Sejak
peristiwa Juliana itu, Farah sudah malas melayan niat untuk menjatuhkan Akher.
Baginya masih terlalu banyak misteri dan persoalan mengenai sejarah silam Akher
tetapi Farah sudah malas memikirkannya. Biarlah kalau Wawa betul-betul sudah
serius dengan hubungannya itu. Farah relakan juga walaupun tidak menyukai Akher.
Soal
teman lelakinya biarlah masa yang menentukan. Pada usia sebegini bukanlah
menjadi keperluan bagi dirinya mencari kekasih hati. Dia betup-betul berkenalan
dengan lelaki semata-mata demi mengusik hubungan cinta Wawa dan Akher. Namun
pada masa itu, langsung tiada orang yang mampu mengusik ke dalam lubuk hatinya,
malah yang menyakiti hatinya pula yang banyak.
Apa
yang dirindukan kini adalah untuk meluangkan masa bersama dengan Wawa. Entah
mengapa apabila setelah berakhirnya kisah cinta sebelum ini dia terasa
hubungannya dengan Wawa yang makin renggang. Pada waktu malam sebelum tidur, Farah
membelek-belek gambar lama dalam smartphone nya. Dia kadang-kadang tersenyum
mengenang saat-saat dia dan Wawa bergembira bersama.
Ada
gambar mereka membeli belah. Ada juga gambar mereka bercuti di dalam atau luar
negara bersama. Ada juga mereka melakukan aktiviti seperti maraton , mendaki
bukit dan banyak lagi. Setiap kali dia melihat gambar itu, fikirannya melayang-layang
memikirkan rancangan untuk mengulangi semua itu. Tetapi akhirnya, fikirannya
juga yang mematikan angan-angan itu.
Dia
tahu Wawa bukan lagi seperti dahulu. Cuti sekolah dan cuti universiti tidak
sama. Kelasnya juga tidak tetap seperti di sekolah. Kadang-kadang kelas Wawa
habis ketika malam. Kadang-kadang Wawa juga terpaksa menghadiri kuliah pada
hujung minggu. Jika ada pun pada hujung minggu, dia mahu berehat dirumah atau
keluar dengan Akher.
Walaupun
tanpa Akher, Wawa memang sudah sibuk dengan program nya sendiri. Dia juga agak
kurang keluar dengan Akher kerana Akher juga dikatakan sibuk dengan kerjanya.
Cuma malam-malam kini tidak sama kerana Wawa lebih gemar menghabiskan masa di
dalam bilik demi mengelak keluarganya melihat sibuk berbalas sms atau pun
telefon.
Farah
tiba-tiba teringat ketika Wawa baru menamatkan SPM dan mendapat lesen kereta. Hampir
tiap-tiap hujung minggu mereka akan keluar bersama menaiki kereta myvi milik Wawa,
sebahagian harta peninggalan arwah ayahnya. Mereka akan pergi mencuba restoran
baru, menonton wayang ataupun membeli belah. Jika Farah ingin ke mana mana pun,
Wawa akan menghantarnya atau menemannya. Kehidupan Farah memang sangat senang
ketika itu disamping Wawa yang sering menemannya.
Kini
Farah hanya pergi sendiri atau menyuruhnya ibu atau ayahnya menemannya. Pernah
juga dia menanyakan Wawa jika ada masa senang tetapi Wawa ketika sibuk kerana
mempunyai masalah dalam projek universitinya melayan Farah dengan acuh tak acuh
sahaja. Terus Farah menjadi trauma untuk menanya Wawa lagi. Bukan sengaja Wawa
sedemikian tetapi sedikit sebanyak hati Farah terasa.
Walaupun
Farah mempunyai ramai adik beradik tetapi adiknya kedua baru sahaja berumur 8
tahun. Bukannya dia tidak sayang adik-adiknya tetapi minatnya belum sama lagi. Farah
telah matang ketika umurnya 10 tahun kerana mengikuti Wawa. Tetapi adiknya yang
paling dekat dengannya masih menangis-nangis sekiranya ibu bapanya tidak
mengikuti kemahuannya.
