Sakit Testosterone
Semangat
sebenarnya tak pernah luntur pun untuk dapatkan anak ni. Memang kami kecewa
selepas gagal IUI pertama tetapi masih ada peluang lagi kan untuk
meneruskannya. Takkan lah kami nak menghancurkan segalanya dengan dugaan sebegini.
Hidup perlu diteruskan. Dalam masa yang
sama aku masih meneruskan rawatan dengan Dr Hamid. Tak banyak yang boleh
dilakukan kerana punca masih tidak dikenal pasti.
Dr Hamid
Arshad mecadangkan untuk membuat laparascopy terhadap wife aku. Proces ini
dilakukan untuk melihat secara visual dalaman rahim wife aku dengan memasukkan
kamera ke dalam organ peranakannya selepas ditebuk pada tiga tempat. Aku
rasa beliau bagi cadangan camtu sebab dah tahu nak cari punca dia apa lagi. Dr
hamid percaya aku sihat dari segi lupa luaran aku kut, (berjambang dan
fit.Hehe.Tu tanda hormon okay) So tinggal perempuan sahaja yang kadang kadang
punyai masalah yang sukar dipastikan.
Dr Hamid menetapkan temujanji 2,3 bulan kemudian
sekiranya kami setuju untuk melakukannya. Wife aku dalam dilema kerana seboleh
bolehnya dia tidak mahu rahimnya terusik selagi tidak kenal puncanya lagi. Baginya
sekiranya rahim telah diusik tetapi punca masih tidak dikenal pasti, chance
untuk mendapatkan anak secara semulajadi akan bertambah rendah. This is very important point and
sometime you need to decide base on your feeling. Aku hormati keputusan wife aku, so
kami tidak teruskan kaedah laparoscopy ini. Tak adalah kami stop terus rawatan
dengan Dr Hamid. Cuma K.I.V dulu.
Seperti biasa, perasaan tidak ada zuriat ni kembali
meresap. Ada cousin dan
rakan-rakan yang kahwin terus dapat anak. Hanya kami yang masih menunggu.
(Belah family kami cam kami sorang je yang ada problem ni). AKu pun seboleh-bolehnya berusaha mencari kerja baru. Untuk kali kedua aku dapat interview
SIRIM. Dan akhirnya aku faham bahawa tempat ini memang tidak sesuai dengan aku.
Bos-bosnya kenal sangat syarikat aku ini kerana ada bos lain yang menghantar
anaknya bekerja disini. Nak berhenti macam tu sahaja, macam mana aku nak tanggung
family aku kan.
Tak disangka,
peristiwa-peristiwa kegagalan IUI ni, kegagalan mendapatkan pekerjaan baru
(kemuncak), masalah tempat kerja (politik gila oleh orang yang gila kuasa),
masalah rumah (nanti aku ada masa aku cerita tentang aku beli rumah) dan lain
lain (termasuk hal ehwal rumah tangga) menyebabkan sebuah penyakit baru timbul.
Erection disfunction a.k.a E.D a.k.a mati pucuk.
Lelaki mana
yang nak teruskan hidup bila sudah jadi macam ni. Aku tak rasa perempuan boleh
faham sebab aku pun tak reti nak explain. Makin bertambah stress aku. Aku dah
tak larat nak continue beb. Aku pergi jumpa doctor klinik biasa. Dia check
tekanan darah aku mencecah 160. So dia bagi aku Viagra dan 2 hari cuti stress.
Dalam masa yang sama, aku cuba juga mengawal emosi aku..tetapi masalah ni makin
berlarutan.
Pada mulanya,
Viagra mampu memberikan tegangan dengan quarter pilnya tetapi bila jadi makin
teruk. Sebiji pun tak mampu memberikan apa-apa kesan. Bagi menjimatkan belanja
juga, aku pergi membeli pil-pil yang dijual di internet which memberikan kesan
yang sama. Cuma ada sahaja berita yang aku dengar tentang racun yang ada dalam
ubat yang tiada kelulusan kementerian ini. Takut pula bila nak merawat tetapi
makin teruk pula jadinya. Walaubagaimana pun, nafkah isteri tetap kena beri
kan. Lagi pulak waktu subur dia dah datang. Walau dia kata dia faham masalah
aku, muka dia cam tak Nampak faham je. Sedih Nampak. Tak tahulah apa yang dia
fikirkan.
Sebab masalah
ni berterusan, klinik panel aku pi refer aku dekat KPJ. Aku rasa jika seorang
lelaki berumur 30-an ada masalah E.D ni tiba-tiba, macam tak ada solution yang
cepat untuk kenal pasti puncanya. Even aku dah cerita details history aku
before aku detect E.D ni, specialist specialist ni tetap ada doubt dengan
cerita aku. Kebanyakkan rasa kalau stress sekalipun belum tentu boleh bagi
kesan E.D ni. Seboleh boleh mereka cuba kaitkan dengan masalah family or organ
berkaitan seperti buah pinggang.
Aku pun kalau
nak google kat Malaysia ni tentang masalah aku, memang tak jumpa kut page dia
dalam bahasa melayu. Nasib baik di peringkat global ada sesetengah yang masih
tidak segan menanyakan masalah ini. Jika Viagra tidak berkesan, maka yang
sebenarnya problem adalah sangat tinggi berkaitan dengan hormone testosterone.
Setelah beberapa ujian dan consultation, barulah mereka nak lakukan ujian
testosterone itu dan akhirnya betul juga sangkaan aku.
Hormon
testosterone aku rendah dari normal walaupun di ambil pada waktu pagi. Waktu
pagi selalunya waktu dimana hormon testasterone mencapai puncaknya. Buat sementara
waktu, mereka masih menyuruh aku mengambil Viagra sebagai solution sementara. Nak
tunggu appointment dekat hospital swasta pun makan masa berbulan-bulan juga. (Yang
akhirnya aku tak pergi pun). Diorang
nak buat a few tests dulu baru nak decide treatment apa. Eventually, Ikut cara aku ajelah. Bazir pulak aku rasa
dengar consultation diorang. Duit pun dah habis dekat seribu tetapi solutionnya
masih tidak pasti.
Dalam hati aku, ya Allah janganlah kau panjangkan
dugaan-dugaan ini. Hamba mu ini tak mampu menerimanya lagi. Aku percaya Allah
tak akan uji melebihi kemampuan mental dan hati aku. Insyallah. To be
continue..
Bro tanya skit bro..masalah hormon ni dah setel ke?kalau klinik swasta biase boleh cek ke?
ReplyDeleteSalam,dah bro..sihat walafiat sekarang. Dulu check diKPJ.tapi rasanya okay je di klinik biasa. Cuma analysis dia kena hantar pi makmal luar juga.
Delete