Part 1-Permata yang dicari
Alhamdulillah. Syukur pada yang Esa. Di saat aku menulis
entree ini, aku dan wife aku sudah dikurniakan seorang anak perempuan yang
sangat cantik dan sihat. Telah aku niatkan
sekiranya semuanya selamat akan aku kongsikan segalanya di dalam blog ini agar
menjadi panduan dan semangat untuk orang lain. Mungkin bagi sesetengah
pasangan, mereka senang untuk dikurniakan anak. Namun, perjalanan kami untuk
mendapatkan anak tidak begitu mudah. Hampir tiga tahun kami menunggu barulah
rezeki berupa zuriat dimakbulkan oleh tuhan.
Tiga tahun
mungkin masa yang tidak lama bagi orang lain. Orang yang mudah memperolehi anak
kebiasaannya suka membandingkan perasaan kami dengan orang lain yang belasan
tahun mencuba sebelum dikurniakan anak. Mungkin niat mereka baik, untuk
menenangkan hati kita. Tetapi bagi orang
yang sentiasa inginkan anak dan sentiasa mencuba, setiap bulan yang gagal
sangat sangat dirasakan. Perasaan seperti cemburu, rendah diri, mengasingkan
diri dan menyalahkan takdir ketentuan-Nya
kerap dirasakan di dalam hati walaupun mulut berjaya menutup segala emosi
tersebut.
Bagi aku,
perkahwinan tanpa zuriat sememangnya mampu mengoncangkan rumah tangga. Seorang
lelaki kebiasaannya tidak merasakan kesan kesan dari masalah ini kerana jika
bersua dengan rakan rakan mereka akan berbincang banyak isu lain yang jarang
membabitkan perkara anak. Tidak bagi perempuan, mereka sentiasa ditanya.
‘Bila nak dapat anak ?’
Merancang ke ?’ Pergilah check doktor ?’
Belum lagi yang
bermulut laser…malas nak re-call (faham faham sendiri la ye). Hati juga mudah
menjadi iri hati dan cepat terasa sekiranya pulang ke kampung, melihat mereka
menguruskan anak anak masing masing dan kami cuma
sekadar membantu atau melayani. Ada sahaja pantang larang mereka yang kami kena
patuhi untuk melayani anak mereka, padahal depa pun lebih kurang juga. Contoh, “mereka boleh bagi anak depa makan
gula-gula tetapi kami bagi tak boleh” Kami faham budak-budak tu bukan anak kami
tetapi disebabkan ini hati kami menjadi terlalu inginkan zuriat dari darah
daging kami sendiri. Banyak lagi perkara
lain yang menyebabkan hati kami terasa. Kadang kadang sampai menyalahkan
ketentuan-Nya kerana terlalu terasa akibat ketidak pekaan orang lain ini.
Apa yang
lepas tu lepaslah. Sebenarnya aku kalau boleh tak mahu banyak perkara negatif
dalam entree ini. Apa yang nyatakan di atas cuma sedikit sebanyak perasaan kami
yang aku fikir sama untuk orang yang bernasib seperti ini. Aku dan wife
aku sebenarnya dah lakukan berbagai bagai benda seawal tiga bulan usia perkahwinan lagi. Mungkin disebabkan
itu juga hati kami lebih terasa.
Apa yang hendak aku kongsikan sekarang adalah segala apa yang kami lalukan dalam
usaha untuk mendapatkan zuriat. Usaha
kami dalam tempoh 2 ½ tahun itu telah
memberikan kami pelbagai rasa dari kebinggungan, negative dan akhirnya
kegembiraan.
Untuk siapa siapa yang
mengalami masalah ini, jika sudi bolehkah kita menjadi rakan. Mungkin cukup
sekadar rakan blog atau follower. Bukan aku mahu ambik kesempatan tetapi cara ini mungkin lebih berkesan dari
segi pekongsian maklumat. Apa yang ada di dalam blog ini kebanyakkan berkisar
tentang kehidupan aku yang kebanyakkannya sering berkaitan. Dari sini mungkin korang boleh memahami sebab
entree entree aku sebelum ini. Lagipun, Aku dan wife aku berjanji untuk
kongsikan kisah ini bagi menolong orang lain yang senasib dengan kami bagi
memilih haluan usaha masing masing. Insyallah jika kami mampu jawab, akan kami
layan soalan korang sebaik baiknya.
Entree ini mungkin agak panjang untuk disatukan. Akan aku cuba siapkan dalam sebulan dua
tetapi aku tak janji sebab masih banyak urusan kerja. Insyallah.
Comments
Post a Comment