Dalam
diam Farah memahami segalanya. Masa akan sentiasa bergerak ke depan membawa
segala perubahan tanggunjawab seiring dengan pemikiran usia. Jika Wawa tidak
menumpukan pelajaran di universiti , bagaimana dia boleh berjaya dengan
cemerlang. Mungkin Akher memang jodohnya, tak kan pula dia perlu menghabiskan
masanya bersama anak buah lagi. Masing
masing sudah besar, akan tiba juga hari di mana semua orang akan jauh dari
keluarga.
Dalam
tak sedar, bergenang jernih air mata di kelopak mata Farah. Dia masih cuba
membohongi dirinya dengan merasakan dirinya mengantuk. Wahal, jauh disudut
hatinya terasa kekosongan yang memedihkan hanya kerana Wawa. Air mata Farah
adalah air mata kerinduan masa lepas antara dia bersama Wawa. Malam itu, Farah
tidur dengan memeluk gambarnya dengan Wawa.
Keesokkan
harinya, Farah tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa. Dia tetap bergurau
senda dengan Wawa dan keluarganya yang lain sekiranya bertemu. Wawa juga yang
sentiasa rapat dengan Farah pun tidak mampu melihat kemurungan di dalam hati Farah.
Farah tidak mahu menunjukkan kesedihannya kerana ini hanya menyusahkan
kehidupan peribadi keluarganya sahaja. Farah pasrah dan hanya berharap perasaan
kosong ini berakhir dengan sendirinya.
Sebaliknya
perasaan kekosongan itu sebenarnya dirasai Wawa juga. Di universiti, jika dia
bersama rakan rakannya yang lain melepak, dia kadang-kadang hilang tumpuan secara
tiba-tiba. Ketika itu, Wawa seolah-olah terbayangkan Farah ada bersamanya
ketika itu. Mungkin dia teringat Farah kerana sesuatu perkara berlaku hari itu
pernah berlaku ketika dia dengan Farah.
Apa
yang membezakan Farah dan Wawa adalah Wawa memang mempunyai banyak tugasan. Farah
hanya pelajar tingkatan 4 dan masih belum mempunyai banyak tekanan. Di
universiti, Wawa kena menghadapi banyak tugasan dan uijan. Malahan setiap
semester dirasakan sangat pendek dek kerana subjek yang begitu banyak sekali. Wawa
bukannya seorang yang suka belajar last minute kerana dia tahu dia tidak mampu
mendapat keputusan kelas satu jika berbuat demikian.
Disebabkan
ini Wawa kadang-kadang terlupa akan anak buahnya Farah yang juga sahabat
baiknya. Jika dia teringatpun, dia akan melupakan selepas itu disebabkan
bebanan tugasannya sekarang. Cuma dari hari ke hari kerinduannya terhadap Farah
seperti terkumpul. Walaupun berjumpa setiap hari, dia juga merasakan kekosongan
itu. Baginya hubungan kawan antara dia dan Farah perlu diteruskan seperti waktu
dulu bagi mengatasi rasa kekosongan ini. Apakah daya, peperiksaan sudah dekat
dan Wawa juga tidak mahu mengenepikan keutamaan pelajarannya. Dia membiarkan
perasaannya bergolak sementara menunggu masa yang sesuai.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Suatu
hari yang indah, Farah yang sedang bercuti sekolah selama 2 minggu menerima
panggilan telefon dari nombor yang tidak diketahui. Dia pun tanpa mengsyaki apa
apa, menjawab panggilan itu.
"Hello,
assalamualaikum. Ni cik Farah ye" Farah
mendengar suara lelaki yang seperti dikenalinya. Di hujungnya dia mendengar
seperti suara perempuan ketawa malahan seperti mengenalinya.
"Ye
Farah speaking. Siapa ni?" Farah menjawab seperti tiada apa apa.
