kepada adiknya Farah.
"So
awaklah yang nak interview saya ke. Kenapa tak suruh Syuib je bawa awak ke
rumah saya?" Tanya Juliana kepada Farah tetapi kali ini dengan suara yang
sedikit lembut tetapi soalannya masih keras seolah olah ingin memarahi Farah.
Farah
menjadi binggung sebentar. Berbagai bagai persoalan yang timbul mengenai status
Juliana dengan makciknya itu. Tak mungkin dia bermadu kerana itu bukannya fasa
perkahwinan. Adakah kakaknya perampas tetapi bukankah sepatutnya itu akan
mencetuskan pergaduhan yang dirancangnya.
"Dik, kenapa ni?" Tanya Wawa sambil menampar
manja pipi Farah.
"Eh
sorry. Kita nak buat apa ni?" Tanya Farah yang
masih kebinggungan.
Menyirap
darah si Juliana melihat kebinggungan si Farah. Nasib baik di bantu oleh Syuib.
Syuib tahu checklist yang dibuat oleh Farah dan memberikan. Tergagap-gagap Farah
melakukan tugasnya menemuramah Juliana. Pelik Wawa melihat sikap Farah yang sedemikian.
Dia tahu Farah sentiasa profersional dalam setiap kerjanya dan tahu Farah tidak
dapat menumpukan perhatian atas sesuatu sebab.
Selesai
temuramah itu, Juliana terus memandu
pulang ke rumahnya sambil mengingati Syuib tentang janjinya. Farah ketika itu
hanya duduk berdiam diri. Syuib cuba memujuk Farah tapi tidak berhasil. Wawa
terus bermesra dengan Akher setelah diyakinkan Farah bahawa dia sihat.
Farah
tidak dapat menerima hakikat yang Wawa berkawan dengan Juliana. Apa yang Farah
pasti Juliana dan Akher adalah pasangan kekasih tetapi keadaan ini telah
berubah sepenuhnya. Api yang berkobar kobar di jiwa Farah sebelum ini hilang
serta merta menyebabkan badannya sedikit mengigil.
Wawa
dan Akher menyambung perbualan mesra sambil mengulang kaji seperti biasa. Tiba-tiba
Wawa meletakkan kepalanya di atas riba Akher. Akher mulanya kaku tetapu
akhirnya membelai perlahan-lahan rambut halus dan wangi Wawa.
Syuib
yang melihat kemesraan Wawa dan Akher itu menjadi cemburu kerana hubungannya
tidak mesra. Tetapi setelah melihat peha Farah yang gebu lagi padat, rasa geram
pula melanda hatinya. Perlahan-lahan dia melabuhkan kepalanya ke atas riba Farah
yang sedang mengalami tamparan besar itu. Nikmat sungguh rasanya didalam hati Syuib
merasakan peha gebu dan padat Farah. Dia terasa seolah olah ditemani bidadari
syurga.
Bebanan
kepala Syuib di atas riba Farah menyebabkan dia tersentak dari mimpi buruknya
itu. Ketika itu, mata Farah dan Syuib bertentangan tetapi Syuib telah mabuk
melayan kesedapan peha gebu farah sehingga menjadi khayal. Farah yang geram
mengambil beberapa buah buku dan mengangkatnya tinggi-tinggi.
Sesaat
selepas buku itu dijunjung tinggi, barulah Wawa dan Akher menyedari adengan Syuib
dan Farah. Namun semuanya tidak mampu menyelamatkan Syuib dari menerima
saguhati pelempang buku dari Farah.
Zap!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Malam
itu Farah resah memikirkan perkara siang tadi. Akhirnya dia pergi ke bilik Wawa
untuk mencari segala jawapan. Wajah Wawa semakin berseri-seri kerana dapat
bermanja-manja dengan kekasihnya itu.
"Siapa
perempuan tadi kak?" Tanya Farah terus selepas beberapa perbualan yang
kebiasaan.
"Eh,
bukan adik yang interview dia ke tadi. Mestilah tahu lebih dari kakak."
Seloroh Wawa yang seolah-olah tidak mahu bercerita sepenuhnya.
"Syuib
cakap abang Akher tu boyfriend dia, betul ke?" Tanya Farah terus
memandangkan Wawa mahu berteka teki dengannya.
Wawa
terdiam sebelum berkata "Panjang cerita dia, adik nak dengar ke?"
Sambil
mengangguk Farah terus duduk di sebelah Wawa. Wawa nampak kesungguhan di wajah Farah.
Dia merasakan mungkin Farah tersalah faham akibat daripada cerita Syuib.
Walaupun dia tidak mengenali Syuib, sesiapa pun akan pasti tersalah faham
melihat situasi hubungan antara dia, Akher dan Juliana.
"First
time kak berkawan rapat dengan abang Akher, Juliana datang serang kakak. Dia
cakap kakak perampas. Kakak sedih sangat. Kakak ingat abang Akher menipu
kakak." Jelas Wawa.
Farah
mengangguk faham dan permulaan ceritanya sama dengan apa yang difikirkan.
"Kakak
jadi takut. So, kakak pun ambil keputusan dah tak nak berjumpa dengan abang Akher.
