Cerita tentang zuriat - Part 2 - Punca

Punca

Sebelum mula cerita apa effort kami untuk dapatkan baby ni, aku rasa baik aku rumuskan mengikut tahun dulu..

2012: Tahun persoalan. Mungkin kami obsess sangat dengan baby ni..sampai kadang kadang telebih lebih mencari puncanya.

2013: Tahun dugaan. Banyak gila dugaan sampai aku rasa tak larat nak hidup dah. Setel satu datang pula benda lain.

2014: Redha dan tawakal. Sesuai dengan tajuk. Tahun dimana usaha kami lakukan membuahkan hasil tetapi banyak perkara kami belajar tentang kekuasaanNya.

2015: Thank you Allah.


Seawal perkahwinan kami, aku tak pernah sedar pun tentang bunting pelamin ni. Maybe aku biasa dengar tapi tak pernah peduli pun maksud dia. Aku found out pun bila wife aku menangis bila datang haid pertama dia selepas berkahwin. Hati suami mana yang tak kesian..memang impian dia kut. Benda ni sekali try saja.Kalau tak dapat maksudnya seumur hidup pun tak dapat. Oleh sebab nak pujuk, aku tenangkan dia dengan cakap bila kita honeymoon dekat Korea nanti baru dapat..Kira nak anak korea la ni..tapi kesudahannya tetap sama.

Selepas beberapa bulan bekahwin, tekanan dari office’s wife aku mula terasa. Bila kawan kawan dia yang kahwin lebih kurang dah mula reveal rezeki masing masing. Hint-hint diberi supaya wife aku faham sendiri. Things got worse after hari raya, bila balik ke kedua dua kampong. Semua bercerita tentang mual or apa sahaja berita gembira setelah berkahwin. Pulak dah aku ada 5 ,6 orang saudara mara kahwin bulan 6, semuanya bunting pelamin. Mana tak terasa hati kami..lagi lagi wife aku.

Dekat sini sahaja dah boleh menguji kesabaran kita kan. Ikut hati memang lah suami rasa geram je bila isteri dah start buat peel. Depan family dia mungkin dia banyak tempat untuk meluahkan perasaan tetapi depan family suami dia jadi menyendiri. Sesetengah mungkin pandai pretend cam tak ada pape, tapi wife aku jenis yang obvious, duduk dalam bilik tak keluar. Tak banyak benda aku boleh pujuk dalam keadaan macam ni.Biarlah dia nak duduk diam seketika. Aku pun dah ada plan nak pi check up after raya ni.

Lepas je beberapa minggu,  aku call LPPKN (lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara), malangnya hanya kes setahun ke atas sahaja yang di layan. Nasib aku ada second option, Metro IVF. Yang ni swasta dan aku tahu pun sebab ada billboard besar dekat area rumah aku. Dah nama swasta memang dia accept ajelah kan.  So aku and wife done all the tests such as sperm (for me), pap smear, HSG (tiub tersumbat ke tak), blood test dan telur (perempuan dan ada hari hari ke berapa dia monitor). Semua ni habislah dekat seribu termasuk a few vitamins dan clomid. (*Aku tak ada kepentingan nak explain lebih pasal hospital ni including service dia. So cerita semua hanya tumpu pada usaha kami)

Sebelum pergi check ni, aku sebenarnya result kalau tak okay disebabkan aku. Kalau boleh aku memang nak wife aku subur sebab aku rasa kalau perempuan yang problem lagi panjang kisah dia. Lagipun apa yang aku risaukan ada lah tempat kerja aku. Aku kerja berdepan dengan suhu specimen 100 ~300°C secara purata dengan suhu dalam 1000±200°C.Member aku pula dah start complain sebab payah nak dapat anak yang kedua. Dulu awal awal dia kahwin, bunting pelamin gak. Bila dah tukar kejar tak dapat dapat sampai dia blah company ni. Terus dia dapat anak. Disebabkan itu, aku harap jika aku puncanya, harap perkara itu tidak serius sangat. Sekurang kurangnya masih boleh buat IVF. Glup. By the way, cuak gak bila nak tahu result dia kan.

Dan seperti yang diharapkan, everything look fine for my wife. Aku pulak sperm count banyak melampau2, mobility pun ok, debris ke apa yang lain perfect. Cuma morphology sahaja tak cukup percent untuk normal. Walau dah jangka dan accept, hati lelaki mana tak rungsing kan. Terbayang gak kalau keadaan ni berterusan takkan seorang isteri perlu tanggung beban tiada zuriat ni kan. Memang aku ada usaha nak cari kerja lain tapi tak dapat. Takut bertambat mudarat kalau terus kerja dekat sini. Maybe disini juga bermula kepeningan aku.

Kemudian Dr disana mencadangkan IUI tetapi aku tolak sebab merasakan terlalu awal dan kosnya agak tinggi with chance still very low. Aku nak cuba dulu vitamin vitamin berdasarkan maklumat yang aku perolehi dalam internet dulu. Bersambung..


Penghujung cerita ini, Insyaallah aku akan analisi kesalahan kami untuk dijadikan tauladan untuk pembaca yang sedang berusaha juga. TQ for waiting.

Comments