"Saya
Akher. Boleh tak saya cakap sebentar?" Akher memperkenalkan dirinya tetapi
percakapan dia seperti tersekat sekat. Rupa-rupanya suara ketawa disebelah itu
milik Wawa dan dia juga menyampuk menyapa Farah.
"
lol! Tak payah skema sangat"
jawab Farah selamba.
Bertambah-tambah
gelak tawa Wawa mendengar respon Farah.
"Alamak
ye ke. Sorry la. Nervous pulak"
jujur jawab Akher tanpa memikirkan Wawa akan bertambah tambah ketawanya.
Tersenyum
sedikit Farah melihatkan seorang lelaki yang dikatakan sempurna menjadi gugup apabila
bercakap dengannya. Secara spontan, Farah pula cuba membuat suara harimau
mengaum untuk mengusik Akher. Mungkin perasaanya sedikit seronok ketika itu.
"Aik,
adik awak bela rimau ke ringtone
dia?" Tanya Akher yang masih segan- segan.
"Sudah lah awak ni? Adik jadi kucing ke apa
ni?" Sampuk
Wawa lagi sambil ketawa.
"Apalah..dia
yang call orang tapi tak reti nak cakap apa" perli Farah dan dia
menghembuskan nafasnya sedikit kuat diakhir perbualannya mengambarkan kegeraman.
"Hehehe.
Sorry Farah" Akher seperti
binggung untuk meneruskan perbualannya dengan Farah. Dia hanya mampu ketawa
kecil bagi menghiasi suasana janggal itu.
"Adik.."
Wawa yang sudah berhenti ketawa tiba-tiba masuk kembali.
"Ye
nak apa kakak ku sayang" tanya Farah
terus.
"I miss you a lot. Tak rindu kakak
ke?" Terpancul soalan maut yang membelenggu Farah beberapa minggu
kebelakangan ini
Tersentak
Farah mendengar luahan Wawa itu. Hatinya tak semena-mena menjadi sebak kerana
kata-kata ringkas dari Wawa itu benar-benar menerjah ke dalam jiwanya. Tidak
disangka langsung Wawa akan menanya soalan sedemikian rupa. Walaupun begitu Farah
masih mampu mengawal nada suaranya yang hampir membongkarkan rasa rindu yang
terpendam.
"Eh nak rindu buat apa. Kan kita hari hari
jumpa?" Tanya Farah kembali.
"I miss our good time together. Rasa
macam sangat sangat lama kita tak keluar sama kan?" Luah Wawa tanpa
selindung.
"Oh
baru tahu ye. Yelah orang tu dah besar. I ni budak
sekolah lagi kan. Macam mana lah I
nak follow you lagi." Perli Farah dan mereka bercakap seolah olah terlupa
bahawa Akher mendengar perbualan mereka.
"Adik
rasa camtu ke? I'm so sorry dear"
balas Wawa yang seolah olah kesal.
"Hehe.
Tak lah.miss you too." Jawab Wawa
yang tidak mahu memanjangkan situasi. Jiwanya seperti sudah bebas dari perasaan
sepi yang telah lama dia pendamkan.
"Sorry too" jawab Akher tak semena
mena.
"Eh,
yang seorang ni buat salah apa lak. Punca ke?" Sempat juga dia memerli Akher.
"Aah
you ni.punca ek?" Tanya Wawa
sambil ketawa. Hatinya senang seolah olah tanggungjawabnya terlangsai seketika.
"Okay
sebab you punca. You kena belanja kitaorang makan benda sedap sedap dan mahal mahal
tau." Pinta Wawa terhadap kekasih hatinya.
Akher
akhirnya menjadi semakin selesa dalam perbualan itu. Dia pun mempersetujui
untuk belanja mereka berdua walaupun pada awalnya Wawa yang ingin mengajak Farah
keluar bersamanya. Perbualan mereka tamat dan masing-masing saling mengukirkan
senyuman kerana hati mereka yang sepi kini mula ceria. Orang yang disayangi masih seperti dahulu dan saling rindu-merindu.