Tetapi bila abang Akher tahu kakak menjauhkan diri
dari dia. Dia
terus tahu mesti Juliana yang datang menyerang kakak. Masa tu kakak tak tahu
pun siapa Juliana itu. Abang Akher tak pernah bercerita pun. Mungkin dia
rasakan awal sangat" sambung Wawa lagi.
"Tak
semena-mena Akher pergi jumpa keluarga Juliana. Pada mulanya, Juliana tidak
mahu mengaku pernah berjumpa dengan kakak tetapi terpaksa mengaku setelah Akher
ingin membataskan keakraban keluarga mereka berdua. Ibu bapa Juliana juga
memujuk Akher supaya memaafkan kesilapan Juliana" jelas Wawa sebelum Farah
mencelah.
"
Habis tu, apa status dia dengan abang Akher" tanya Farah.
"Em..beginilah.
Juliana dengan Akher dan kenal seawal sekolah rendah. Mereka memang rapat sebab
Juliana tu memang dah tergila-gilakan dekat Akher. Parent dia pun sebab sayang
sangat dekat Juliana maka mereka pun terikut- ikut kemahuan dia. Dari situ
family mereka berkenal-kenalan. In the end, keluarga mereka saling tolong
menolong. Tak silap kakak, arwah ayah Akher banyak tolong mereka dari segi
repair kereta, rumah dan family Juliana pun tak pernah lupa budi baik family Akher.
Kalau mereka pergi melancong pun mesti banyak barang diorag beli untuk family Akher.
tapi.." Cerita Wawa sebelum dia berhenti seketika.
"Masa
arwah ayah Akher meninggal, Juliana datang mencium Akher. Kononnya untuk
memberi semangat. Dari situ Akher faham yang Juliana suka padanya. Nak tak nak,
dia terpaksa berterus terang menyatakan hubungan nya adalah kawan baik dan
tidak lebih dari itu. Mungkin sebab mereka berkenalan dalam usia terlalu kecil
untuk bercinta maka rasa cinta tidak pernah datang dalam hati Akher. Akher cuba
membataskan keakraban mereka kerana mereka sudah besar dan tidak elok jika
masih berterusan rapat seperti dulu."
"Lepas
tu Juliana terus mengurung dirinya dalam bilik dan menangis tidak berhenti-henti.
Family Juliana terpaksa memujuk Akher supaya tidak meninggalkannya terus.
Mereka terlalu risau sebab Juliana adalah satu satunya anak mereka. Sebab tak
nak pentingkan diri sendiri Akher terpaksa pergi memujuk Juliana. Cuma dia
memberi peringatan kepada Juliana supaya beradap sopan dan menjaga batas agama,
pasti akan ada lelaki yang lebih baik akan muncul kepadanya." Jelas Wawa
sebelum menarik nafas panjang.
Dia
menyambung ceritanya pada saat selepas dia diserang Juliana " Bila dia dah
serang kakak dan abang Akher mahu memutuskan hubungan kawan mereka. Juliana
meroyan-royan kembali. Akhirnya jadilah perkara sama untuk kali kedua. Mak ayah
Juliana pun pernah datang jumpa kakak sendiri. Lepas jumpa, tiba-tiba mereka
kata mereka faham kenapa Akher memilih kakak dari anaknya tetapi dia minta
kakak supaya berbaik-baik dengan anaknya. Lastly kakak dengan abang Akher pergi
pujuk dia. Bila kakak dapat tahu bagaimana rapat mereka dulu , kakak pun tak nak
mereka putus hubungan semata-mata sebab kakak"
"Jadi
kakak sangup bermadu la dengan kak Jue" tanya Farah serta merta.
"Allahualam
Farah. Biarlah kahwin dulu baru fikir. Isyh, apa adik ni." Jawab Wawa yang agak segan-segan bila ditanya
soal perkahwinan.
Cerita Wawa melengkapkan segala misteri yang timbul.
Jelaslah hubungan Juliana dan Akher cuma sahabat baik semata mata. Cuma mungkin
ada sedikit harapan untuk Juliana sekiranya dia masih terus berbaik-baik dengan
Akher. Wawa pun tidak peduli semua itu kerana dia sedar tanpa ikatan
perkahwinan, siapa lah dia untuk mengawal perhubungan Akher.
"Eh
adik tak nak tanya ke kenapa family Juliana terima kakak" tanya Wawa
dengan bunyi tawa di hujungnya.
"Em..tak
naklah..uwek." Perli Farah kerana tak sanggup mendengar pujian sendiri Wawa.
Wawa
kemudiannya mengambil handphonenya lalu menunjuk gambar mereka bersama termasuk
seorang lagi perempuan misteri.
"Ni
gambar kitaorang keluar bersama. Last-last cam jadi kawan baik kan"
beritahu Wawa.
"Kak
Jue, kakak dan abang Akher. Siapa yang seorang
ni" tanya Wawa.
"Em
kalau adik nak tahu, nama dia Fathia. Dia pun macam arrival kak Jue juga.
Cerita dia pun lebih kurang sama tapi version baik sikit." Beritahu Wawa
yang seperti ingin berseloroh.
Dalam
hati Farah " what the .... Apa yang istimewa
sangat Akher ni"
End
of chapter 3
Comments
Post a Comment