First IUI
Rasa rasa
cam trauma gak bila mengenangkan result sperm hari tu. Kalau compare
quantity sperm tu macam tak logik lak banyak melampau per ml. Sayangnya bentuk
dia tak beberapa cantik. Patutlah ramai lelaki cuak bila nak buat ujian ni. Sebabnya
maybe if problem untuk perempuan boleh di consider sebagai normal tetapi kalau
lelaki memang jadi bahan kutukan. (tak percaya pegi la cerita dekat member
member rapat korang – mesti kena bahan seumur hidup).
Sebenarnya before kami pegi check up tahap kesuburan kami
ni, kami dah consume beberapa jenis vitamin. Aku sendiri dah ambik Zurbex zinc
sebab aku dengar nasihat dari kawan aku yang dah mencuba hampir setahun lebih.
Doktor dia advice depa cam gitu, aku pun follow. Beli je kat farmasi. Dengan harapan
bilangan sperma aku bertambah or make sure ada. Kemungkinan itu lah
penyebabnya. Nak sedapkan hati yang dah tak beberapa sedap ni.
Dalam masa yang sama aku masih mencari klinik yang sanggup
untuk buat treatment untuk kami (sebab tak sampai setahun dan yang murah).
Kalau search internet tentang infertility ni mesti tak keluar dr Zubaidi mesti
keluar pasal Dr hamid Arshad. Maka aku ambik keputusan untuk membuat temujanji
dengan klinik Dr Hamid Arshad. Appointment dengan Dr Hamid Arshad ni memang
mengambil masa yang lama. Tak silap aku first temujanji dengan mereka setelah 2
bulan aku telefon, waktu aku dalam treatment dengan mereka, aku dengar ada
orang kena sampai 6 bulan tunggu. Sekarang tak tahulah.
Pada hari appointment tu, disebabkan aku dah melakukan
banyak ujian di Metro IVF maka senang ajelah process dia. Lagipun fasiliti
disini kurang lengkap. HSG perlu dilakukan di hospital lain juga. Dengan result
cam gitu, Dr Hamid Arshad terus sahaja setuju untuk melakukan IUI untuk kami.
Untuk cure aku punya problem lak, dia suggest aku untuk makan vitamin C 1000mg
sehari, Vitamin E 400iu (2x sehari) dan juga Himalaya Kapikachhu. Untuk orang
yang baru nak menyelami dunia untuk mencari zuriat ni, IUI ni ialah proses
dimana sperm yang berkualiti di asingkan dari yang tak kurang baik, kemudiannya di
suntik ke dalam rahim (hampir hampir ke tiub falopio) yang ada telur yang
bagus. Air mani dikeluarkan sendiri oleh para suami ke dalam bekas. Senang cerita, hampir sama dengan cara manual but using injection and better chances.
Isteri aku pulak consume clomix 50g, start dari hari kedua
kut (tak beberapa nak ingat procedure dan jadual pemakanan dia). Kalau
ikut dah hampir setahun kami berkahwin masa tu, kami memang harapkan Allah
taala makbulkan doa kami supaya disegerakan dikurniakan zuriat. Lagi pulak dah
setahun menunggu. Akhirnya sampai lah juga masa untuk first IUI kami. Sekali lagi
sperm aku di uji. Aku tak harapkan pape. Apa yang lagi penting result IUI itu
juga. Alhamdulillah, sperm aku semuanya okay. Quantity, mobility dan morphology
nya semuanya look fine and much better than average. Untuk wife aku pula,
telurnya ada hampir 4 biji yang bersaiz besar. Cukup sifat untuk menyakinkan
kami bahawa IUI ini akan berjaya.
Selepas
selseai proses IUI tu, aku tak berhenti henti berdoa pada tuhan. Setiap doa
pada setiap sembahyang akan aku selitkan doa Nabi Zakaria A.S.
Rasanya belum sampai waktu kitaran bini aku haid, haid dia
dah datang kut. Wife aku memang kecewa habis kerana kami dah tak tahu apa
sebabnya lagi. Sperm dah perfect, telur dia pun okay. Dia pun dah mula
menyalahkan doktor yang melakukan prosedur IUI itu (bukan Dr Hamid) sebab
rasakan prosedure dia terlalu tergesa gesa. Bagi aku, aku jarang sekali
menyalahkan doktor kerana aku tak nak memperkecilkan kepakaran mereka. Aku rasa
semuanya tentang takdir. Positifnya sperm aku okay tetapi impak negatifnya
lebih besar sebenarnya. Next
entree, takdir malang aku. To be continue.
Comments
Post a Comment