Disebalik tabir, Akher sebenarnya yang menyuruh Wawa
menelefon Farah kerana Akher dapat merasakan kekosongan dihati kekasihnya itu. Kemudian, Wawa
pula yang memujuk Akher untuk menelefon Farah kerana dia ingin Akher juga
berkawan rapat dengannya. Semuanya tidak dirancang tetapi kadang kadang takdir
membawa kita ke haluan yang bukan dalam jangkaan mereka.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hari
yang dijanjikan. Akher berada dirumah keluarga Wawa dan Farah pada masa yang
ditetapkan. Ketika itu hanya kelibat Farah dan adik-adiknya serta orang orang
tuanya yang berada dirumah. Pada pagi itu Wawa pergi menghadiri kelas dan
sepatutnya akan pulang sebelum Akher datang tetapi bayangnya pun masih
belum.kelihatan.
Akher
seolah-olah risau pada raut wajahnya. Sudah beberapa kali dia menelefon Wawa
tetapi tiada jawapan. Dia agak keberatan untuk memberitahu kepada.keluarga Wawa
bahawa dia telah menghubungi Wawa tiga jam yang lalu. Keluarga Wawa atau Farah
pula kelihatan tenang sahaja. Mungkin kerana Akher baru sahaja sampai dan
menganggap Wawa akan kembali sebentar nanti. Jadual kelas Wawa hanya Akher yang
ingat sepenuhnya. Oleh kerana tidak dapat menghubungi Wawa pula, Akher
menganggap Wawa sedang bersiap sedia dirumah tetapi sebaliknya berlaku.
Tiba
tiba deringan telefon Farah yang berbunyi.
"Hello
, Assalamualaikum kakak ku. Kamu di mana? Boyfriend
kamu sudah lama mahu ke temu." Jawab Farah selamba.
Akher
yang memang sedang gelisah itu terus memasang telinga ke atas perbualan mereka.
"Adik
, Abang Akher dah sampai ke?" Tanya Wawa dalam keadaan cemas.
"Yela
dia kan tak sabar nak dating dengan we
all" jawab Farah yang tidak menyedari keresahan Wawa dari suaranya.
"Ala
adik. Kakak dekat Penang ni. Emergency. Kak Shura bapak dia koma. Stroke"
beritahu Wawa kepada Farah.
"Penang. Jauhnya.." Terkejut juga Farah
mendengar khabar sedemikian.
Akher
juga yang memasang telinga seolah olah faham bahawa Wawa berada di Penang atas sebab-sebab tertentu.
Sebentar kemudian barulah Farah memberi telefonnya kepada Akher. Barulah Akher
sedar bahawa Wawa telah menolong kawanya pulang ke kampung setelah mendengar
berita duka cita itu.
Rupa-rupanya
Shura kawan baik Wawa mendapat khabar itu semasa di dalam kelas. Dia segera
bangun meminta izin pensyarahnya untuk keluar tanpa memberi sebab. Wawa yang
memang duduk bersebelahan dengan Shura di dalam kelas yang juga sahabat baiknya,
keluar menemannya dan menanyakan sebab. Shura memang agak keberatan untuk
memberitahu Wawa kerana tidak mahu menyusahkan dia. Wawa mendesak Shura untuk
memberitahunya kerana dia dapat rasakan kegelisahan pada raut wajahnya.
Akhirnya
Shura memberitahu juga kepada Farah bahawa ayah dia telah terjatuh dan tidak
sedarkan diri. Dia hendak pulang segera ke kampung menaiki bas kerana Shura
memang tidak punyai apa apa pengankutan sendiri pun. Oleh demikian, Wawa menawarkan
diri untuk membantu Shura pulang ke kampungnya. Terus dia terlupa janjinya
tehadap Akher dan Wawa sehingga dia selesai menghantar Shura ke hospital.
Setelah
memahami berita itu, Akher kemudianya memberikan kembali telefon itu kepada Farah.
