Part 6 - Kisah Momoko
Dari first month kami kawin lagi dah jadi
tabiat kami untuk menggoogle formula baru untuk mendapatkan zuriat ni setiap
kali selepas wife aku datang bulan. Hampir segala teknik bersama, teknik timing
ataupun pemakanan ubat ubatan (Lumiglow, Biodex, Shaklee) telah kami cuba
berdasarkan info-info dari internet ni tapi masih tak berhasil.
Bila kami baca blog orang lain yang ada
problem ni, kami rasa sekurang-kurangnya kami tak bersendirian. Dalam Malaysia
ni sahaja, kami tahu ada beribu pasangan yang ada problem infertelity ni, dan
hanya sebahagian sahaja yang mahu kisahnya didengari. Bagi sesetangah individu,
dengan menulis ‘luahan keluhannya’ dapat diuraikan. Support dari kawan-kawan juga
sangat penting untuk sedikit sebanyak menutup perasaan sunyi.
Ramai juga blogger lain yan meng’share’kan
pengalaman rawatan mereka walaupun masih belum berjaya. Yang berjaya pula, akan
selalu kami cuba contohnya seperti rawatan Islam. Ada pasangan ini macam kami
juga, tak pasti sebab apa masih belum memperolehi zuriat sedangkan dua dua
nampak normal. IUI kali pertama telah dibuat tetapi gagal. Oleh itu mereka mahu
rilek dahulu sebelum melakukan treatment yang lain. Dalam masa yang sama,
mereka juga beriktiar secara rawatan islam. Akhirnya dapat tahu ada “penjaga”
dirumah baru mereka. Uztaz yang merawat mereka berjaya menghalau “penjaga”
tersebut dan selepas itu terus mereka dikurniakan berita baik. True story bro
dalam internet. Wahauallam.
Satu lagi kisah yang sangat-sangat
membangkitkan semangat aku adalah kisah Momoko. Walaupun Momoko ni takde blog,
tapi dia cerita kisah dia details dalam satu kolum. Al kisah bila tak dapat
anak, maka pergilah momoko wat check up. Then doktor sahkan Momoko ni subur je walau
mula mula cam ada problem sikit, maka terpaksalah hubby nya pulak membuat check
up. Resultnya tak disangka pulak..Azoospermia..Result yang sangat sangat
mengerunkan para suami. Sedangkan test sperm aku dulu rosak sikit pun aku dah
down sebulan, aku tak dapat bayangkan kalau aku kena uji tahap takde benih
langsung..
Harapan untuk Momoko untuk mengandung secara
semulajadi memang sangat mustahil dalam keadaan begitu. Ujian sekali lagi pun
lebih kurang sama je dengan yang first, suaminya tetap Azoospermia. Kes Momoko
diklasifiedkan agak berat, hanya IVF/ICSI sahaja yang boleh, itupun kalau ada
sperma. Dari Melaka mereka berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Nasib
baik Dr di HKL detect si hubby masih boleh menghasilkan sperm even dalam jumlah
yang masih dikatakan hampr tiada. Remember hanya satu sperma dan satu ovul
sahaja diperlukan untuk penghasilan embrio. Lelaki normal produce million at
one time but perempuan only once a month. Akhirnya pasangan ini dikurniakan
seorang anak hasil dari teknologi yang ada sekarang.
Some how kolum ringkas macam ni menyelamatkan
aku dari pinggir putus asa. Berkali-kali aku baca untuk aku ingat langkah yang
diambil mereka dan seolah olah juga merawat semangat aku. Aku jadi percaya
setiap masalah itu ada penyelesaianya. Dan untuk masalah zuriat, aku akan
pastikan aku mendapat rawatan di HKL. Cuma yang penting fokus untuk memulihkan
kesihatan diri sendiri dahulu. Aku hanya perlu RILEX dan tawakal!!
In
case Momoko terbaca,you are truly my saviour. This chapter is dedicated for
those who share their amazing journey to be a parent and for those who ask for
assistance.
To the men outside, in case you and your wife
are trying, my advice, please do not need feel scare to check up at the Hospital. Just pray for
your wife healthiness and remember she need only one of your sperm for conceive.
Percayalah, dengan izin Allah teknologi rawatan yang ada sekarang ni pasti
membuahkan hasil. Better try than nothing. Keep calm!
-End of chapter 6-
Comments
Post a Comment