Belum sempat Farah menjawab, ibunya yang juga kakak Wawa pula yang sibuk ingin
bercakap. Maka sekali lagi Wawa terpaksa mengulang ceritanya itu. Nasib dia
memang tidak sibuk lagi kerana hanya ahli keluarga Shura yang paling utama
sahaja dibenarkan menemani ayahnya ketika ini.
Hujung
percakapan kakak Wawa "Takpelah you, berhati-hati lah nak balik nanti. Dah
lah drive seorang. Patut you amik Akher dengan Farah ni bawak teman. Alang-alang
nak pi dating kan. Beriya dah si Farah
ni bergaya bagai" sambil ketawa.
"Alamak,
patut la rasa cam ada benda yang terlupa lagi" Wawa tiba tiba menjadi
bersemangat kembali. Dia telah terlupa bahawa Farah akan mengikutnya kali ini.
"Suruh
diorang pergi dating kak"selamba
Wawa menyuruh.
"Eh, Akher bawa Farah ni pergi jalan. Wawa
suruh." Tergelak-gelak ibu Farah ketika itu kerana lain yang dirancang
lain yang menjadi.
"Tergamam
Akher dan Farah mendengar kata kata ibu Farah. Ikutkan hati Akher dia mahu
mengambil bas pergi ke Pulau Pinang dan pulang bersama Wawa tetapi lain pula
pintaan Wawa. Mungkin Wawa berasa bersalah kerana dia yang menetapkan tarikh
temujanji itu tetapi dia juga yang menginkarinya. Tetapi dia memang tidak kisah
pun jika Farah ingin keluar dengan Akher berduaan.
Ibu
Farah kemudiannya memberikan telefon itu kepada Akher. Mereka kemudiannya
berbincang tentang bagaimana Wawa hendak pulang. Wawa menyuruh mereka untuk
tidak bimbang. Dia akan tidur di rumah Shura dahulu dan akan pulang pada
keesokkan harinya. Dan salah satu permintaan Wawa kepada Akher adalah untuk
melayani Farah sebaik-baiknya seperti melayaninya.
"You
kena layan dia baik baik tahu Akher. Kalau dia tak suka you habislah kita"
kata-kata Wawa dipenghujungnya membuatkan jantung Akher berdegup deras. Di
sedar itu hanya gurauan tetapi masih menyebabkan dirinya menjadi cemas.
Farah
pula kian menyampah melihat Akher kerana tidak pandai pula untuk menolak
permintaan Wawa itu. Farah hanya mahu meluangkan masanya demi Wawa dan bukannya
Akher. Perpeksi buruknya terhadap Akher meningkatkan lagi rasa meluatnya.
Hendak atau tidak, terpaksalah juga mereka keluar berdua. Sekadar memenuhi
hajat Wawa.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Semasa
dalam perjalanan ke shopping mall, Akher telah memulakan percakapan dengan Farah.
Akher sebenarnya bukan tidak pandai berkata-kata. Cuma perasaan malunya
bertambah kuat apa bila berhadapan dengan seorang perempuan yang baru
dikenalinya. Memanglah Wawa sentiasa memberitahu segala perihal Farah
kepadanya. Tetapi disebabkan itu lah juga perasaan malunya bertambah teruk
apabila di depan Farah. Akher sebenarnya tidak tahu melayani Farah sebagai
bakal anak buah ataupun adik kepada kekasihnya. Hubungan kekeluarga Farah dan Wawa
mungkin biasa sahaja bagi mereka, tetapi perkara ini akan menyebabkan orang
baru menjadi canggung.
Namun
segala usaha Akher bagi memulakan komunikasi antara dia dan Farah terbantut
kerana Farah menjadi sangat pasif pada hari ni. Segalanya soalan Akher di jawab
acuh tak acuh dan kebanyakkannya Farah menjawab tidak tahu sahaja. Mukanya
mengambarkan sedikit ketidakpuasan hatinya kerana seperti dipaksa dan dikenakan
oleh Wawa dan ibunya.
Namun
begitu, Akher yang biasa mengenal pasti perasaan dalaman seseorang sedar bahawa
Farah tidak gembira malah berasa meluat dengan temujanji ini. Dia juga tidak
gembira kerana masih risaukan Wawa yang keseorangan tetapi tidak mahu
memperkecilkan kebolehan survival kekasihnya itu. Mahu sahaja dia belanja Farah
makan dan menghantarnya pulang secepat mungkin, kemudian barulah bergegas ke
tempat Wawa secara rahsia. Tetapi pesanan Wawa terhadapnya membuatkan dia dalam
dilema.
Akhirnya
mereka sampai ke Mall yang ditetapkan. Akher terus sahaja mengajak Farah makan
tetapi ditolak oleh Farah. Farah berkata dia hanya mahu berpusing-pusing
sahaja. Bagi Akher, itu bukannya petanda yang baik kerana wanita akan sentiasa
memberi reaksi yang terbalik dari kehendaknya. Lagipun mana mungkin dia
mengembirakan Farah sekiranya hanya membawa Farah cuci mata.
Namun
Akher tidak mengalah. Dia cuba berkomunikasi dengan Farah seikhlas hatinya.
Jika dia terlihat sesuatu benda atau makanan, ada sahaja perkara yang akan
dikongsikan bagi memenuhi ruang kecanggungan itu. Dia juga tidak terlebih lebih
bercakap, takut-takut menyakiti telinga Farah pula.
Lain
pula bagi Farah, dia tidak ada tanggungjawab untuk memastikan kegembiraan hati Akher.
Baginya, dia cuma mangsa keadaan sebenar. Kenapa pula dia harus keluar bersama
kekasih orang lain. Dia pun hanya mahu keluar bersama makcik kesayangannya.
Tetapi dia juga faham bahawa bukan Wawa sengaja melupakan temujanji itu. Farah
hanya mampu mengeluh di dalam hatinya. Mahu juga dia menyuruh Akher balik dan
meninggalkannya seorang tetapi taku takut mengecilkan hati Akher pula.
Tiba-tiba
Farah ternampak butik yang digemarinya. Butik dari sebuah jenama mewah ini pula
sedang melakukan potongan sehingga 50%. Farah teringat akan sebuah beg tangan
yang dia amat berkenan sebulan yang lepas tetapi dilepaskan hajatnya ketika itu
kerana terlalu mahal dan tiada diskaun. Dia ingin meminta ibu bapanya membeli
untuknya sempena hari jadi nya atau sempena apa-apa kejayaan dikecapinya tahun
ini. Akher yang melihat Farah terburu-buru masuk ke butik itu terus
mengikutinya. Walau bagaimanapun, Akher tidak mengekori Farah. Dia membiarkan Farah
membelek-belek barangannya dan dia pula mencari cari sesuatu.
Farah
menjadi sangat gembira setelah mengetahui beg tangan yang diingininya masih
ada. Malah terdapat diskaun 30% untuk beg tersebut. Jurujual yang menemani Farah
memberitahu bahawa beg itu sangat laris dan hanya beg yang dipamerkan ini yang
terakhir. Bagi Farah, itu tidak menjadi masalah kerana dia tahu bahawa kualiti
beg itu tidak terjejas dimakan hari.
Farah
mengambil beg itu dan memperagakan didepan cermin. Dia boleh merasakan kawan
baiknya Zuraida dan Roslin pasti akan cemburu kerana dia tidak memberitahu
mereka dahulu. Sedang Farah sibuk berimaginasi, Akher datang membawa beg tangan
yang lain dan meminta Farah mencubanya.
"Sibuk
je dia ni" Farah hanya membingkiskan kata kata itu di dalam hatinya. Dia
menjeling Akher pada mulanya tetapi dia juga terpukau melihat beg diberikan Akher
itu. Dari segi bentuk kedua-duanya nampak sama. Tetapi saiz beg Akher sedikit
besar tetapi sangat sesuai untuk Farah apabila dia mengantungkan di atas
bahunya. Dia dapat rasakan kualiti bahan yang digunakan jauh lagi baik dari
pilihannya. Malah warna beg itu juga sangat menepati citarasanya.
"Sesuai sangat abang ni cari beg untuk awak. Awak
pakai ni nampak glamour sangat" becok mulut jurujual itu untuk memujuk Farah
membeli beg itu.
Farah
segera menjadi tawar hati dengan beg pilihannya itu. Malah hatinya sudah
ditakluk oleh aura beg itu. Dia cuba untuk keluar dari belenggu perasaan taklukan
itu kerana tidak mahu apa-apa jasa dari Akher tetapi seolah-olah gagal. Hanya
harga yang menjadi penentunya sekarang. Dia membelek tag harga dan mendapatinya
sama harga dengan beg pilihan awalnya iaitu RM 500. Terus dia menanyakan
diskaun tetapi kecewa setelah mengetahui beg ini keluaran baru. Dia menjadi
sedikit dilema diantara beg baru diminatinya ataupun beg lama yang mempunyai
diskaun.
"Kalau
Farah suka beg ini, abang Akher belanja lah. No problem" Akher memberikan
tawaran yang sukar ditolak.
Walaupun
Farah dalam kategori orang berada, bukannya dia boleh belanja suka-suka
wangnya. Pendapatannya bergantung pada hari persekolahan dan wang belanja dari
ibu bapanya. Simpanan ASB nya memang banyak tetapi tidak pernah terusik dari
mula lagi. Duit di dalam akaun simpanannya kalau digunakan, alamaknya dia
terpaksa berjimat pula untuk benda lain. Hendak dikumpulkan balik boleh tetapi mengambil
masa dua ke tiga bulan. Setelah difikirkan sedalam-dalamnya, Akher rasanya
tetap akan menjadi pakciknya juga suatu hari nanti walaupun dia tidak
menyukainya untuk waktu sekarang. Bukannkah ini waktu terbaik untuk dia berbaik
dengannya sekarang. Mungkin ini takdir dari awal lagi.
"Okaylah,
Pakcik nak sangat belanja saya. Pakcik belanja lah ye. Nanti saya bagitau
makcik saya pakcik lulus periksa" seloroh Farah yang menggunakan alasan Wawa
sebagai punca dia membenarkan Akher belanjanya. Dia tersenyum puas tanpa
diperasan oleh sesiapa ketika Akher terus bersetuju membayarnya.
Sejurus
itu, Akher dan jurujual itu pergi ke kaunter pembayaran. Farah berjalan
perlahan-perlahan ke arah mereka berdua dan masih sempat membelek-belek pakaian
lain. Oleh kerana beg itu mahal, jurujual itu memmeriksa keadaan beg itu dan
memberikan sedikit penerangan untuk Akher. Farah yang ternampak keadaan itu,
mula bergerak ke arah mereka. Ketika itu, debit kad Akher sudah berada di dalam
mulut mesin traksasi online.
"Sila
sain disini ye Cik" pinta juruwang itu sambil menghulurkan resit asal
bayaran.
Ketika
itulah barulah Farah sedar bahawa dia telah tersilap pandang. Harga beg tangan Akher
itu rupanya berharga RM 5ribu dan bukanlah RM 5ratus seperti beg nya itu.
Patutlah dia merasakan kualiti beg tangan itu terlalu jauh dengan beg yang
asal. Dengan spontan, Farah cuba untuk membatalkan pembelian itu.
Tergamam
juruwang tersebut kerana transaksi wang itu baru berjaya.
"Eh
takpe Farah, abang memang niat nak belanja ikhlas. Tolong bungkus ye"
jawab dan pinta Akher.
"Ini
bukan soal belanja. Ni sebab Farah silap tengok harga. Farah ingat 500 je"
jawab Farah jujur kerana mahu membatalkan urusan jual beli itu dengan segera.
"Eh
bukan standard price ke 5000 ni. Takpelah dah rezeki Farah ni. Beg ni pun
cantik dengan Farah. Memang abang dah tengok harga dia. Alhamdulillah Farah
suka" beritahu Akher ihklas sampai mengecapi bungkusan beg tangan itu.
"Aah
cik, tadi.cik kata okay bila tengok price dia. Lagipun beg ini baru dan limited
edition, memang sesuai untu cik dapat boyfriend macam ni" puji juruwang
itu tanpa mengetahui status Farah dengan Akher.
Kata
kata itu membantutkan niat Farah. Akher juga tergamam mendengar kata kata
pekerja itu dan terus mengajak Farah pulang. Hanya perkataan terima kasih
sahaja yang mampu diucapkan Farah selepas itu, dia terus berdiam ketika waktu
makan dan dalam perjalanan pulang. Akher yang sememangnya ikhlas menghadiahkan Farah
beg itu hanya mengikuti rentaknya sekarang. Lidahnya menjadi kelu kerana tidak
sangka Farah begitu agresif ketika mahu membatalkan urusan jual beli itu. Risau
dia memikirkan perasaan Farah tanpa sedikitpun berkira ke atas wang yang
dibelanjakan.
Malam
itu hari yang sama, Wawa yang masih di Pulau Pinang menelefon Farah.
"Hi
kakak, how are you? How kak Shura's dad?" Tanya Farah.
"Syukur
everyhing fine. Bapa dia dah sedar
tapi kena duduk wad seminggu kut. Kakak esok balik lah dengan abang Akher"
jawab Wawa kembali.
Terkejut
Farah mendengar nama Akher " Eh, macam
mana dia boleh ada dekat situ?"
"Lepas
balik dating dengan you dia kata
terus naik bas ke sini. Kakak pun dah pergi makan makan baru call you ni. Nak
tanya dating tadi okay ke tak.lulus
ke tak." Jawab Wawa yang berseloroh sambil ketawa.
Akher
yang memandu kereta ketika itu hanya memasang telinga sahaja. Sewaktu dia
ditanya oleh Wawa tadi, dia hanya menjawab semuanya okay tetapi jawapan itu
seolah olah tidak lengkap untuk Wawa. Disebabkan itu barulah dia menelefon Farah
untuk menyakat Akher.
"Em..em
sorry kakak. I tak minta pun semua tu. Nanti I bayar balik kat abang Akher"
beritahu Farah spontan kerana memikirkan bahawa Akher telah menceritakan
segalanya. Dia memang dihimpit rasa bersalah kerana terasa mengambil kesempatan
berlebih-lebihan.
"Minta
apa.Bayar berapa?" Tanya Wawa yang tak faham kerana tidak diberitahu oleh Akher
lagi.
"Beg
tangan 5000 tu"Farah membongkarkan segalanya tanpa mengerti kenapa Akher
sengaja mendiamkan kejadian itu.
Akher
hanya mendengar perbualan mereka dan berkelakuan selamba seolah olah tidak
merasakan kepanasan isu beg mewah itu.
"Oh,
you tak cerita kat I habis rupanya" terus dicubitnya perut Akher dengan
manja sambil tersenyum geram.
Akher
hanya mampu tersenyum dan memandang gembira ke wajah ayu Wawa. Wawa tidak lah
marah kerana dia tahu kemampuan Akher cuma geram manja kerana berita itu
disampaikan oleh Farah pula. Apa yang penting, dia tahu Akher ikhlas.
Farah
pula seperti baru menyedari bahawa Akher seperti ingin menutupi cerita ini dari
pengetahuan Farah. Tetapi jika betul Akher anak orang kaya, semestinya tiada
masalah bagi Wawa memahamkan. Akher tidak harus takut melainkan duitnya ini
bukan duit yang halal. Jiwa Farah tidak akan tenang selagi tidak dapat
membongkar misteri lelaki bernama Akher ini.
End
of Chapter 4
Comments
Post a Comment